CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2702|Reply: 5

Masalah di tempat kerja. Should I quit or teruskan jua?

[Copy link]
Post time 1-4-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hi guys. I nak share one of my problems here.

Ok problemnya macam ni:

I baru je dinaikkan pangkat dalam sebuah company retail ni. Kira ni tahun kelima selepas berkhidmat, baru dapat peluang kenaikan pangkat. Tu pun lepas setahun dalam program naik pangkat.

Masa i dalam program ini, i ditransfer ke satu branch ni. Kira mall yg agak besar di KL. Dan bila dah habis program ni, i dapat di tempat yang sama.

Masalahnya bermula apabila I struggle nak cari work-life balance. Setiap hari dari pagi sampai ke malam di tempat kerja. Tak ada masa untuk spend time dgn diri sendiri, family and friends. Plus I dah 6 bulan x balik kampung sebab asyik dibebani kerja. I susah dapat cuti.

Kedua, i dikelilingi oleh manager yang negatif. Setiap hari dimaki, macam i bunuh orang pulak. Kadang2 rasa mcm nak berhenti, sebab fikirkan belum rezeki dapat kerja lain je i masih bertahan. Colleagues I ok2 tapi jenis2 talam dua muka jugak lah. Selalu nak impress boss depan2. I Ada apply job kat retail shop lain tapi mostly yg fresh Dan x nak yang ada experienced. Wtf la kan i muda lagi kot baru 26. I ada experience in retail Dan I berhak utk demand gaji i lagi kan?

So setiap hari i cuba nak ikhlaskan hati untuk berkerja walaupun hakikatnya koserrrr nak berdepan dgn manager2 hanjeng dalam department. Macam mana nak kerja dgn tenang kalau setiap hari rasa demotivated gitu? Help me.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ada kat thread lagi satu tu sis... kita bykkan berdoa dan pohon pada Ilahi.... jika sudah.. tambahkan lagi. Dan mungkin minta ibu bapa dan org2 rapat kita doakan utk kita jua.. solat hajat ..insyaAllah.

Kemudian.. buat checklist compare positif dan negatif... apakah yg positif tu boleh ditingkatkan lagi... atau apakah negatif  makin membesar sampai memakan portion yg positif. jadikan apa yg u nak achieve sebagai key factor dlm weightage u juga ..but key blocker pun kna masukkan dlm weightage tu...
Kemudian buat assesment jua kalau faktor2 negatif tu kita boleh adjust kat mana2 dgn buat changes and acceptable transformation...  tp kalau level middle management ni... sbb kita ala2 sandwich maka part ni ada yg boleh buat dan ada yg terhad.

Fokus kpd apa yg penting... and ignore org2 yg bg negative vibe... tp kalau manager2 sendiri yg hawok... hmmm kena tgk mcm mana dia bg kesan kpd diri kita

Klu nak cari kerja lain maka teruskan submit resume ke ur network circle dan portal2 yg reputable tanpa henti..

Apa2 pun kita sbgi manusia.. kalau ada si dia yg memahami.. mungkin boleh luahkan kat dia... kita ni manusia bukan machine.. jgn sampai badan kita sendiri mogok dgn diri kita...kita perlu chill dan happy. Ada cycle2 utk badan kita fresh dan rejuvenate... itu yg penting

Apa2pun mungkin dah kena start monitor and plan and see the progress quarterly.

Ai pun hadapi masalah yg sama kat company mnc... tp masa ai about nak berhenti sbb pasal nak dpt kan work life balance.. sbb base on assessment dan self checking yg ai dah buat selama setahun... maka ai kena proceed dgn my action... tp kna prepare dgn action2 tu... dlm kes ai..mmg ai menabung semua bonus dan gaji ai tu utk kes darurat... tak beli liabiliti sampai ai sure after checkpoint2 tertentu .

tiba2 boss ai promotekan ai lagi.. cuma berbosskan foreigner lah pulak... nmpknya tpaksa give a chance for myself and company tu...   hmmm begitulah... kerja ni mmg takkan lari dr dugaan... klu senior exec dgn middle managementnya... klu middle mgt maka dgn higher mgt nya.. higher mgt pula dgn board nya ...


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 02:11 PM | Show all posts
carik keje lainlah...mcm mne nk keje kalau org xpercayakan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:27 PM | Show all posts
kalau hari2 maki hamun mmg fed up jugak tt.

my advise, continue to look for new opportunity yg sesuai. actually kat mana2 pun mungkin sama aje, so checklist pros and cons tu amat penting supaya decision tak ke laut.

sementara tu, memang kena tahap kesabaran yang tinggi. and kalau boleh belajar utk ignore those negative vibes. i'm sure you have done your job well so no worries.

by the way, takleh complaint ke part maki hamun tu? was it a norm in retail industry? sorry for asking...sbb i'm not in that business
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 06:23 PM | Show all posts
i am about to resign too..
dah compose resign letter tengah nak submit je.
ai percaya rezeki Allah yang bagi, selagi kita minta kat Allah setiap hari dan berusaha mencari pasti ada rezeki untuk kesinambungan hidup.
ai don't believe in staying in a toxic work environment, with toxic co-workers for too long.. it's not good for your wellbeing n mental health.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 11-7-2018 06:23 PM
i am about to resign too..
dah compose resign letter tengah nak submit je.
ai percaya rezeki Allah ...

Semoga sis tabah yach !

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.165755 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list