Bagi peminat aktiviti jungle trecking, mungkin anda boleh mencabar diri mencuba trek hutan menuju ke Air Terjun Sungai Chiling.
Treknya yang santai dan anak-anak kecil juga mampu melaluinya, sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang indah buat anda.
Paling seronok kerana satu keluarga pun sesuai datang ke sini.
Pintu masuk Sanctuari Sungai Chilling (Sumber: fraserhill.info)
Sungai Chilling terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menuju ke Fraser Hill. Jika dari pekan Kuala Kubu Bharu, cari jalan menuju bukit Fraser Hill anda pasti akan menjumpai tempat ini. Jaraknya dari empangan Kuala Kubu dalam 10 kilometer sahaja.
Sesampainya di pintu gerbang air terjun ini, anda perlu parking kenderaan anda di sekitar pintu gerbang. Anda seterusnya perlu berjalan dari pintu gerbang untuk menuju ke air terjun.
Di kawasan pintu gerbang terdapatnya tandas, surau, gerai jual makanan dan kaunter untuk pendaftaran. Bayaran masuk ke santuari ini adalah RM3 untuk setiap seorang. Memang sangat berbaloi.
Jom layan gambar-gambar menarik sekitar kawasan Santuari Sungai Chilling.
Jalan kaki lebih kurang 500m, anda akan sampai ke kawasan perkhemahan (Sumber: budakletrik.blogspot)
Peta laluan yang akan dilalui (Sumber: budakletrik.blogspot)
Laluan sungai paras pinggang (Sumber: budakletrik.blogspot)
View yang cantik semasa anda jungle trecking (Sumber: budakletrik.blogspot)
Terdapat juga laluan yang agak berair (Sumber: budakletrik.blogspot)
Salah satu kawasan air sungai yang jerni dan terdapat ikan didalamnya sebelum sampai ke air terjun (Sumber: budakletrik.blogspot)
Air sungai yang jernih dan banyak ikan di dalamnya (Sumber: Nisakay.com)
Terdapat juga laluan sungai yang agak cetek sedikit (Sumber: budakletrik.blogspot)
Inilah dia Air Terjun Sungai Chilling. Perjalanan dalam 45 minit untuk sampai ke ari terjun ini (Sumber: budakletrik.blogspot)
Menarik bukan? Jadi, bagi anda yang sukakan sesuatu yang lasak dan mencabar, jangan lupa datang ke Santuari Sungai Chilling.
Diingatkan untuk memakai kasut sebab anda perlu melalui jalan-jalan yang penuh dengan semak dan agak merbahaya. Ingat, jaga keselamatan anda! - CARI
|