Edited by msintrovert at 18-6-2018 05:33 PM
Hi, selamat petang. Selamat hari raya semua. Kisahnya macam ni, iols umur awal 30an dan masih lagi single. Tiap kali kalau orang tanya bila nak kawin iols akan jawab jodoh tak sampai lagi. Jodoh iols tengah belajar medic lagi hahaha sebab iols selalu bagitahu yang iols nak kawin dengan doctor.Selalu la orang dok cakap yang iols ni memilih sangat. Jadi iols jawab aje la bukan memilih tapi dulu cita-cita nak jadi doctor tak kesampaian, jadi iols nak la kawin dengan doctor. Plus iols rasa kerja doctor selamatkan orang tu sangat cool. Tapi orang nak cakap iols tak boleh nak halang.
Yang buat iols rasa sedikit sedih sebab raya baru ni. Masa salam dengan abah dengan mak iols, ada la iols mintak maaf sebab takde calon menantu untuk dorang. Iols bagitahu pada abah iols buat masa sekarang ni iols takde rasa nak mencari. Tapi ayat abah iols tu menusuk2 hati. Dia cakap jangan macam tu, nanti abah mati tak tutup mata sebab iols tak kawin. Iols sedih gila masa tu tapi tak mampu nak jawab apa-apa.
Iols sendiri memang tak mencari pon calon jodoh. Dengan semua orang iols cakap cari-cari kan la doctor bujang kenalkan kat iols. Bukanlah iols ni memilih sangat tapi iols takut pada lelaki. Takut, trauma. Iols tak pernah cerita dekat siapa-siapa apa yang jadi kat iols, dekat keluarga tak,dekat kawan baik pon tak jadi iols tak boleh nak tau apa yang orang akan fikir pasal iols. Macam mana iols nak berkawan kalau iols akan dok terpikir pasal kisah silam iols. Iols selalu fikir kalau berkawan macam mana iols nak come clean. Adakah iols akan ditinggalkan? Memang depan kawan-kawan iols gelak,ketawa tapi bila duduk sensorang iols akan terfikirkan benda tu semula. Dan iols tak malu nak mengaku, emosi iols tak stabil bila terpikirkan benda ni.
Benda ni melibatkan keluarga jadi sebab tu iols tak pernah cerita pada mak dengan abah. Sebab iols rasa biarlah iols sorang je yang tau, yang tanggung. Iols tak nak mak dengan abah iols susah hati, jadi pergaduhan dengan ahli keluarga yang lain. Jadi sebab tu pada mak abah iols pon iols dok cakap iols nak kawin dengan doctor sebab benda ni mustahil nak jadi. Iols punya kerja bukan di bidang perubatan jadi macam mana nak berjodohan. Untuk masa ni, ni aje caranya iols nak mengelak sebab iols tahu dan percaya tak kan ade lelakiyang nak kawin dengan orang macam iols ni, lagi2 pulak doctor kan.
Jadi, salahkah iols cakap iols nak kawin dengan doctor walaupon selalu dikecam kawan2 dengan macam2 kecaman.
Akhir kata, kalau salah board minta maaf. Tak pernah buka benang. Selamat hari raya.
|