CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2315|Reply: 18

terima pinangan atau tidak?

[Copy link]
Post time 28-3-2018 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Bunga ade bukak thread dekat masalah peribadi, bunga rasa macam salah tempat pulak nak mintak pendapat. mod kalau sini bukan tempat yang sesuai. mod delete ya.

Assalamualaikum semua, bunga nak minta pendapat sikit. Baru-baru ni ada kawan lama bunga datang masuk merisik bunga. Bunga namakan dia Mr A. MrA ni merupakan kawan lama masa sekolah dulu. Dulu kami pernah rapat. Dan Mr Ani jugak merupakan bekas suami kepada bekas kawan baik bunga. Ye betul bekaskawan baik bunga, dan sekarang kami sudah tidak berhubung antara satu samalain.


Ok bunga ceritakandulu pasal bekas kawan baik bunga ni, kami berkawan dari skolah menengah sampaila dia dah berkahwin, bunga namakan bekas kawan baik bunga ni Cik X. Cik X niseorang yang cantik tapi dia jenis tidak peramah. Cik x ni pun tak banyakkawan. Kalau dulu bunga je la kawan yang dia ada. Tiap kali dia susah bungamesti ada untuk dia. Masa dia kawen, bunga mmg ambik cuti untuk teman dia,sebab dia cakap dia hanya selesa dengan bunga sahaja, bunga memang tak kesahuntuk luangkan masa untuk dia, sebab memang dah anggap kawan baik. Tapi suatuhari tu bunga ditimba musibah, Ayah bunga meninggal dan bunga tersangat2 down,dan masa tu jugak bunga baru lepas berhenti keja sebab nak jaga arwah ayah yangsakit. Sepanjang masa bunga down tu Cik X ni memang takda langsung tanyakhabar. Masa tu bunga mengaku bunga sangat2 perlukan dia sebagai kawan baikbunga. Bunga faham kalau dia busy sekali pun. Tapi dia mesej/ call pun tidakuntuk bertanya keadaan bunga. Bunga tersangat-sangat kecil hati masa tu. Bunga buntudan down, bunga anak sulung dah bawah bunga ade lagi 5 orang adik.  Sebulan lepas arwah ayah bunga meninggal diaade whatsapp bunga, bertanya kenapa bunga senyap sangatt sekarang ni. Bunga cakapbunga sekarang tersangat busy, banyak urusan arwah ayah yang bunga nak uruskan,urusan adik2 lagi, bunga sendiri nak mencari kerja. Dan bunga ade cakap ‘sekarangni aku nak fokuskan pada mak dan adik-adik aku dulu’. Alangkah terkejutnyabunga bila dia balas ‘ okay lah kalau tu keputusan kau, mulai sekarang kitabuat haluan masing-masing. Kau buat hal kau, aku buat hal aku’. Bunga terkedu,bunga tidak berniat untuk putus kawan, Cuma bunga agak kecil hati dengan Cik Xyang langsung tak ambil berat pasal bunga. Kalau dia cakap sibuk sekali puntapi dekat group whtsapp dia bukan main rancak bersembang, tapi dengan bunganak whatsapp pun tak boleh. Sejak kejadian tu kami memang sudah tidak bertegursapa. Jujur bunga katakana bunga sedih, rasa sakit dia tu lagi sakit dari putuscinta. Tapi bunga positif saja. Fikir Allah nak tunjuk mana kawan yang adadengan bunga semasa susah dan senang. Dan ternyata Miss X hanyalah kawan bungasemasa senang sahaja.


Bebalik pada masalah bunga sekarang ni, minggu lepas adeorang datang merisik bunga, dan bunga tekejut orang tu adalah suami kepada CikX. Dan bunga pun tidak tahu yang mereka sudah setahun bercerai. Bunga tidaktahu akan sebab mereka cerai, apa yang bunga tahu, masing-masing sudah tidakada hati antara satu sama lain, dan mereka bercerai atas persetujuan dua-duapihak. Mr A ni orangnya tidak la kacak. Biasa-biasa sahaja orangnya. Duluselepas habis sekolah kami pernah berkawan rapat, dan memang diakui Mr A memangade perasaan dekat bunga dulu. Tapi masa tu bunga tengah bercinta dengan oranglain. Dan kami Cuma berkawan seperti biasa. Mr A selalu ada semasa bunga susahdah senang. Tetapi selepas dia bercinta dengan Miss X. Kami sudah tidakberhubung. Dan hanya sekali sekala sahaja berjumpa, itu pun semasa saya denganMiss X.


Sekarang ni saya buntu mahu menerima atau tidak pinangan dari Mr A, dan Mr A merupakan seorang duda anak sorang. Walaupun bunga sudah tidak berhubung dan berkawan dengan Miss X, tapi bunga rasa serba salah untuk menerima pinangan Mr A, rasa seperti bunga tikam kawan bunga sendiri. Ibu bunga pula memang sudah kenal lama dengan family Mr A, dan dia amat gembirabila family Mr A hendak masuk meminang bunga. Tolong forumer semua. Patut ke bunga terima pinangan MrA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 03:52 PM | Show all posts
dari penilitian akak ..tt dah terima awal2 pinangan. cuma masih tak dpt percaya buang cempedak menjadi nangka bekas laki bff datang meminang. jika selama ni tt megingini dalam diam2...terima saja lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 04:05 PM | Show all posts
rospinki replied at 28-3-2018 03:52 PM
dari penilitian akak ..tt dah terima awal2 pinangan. cuma masih tak dpt percaya buang cempedak menja ...

menangis bunga dengan ayat kau kak. . Ibu bunga bagi tempoh seminggu untuk berfikir. Kami pernah berkawan kak, jadi kami kenal hati budi masing-masing. Cuma memang bunga rasa malu laa kalau terima dan akan berkahwin dengan bekas suami exkawan sendiri. ape2 pon thanks kak sudi bagi pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cantikla bunga ni... mesti orangnya sopan dan manis

pada pendapat sy, tt sudah pun menyukai mr A tu. Cuma rasa serba salah dgn kawan bunga si ms X. Hmmm kawan yg begitu tak perlu di ambil kira sangat dan, lelaki tersebut adalah bekas suaminya.

