Edited by milamela at 29-9-2017 11:05 AM
Salam semua.
Aku tak tau mana nak start tapi aku memang tengah dilanda masalah. Macam ni, aku bekerja sebagai PA untuk sorang bos ni kat sebuah bank di ibu kota. Kerja kat sini dah nak dekat 2 tahun. Tak tau lah dia ni psycho ker apa, tapi dah berapa bulan ni dia macam silent treatment / mental torture aku. Baru baru ni aku mc 2 bulan atas sebab sakit yang tak dapat nak dielakkan. Tapi sebelum mc pun dia dah mental torture aku cuma aku jer buat bodoh anggap tak paham.
Contoh dia mental torture, dia tak bercakap dengan aku langsung. Pagi dia sampai aku buat kopi untuk dia then aku wish morning, dia buat muka selamba tak layan. Dulu dulu masa baik ada respon lah juga. Lar ni haram nak jawab, senyum apatah lagi. Pastu kalau dia nak mintak apa apa, dia akan melalui manager / staff lain. Kalau terdesak sangat baru dia suruh aku. kadang dia tak puas hati dengan aku, dia jumpa staff / manager dia cite apa dia tak puas hati dengan aku. Aku tak boleh nak digest sebab, aku ni PA kau kot. Apa masalah kau sampai tak nak bercakap dengan aku langsung? tapi dengan staff lain nak nak yang kesayangan, bukan main kau melayan. Dia memang sejenis yang tak puas hati, dia takkan bercakap dengan kau. dia nak kau paham paham sendiri apa salah kau, sampai lah kau berhenti / transfer pegi tempat lain. kat sini banyak manager laki yang blah sebab tak tahan kena layan dengan dia camtu. dia maki manager tu depan orang ramai, pastu bila manager tu mintak transfer dia kiv sampai 2 tahun ding dong ding dong sampai orang tu akhirnya dapat juga keluar pegi tempat lain.
Aku dah sampai tahap nak masuk bilik dia letak /amek dokumen tunggu dia takde dalam bilik sebab kalau dia ada kat bilik, dengan muka dia tak berapa nak welcome, aku rasa macam terhina pulak walaupun dah cuba buat bodoh jer. Baru baru ni ada meeting kelab Jabatan, aku ada sekali dalam meeting tu. Sambil meeting sempat lagi dia perli aku, “ada orang time I takde baru nak masuk bilik I. time I ada dalam bilik tak nak pulak dia masuk.” Aku dalam hati dah macam.. fuhh. Bos perli PA dalam meeting eh?? Oh bos aku ni jenis suka maki hamun orang, kalau marah dia menjerit sampai 1 floor tau kau kena marah. Lepas keluar dari bilik dia sure muka kau malu sebab semua staff akan pandang. Mostly yang keluar dari Jabatan aku ni semua sujud syukur sebab tak payah nak ngadap dia lagi. PA dia yang sebelum aku pun penah mc 3 bulan, sakit lebih kurang aku juga. Kakak tu start kerja dia pun torture kakak tu sama macam dia torture aku sekarang, aku rasa teruk lagi kot dia kena. Tapi Alhamdulillah kakak tu dah pegi Jabatan lain & dapat bos yang lebih baik. Rezeki dia.
Tu belum part pilih kasih. Masa meeting Jabatan tu, staff kesayangan dia yang ganti aku time aku mc pulak masuk hospital sebab keguguran. Dia Tanya semua dalam meeting room tu, bukan Jabatan ni ada tabung musibah untuk staff ker? Semua diam. Then dia Tanya lagi, selalu si temah (bukan nama sebenar, staff kesayangan dia) yang collect kan? Ni dia masuk hospital, takkan takde siapa yang collect? lepas ni buat collection untuk dia & kirim duit tu kat staff yang pegi visit dia petang ni. Ada lah 2-3 orang yang berbulu sebab yang berbulu tu semua penah masuk hospital termasuk aku,tapi tak penah pulak si temah tu buat apa apa collection, tapi bila part staff kesayangan dia kena buat collection pulak?
So di sini problem aku, prosedur kat sini, notis tender kena 3 bulan. By bulan 12 sure kat sini dah heboh dengan kpi, so aku tak nak lagi ngadap kpi pilih kasih politik orang. Aku boleh agak kpi aku sure teruk kena potong sebab mc & aku dengan dia pulak camni. Aku decide nak tender 24 jam jer, lepas dapat gaji nak cabut. aku tau akibat yang akan datang, tapi serius, sepanjang aku bekerja, aku tak penah jumpa bos aneh macam ni sampai aku kena bertindak berhenti 24 jam. Aku jarang tukar kerja, terpaksa sangat baru tukar, tu pun tender secara proper.
Tapi aku kena fikir, aku tengah pregnant anak no.2, baru 2 bulan. Husband aku gaji tak tetap. So mostly tanggungan setiap bulan semua under aku. Aku pun tak dapat kerja kat tempat lain lagi ni.
Korang ada idea tak apa kerja yang boleh buat dari rumah? Aku fikir nak jual makanan, tapi rasa jual 1 benda jer tak cukup. Korang boleh share idea lain yang aku boleh buat untuk menjana pendapatan? |