CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2303|Reply: 0

Tiada Internet Tapi Masih Ramai Yang Ketagih Ke Sini!

[Copy link]
Post time 11-7-2018 12:33 PM | Show all posts |Read mode





Satu lagi destinasi menarik di Perak. (Gambar: Adeline)

Di saat negara sedang mengecapi akses Internet berkelajuan tinggi, jangan terkejut apabila masih ada premis perniagaan yang tidak mempunyai sambungn Internet.

Namun, ia bukanlah satu yang negatif kerana ia memang sengaja dibiarkan begitu. Contohnya destinasi ini, ia sengaja memilih begitu supaya masa rehat dan percutian pengunjung digunakan sepenuhnya tanpa gangguan media sosial.

Oleh itu, jika anda mahukan privacy daripada gangguan luar, kami syorkan anda ke Adeline Villa & Rest House yang terletak di Gopeng, Perak.

TIDAK SAMPAI SETENGAH JAM PERJALANAN



Siapa sangka, pemandangan indah ini rupanya di Gopeng.


Lokasi ‘misteri’ ini sebenarnya tidaklah jauh kerana ia hanya mengambil masa 30 minit dari bandar Ipoh. Villa ini terletak di Kampung Geruntum, Sungai Itik, Gopeng.

Mula dibina pada tahun 2004 oleh pengasasnya Adeline Kuo, tempat ini kemudian dinaik taraf menjadi chalet dan tempat penginapan yang dikelilingi alam semula jadi.

Jika anda pernah melancong ke kawasan peranginan yang dikelilingi persekitaran menyegarkan seperti destinasi ini, anda pasti faham akan ‘kenikmatan’ suasana alam semula jadinya!



HIDUPLAH TANPA INTERNET



Tiada internet, tetapi pemandang sebegini akan menemani makan malam anda.


Terdapat dua kafe disediakan tetapi sambungan telekomunikasi di kawasan ini agak terhad. Anda mungkin terputus hubungan dengan ‘dunia’ media sosial tetapi masih boleh membuat panggilan atau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kedengaran agak ‘seram’ bagi sesetengah individu tetapi perasaan itu pasti akan lenyap sebaik melihat suasana dan dekorasi alam semula jadi kafe ini. Kami biarkan gambar ini menjadi bukti.

Untuk makluman kafe ini dibuka sepanjang hari dari jam 8 malam sehingga 11 malam.Tetamu juga dibenarkan membawa makanan dan minuman sendiri. Pelik tetapi itulah yang dinyatakan oleh pihak Villa ini.

MENU MAKAN MALAM JADI BURUAN




Kami tahu anda sudah terliur.


Menyentuh soal makanan, Villa ini menyediakan menu untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Hidangannya agak unik seperti menu kerang, ikan dan petai. Melihat gambarnya saja sudah terliur.





Antara menu hidangan disediakan di Villa ini.


Malah, difahamkan ada pelanggan yang sanggup bertolak dari Kuala Lumpur ke Adeline Villa semata-mata untuk menikmati makan malam sebelum kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur. Hebat sungguh!

RUMAH BULUH ALA ORANG ASLI






Rumah ala orang asli ini dibina menggunakan buluh.


Tidak lengkap rasanya jika tidak menyentuh soal penginapan Adeline Villa ini. Jika anda mahu tempat tidur yang agak mewah dan besar, pengunjung boleh memilih chalet villa yang disediakan.

Namun jika mahu kelainan, Adeline Guest House lebih sesuai untuk dinikmati.  Menariknya, mengenai ‘Guest House’ ini, ia dihasilkan dengan bahan buluh semula jadi seperti mana digunakan oleh orang Asli. Menarik bukan?

Selain itu, lokasi Villa ini yang terletak di Gopeng memudahkan anda untuk mencuba aktiviti lasak seperti aktiviti ‘waterfall abseiling’ dan ‘white water rafting'.

Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat pakej disediakan Villa ini.Adeline Villa & Rest House


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.208628 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list