CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 0

[Buku] ...PERSUASION by James Borg...

[Copy link]
Post time 10-3-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 10-3-2018 06:25 PM

Fwd-
Aristtotle 384-322 SM pernah menyatakan dalam memujuk orang lain supaya berubah perangai, terdapat 3 perkara perlu diberi perhatian:

Ethos (character dan reputation) Keperibadian seseorang individu dapat mempengaruhi pujukan seseorang individu. Dengan perwatakan yang baik, pujukan akan lebih berkesan.

Pathos (emotional appeal) Pengucapan yang berjaya membangkitkan emosi, amat berkesan untuk memujuk. Sentuhan emosi individu akan menyebabkan seseorang individu akan berubah

Logos (logical). Penggunaan perkataan yang baik, berkesan untuk memujuk. Perkataan dalam bentuk quotation, cerita dan fakta dapat memujuk individu lebih berkesan.

Tiga perkara ini terdapat dalam buku PERSUASION karangan James Borg semasa mencari bahan tentang Teori CAPTOLOGY (Computer As Persuasion Technology).

Kita harus fikir-fikirkan tiga perkara di atas sebagai idea menambahkan kesan penyampaian. Ia boleh dijadikan panduan di samping saranan Dr. Abdul Karim Zaidan dalam Buku Uslub Dakwah menukilkan sebagai syarat untuk kejayaan menyampaikan maklumat ada 4 perkara:

Ad-Dai' (penyampai)
Penyampai perlu ada Ilmu, niat betul, tingkahlaku positif, hikmah, sabar, semangat juang dan berkorban.

Al mad'u (sasaran atau penerima)
Penyampai tahu Golongan yang nak disampaikan dikenalpasti sama ada atasan dan elit, golongan kebanyakan dan golongan penentang

Al-Maudhu' (objek atau topik)
Penyampai tahu Apa yang mahu disampaikan kepada sasaran perlu betul2 difahami.

Uslub al-Dakwah (cara atau teknik menyampai)
Penyampai tahu Metodologi penyampaian yang Hikmah, berperingkat-peringkat, pelbagai media

Oleh itu,  sorotan dari tokoh Yunani purba dan tokoh penulis Islam, perspektif kedua2 ini boleh digunakan dalam memujuk untuk berubah kepada yang telah dirancang.

Rujuk sama buku Aristotle dan Abd Karim Zaidan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.928448 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list