View: 2740|Reply: 2
|
Argentina di hujung tanduk - Crotia menewaskan Argentina 3-0
[Copy link]
|
|
MOSCOW - Pasukan Croatia mencipta kejutan tersendiri dengan menewaskan gergasi bola sepak antarabangsa, Argentina 3-0 dalam aksi Kumpulan D di Stadium Niznhy Novgorod sebentar tadi.
Kemenangan tersebut mengesahkan kemaraan pasukan dari Eropah itu ke pusingan 16 terbaik selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam peringkat Kumpulan D.
Sementara itu, nasib Argentina kini bagaikan dihujung tanduk selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan dan perlu mengharapkan keajaiban sekiranya mahu mara ke pusingan seterusnya.
Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi gagal menyudahkan peluang dalam tempoh 45 minit pertama.
Bersambung pada babak kedua, Croatia terlebih dahulu mengancam gawang Argentina dan kerja keras mereka berbaloi apabila hantaran penjaga gol lawan, Willy Caballero tepat ke arah Ante Rebic yang mudah meledak gol pertama pada minit ke-53.
Argentina yang memerlukan tiga mata penuh berusaha untuk mencari gol penyamaan tetapi beberapa serangan yang dilakukan mudah dipatahkan oleh benteng Croatia.
Kelalaian Argentina semakin ketara apabila Luka Modric berjaya menyudahkan serangan balas dengan merembat gol pada jarak hampir 25 meter untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-80.
Caballero sekali lagi tertewas selepas Ivan Rakitic menjaringkan gol ketiga Croatia pada masa kecederaan.
Sumber : http://informasisantaiku.blogspot.com/2018/06/argentina-di-hujung-tanduk.html#ixzz5J5xT2NEb
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tunggu iceland vs Nigeria. kalau iceland menang bye bye argentina. |
|
|
|
|
|
|
|
hanakikan replied at 22-6-2018 07:10 AM
tunggu iceland vs Nigeria. kalau iceland menang bye bye argentina.
Tahun ni, ramai underdog yg perform kn.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|