View: 1963|Reply: 0
|
Neymar sempat ke Piala Dunia
[Copy link]
|
|
NEYMAR ketika mewakili Brazil. Namun kedudukannya dalam skuad negaranya masih menjadi teka teki selepas menjalani pembedahan tapak kaki minggu lalu.
09 Mac 2018 8:54 AM
LONDON 9 Mac - Rakan sepasukan Neymar dalam skuad antarabangsa Brazil, Gabriel Jesus yakin penyerang itu sempat pulih untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 di Rusia pada Jun ini.
Jesus yang kini bermain untuk Manchester City percaya, pembedahan tapak kaki yang dilakukan Neymar minggu lalu mampu diatasi Neymar dengan cepat ketika Piala Dunia tinggal tiga bulan sahaja lagi untuk berlangsung.
Dengan memberi contoh kecederaan yang dialaminya sebelum ini dan baharu sahaja pulih, Jesus berkata, Neymar bagaimanapun perlu mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengatasi ketakutan kesan akibat kecederaan itu jika mahu membantu Brazil memburu kejuaraan Piala Dunia keenam mereka.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|