Pokok pangkal lelaki tu, tanya dia and beritahu apa yg bunga rasa dan dgr apa respond dan kaedah penyelesaian yg diberikan

jika munasabah dan tidak menyusahkan atau berat sebelah bolehla dipikirkan dan proceed

kalau jawapan level budak 10tahun bunga janganla terima

above all bunga yg manis...tanya hati dan be brave  
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cute nya sis bunga ni
nanti la i baca
pening lak bunga bunga walo cute
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tya diri sendiri..sama ada suka atau pun tidak. Solat istikharah dan bgtau apa yg Bunga rs pd Mr.A.

Tgk kredibiliti dia juga Bunga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
I ade fb fren (tp dua2 dah jd kawan kt luar). Bff. I namakan A&B. Derang x pernah putus kawan. Bila A cerai dgn husband dia,  husband dia gi pinang si B. Skrg B pun dh selamat cerai setelah 6 bln kawin dgn ex-husband si A.

Tp both of them still kawan baik. Tak faham mak nak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 08:29 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-3-2018 08:23 AM
I ade fb fren (tp dua2 dah jd kawan kt luar). Bff. I namakan A&B. Derang x pernah putus kawan. Bila  ...

Lesbianism is very much in trend now....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerzz replied at 29-3-2018 08:29 AM
Lesbianism is very much in trend now....

Oh really, what a waste
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 09:35 AM | Show all posts
Ni pendapat aku jelah

1. Cik X ni jenis tak reti nak memulakan sesuatu dan dia berharap agar Cik Bunga yang beritahu dia. Ini hasil dari pemahaman aku bahawa Cik X mempunyai masalah kehidupan sosial (tidak banyak kawan, jadi tak tahu macamana untuk menghadapi sesuatu situasi) dan mungkin Cik Bunga pula jenis selalu tegur dia dulu, jadi bila Cik Bunga senyap, dia pun ambil keputusan untuk senyap. Jangan samakan dengan group WS. Dia kembali selepas lama pendam, mungkin dia pikir dia ada buat salah sampai Cik Bunga tak hubungi dia langsung
2. Husnuzon lah mungkin dia juga memerlukan Cik Bunga sewaktu Cik Bunga sibuk menguruskan arwah ayah yang sakit. Mungkin dia ada masalah dengan suami dan dia sendiri tak tahu pada siapa dia nak tuju.
3. Dia hubungi Cik Bunga, untuk kepastian tapi mungkin cara dia baca mesej Cik Bunga macam "Aku tak nak tau pasal kau, aku nak fokus pada keluarga aku aje..." Dan mungkin sbb itu dia buat konklusi bahawa Cik Bunga mmg ada masalah dengan dia.
4. Cik Bunga berhubunglah dengan Cik X balik, dan tanya pendapat dia. Tak nak dia anggap Cik Bunga punca diorang bercerai.
5. Solat istiqarah untuk mendapat keputusan

Selamat maju jaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Kalau Mr X tu baik dan sesuai dengan bunga, teruskan saja.
2. Sebelum fikir pasal orang lain, kita kena fikir apa yang terbaik untuk diri kita terlebih dahulu.
3. Pergi jumpa dengan Cik X, bincang dari hati ke hati kenapa bergaduh sampai tahap putus kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mr tu duda, ada anak dengan mrs x ke? Macam akan jadi complicated je
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku jd bunga
Aku akan siasat habis2 an
Cik bunga, berkwan n berkawin ni lain tau
Msa berkwn mmg tak nampk buruknya...
Baik cik bunga ambil masa dulu
Jgn terburu2...
Shnrnya mcm kena tau jgk knp cik x berpisah dgn mr.a

Lgpun mr.a ada anak.. tgk pulak adakah mr.a mjalankan tgjwb sbgai bapa dgn baik..
Lelaki kdg2 ada duit.  Tp tgjwb dgn ank isteri diabaikan.. org lain yg bukan anak isteri dia .. elok dia bg mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:51 PM | Show all posts
My advise..terima je pinangan Mr. X..abaikan pandangan orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku, aku lagi risau psl laki tu compare than his ex. Since laki ni pop up tetiba, better ko try knal balik laki tu berbndg guna instinct knal sblm  kawin zmn dulu2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-3-2018 08:23 AM
I ade fb fren (tp dua2 dah jd kawan kt luar). Bff. I namakan A&B. Derang x pernah putus kawan. Bila  ...

oooo adakah maksudnya mereka janda lelaki yg sama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 5-4-2018 05:17 PM
oooo adakah maksudnya mereka janda lelaki yg sama?

Yup.jantan x guna
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 5-4-2018 05:18 PM
Yup.jantan x guna

ooooooooooooooooo
jantan memang tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda kejujuran dalam cerita tt gurau je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.328151 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list