View: 5960|Reply: 10
|
Tuntutan Insurans Kereta
[Copy link]
|
|
Edited by yotyot at 15-4-2018 01:18 AM
Salam semua..
Nak minta pendapat. Kalau kita langgar kereta orang dari belakang dan orang tu dah claim insurance kita, adakah perlu kita tambah bayar kalau waktu repair kereta dia tu kena additional 'betterment cost' untuk repair??
Kereta orang tu usia dah lebih 5 tahun jadi insurance tak cover full kalau tukar spare part baru original. Orang tu plak insist nak buat kat service center sahaja. So sbb tukar part original, jadi adalah betterment cost tu. Jadi perlu ke aku tanggung betterment kos tu?
Semua orang advise aku tak payah bayar sebab ada driver tu ada option lain untuk elak kena aditional charges contohnya repair kat bengkel panel je. Lagipun syarikat insurans kata betterment cost tu tak de kena mengena dengan kemalangan jadi aku tak kena bayar apa2.
Tension2
|
|
|
|
|
|
|
|
Tagged @zulka dia consultant no.1 kereta cariforum |
|
|
|
|
|
|
|
amboi..
|
|
|
|
|
|
|
|
wsalam tt,
Kalau kita eksiden pastu kita claim insuran, but then insuran tak cukup utk cover kerosakan...kita kena tambah dgn duit poket kita. Situasi yg sama juga bila org yg kita langgar claim insuran kita utk cover kerosakan kereta dia yg kita langgar tu. TETAPI dia perlu ada bukti2 yg mengatakan kerosakan tersebut adalah disebabkan pelanggaran tersebut. kalau takde bukti tak payah bayar.
Sebab tu kalau berlaku eksiden, amik gambar cepat2, amik semua angle....luar & dalam, ditempat kejadian so dia tak boleh nak argue itu ini kemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by yotyot at 15-4-2018 01:15 AM
Gitu eh bro. fuhh sedih2. dah la kete dia dah 6-7 tahun kot. mahu kena bayar 20-25% dari total kos repair. haritu dia bagi kat aku quotation service centre pun around RM 7K. senin call kata mungkin 7-8k pulak. untung la dapat part original new condition macam tu je. minta tolak ansur pun tak boleh.
tak tido malam la gini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq CPS tolong tag zulka. syukur ada orang reply. terharu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau terkena dgn org yg tak boleh nk tolak ansur camni memang payah la bro, kesian hang..
dah la kena keluar duit sndiri, NCD insuran pula reset jadi 25% lepas ni ....adehh kalau akupun memang tak tido mlm la
sorry bro |
|
|
|
|
|
|
|
nasib badannn.. NCD terus kosong balik. berhuhuuhu la sebelum aku tido lepas ni selagi tak selesai.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam..group
....kes ni dah lama bulan 4..just sebagai info shjlah...owner kereta mintak duit kpd kita sbgai tmbhan dri jumlah kos repair dari kecuaian orang yg melanggar dia.
seolah olah mengambil kesempatan..itu tidak betul.
betterment kena bayar sebab dari insurans yg owner tu sendiri beli dan sesiapa pun yg memiliki kereta usia lebih 5tahun..maaf cakap..pihak insurans akan kenakan betterment keatas alat ganti original..."walaupun kerosakan yg berlaku akibat dari kecuaian kita sndiri".sesetengah kompani insurans sekarang byk dah ada additional cover untuk "weive bettermnt"..dlm polisi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam ZMI,
Thanks for the info. Aku pun dah consult insurans kereta aku time tu dorang pun kata kita tak perlu bayar tambahan apa2 sebab dah ada insurans yg cover. Betterment boleh elak kalau owner boleh tolak ansur. Problem bila owner noob insist nak tukar original part only at service center eventhough her kereta already dah lebih 5 tahun which lead to 'bertterment cost'. She insisted ko langgar ko bayar. Kita terangkan dia pulak kata kita tak sekolah.
Abang aku siap consult lawyer untuk counter balik sebab dia wasap mcm ugut. Tapi last2 aku bayar gak around betterment cost dia nak sangat 700+ sebab malas nak gaduh panjang cerita. kalau ikut anggaran, dekat 4k gak insurans bayar or maybe more exclude betterment tu, kerosakan tak major pun.
bab ambil kesempatan tu tak tau la kan. niat masing2 kita tak tahu. maybe dia tak cukup ilmu kot first time kena langgar. sampai nak claim pun aku tukang langgar siap ajar. dah buat baik kita plak dilayan macam apa. manusia2.
tak tau plak insurance boleh waiver betterment tu. kena korek lagi ilmu ni. Kepada pelanggar atau yg dilanggar, sila tahu hak anda. takde siapa kat dunia ni nak melanggar atau dilanggar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam..saya terlanggar bumper camry hybrid minggu lepas..kereta saya remuk sedikit dan kereta dia ade sedikit kemek di bahagian plat no..tengok dari kerosakan masing2 tak serius saya offer settle luar dan saya terus pergi ketuk n cat,kos repair kereta saya rm300.pihak dilanggar bagi bil kepada saya total damage dia rm4500.saya tengok balik gambar yang diambil selepas kemalangan bahagian kemek kereta dia tak consistent dengan bahagian kemek kereta saya.saya tak mampu nak bayar bil tersebut.boleh ke claim insurans saya? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|