Kelmarin, laman sosial Facebook dan Twitter dihujani hujah-hujah serta komen pedas mengenai kewajipan mencuci tuala wanita atau sanitary pad selepas digunakan.
Mengikut perkongsian saudari @n_azzurajafridi Twitter, pad yang telah digunakan tidak perlu dibasuh, sebaliknya hanya balut dan buang secara cermat. Apa pendapat anda?
Twitter
Jika mengikut norma masyarakat, kita selalunya mencuci pad yang dipenuhi darah kerana merasakan bahawa darah haid itu adalah najis.
Twitter
Twitter
Saudari @n_azzurajafrijuga berkongsi penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai perkara ini. Namun, berlaku perdebatan kerana netizen berpendapat bahawa haid itu adalah najis dan sangat kotor serta berbau jika tidak dibersihkan dengan sempurna.
Twitter
Twitter
Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga telah menjelaskan mengenai perkara ini. Menurut portal itu, tiada dalil menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum dibuang.
namun, nabi S.A.W. mengarahkan supaya pakaian yang terkena kotoran darah itu harus dibasuh seperti hadis yang diriwayatkan Asma’ Binti Abu Bakar yang bermaksud:
”Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda: Basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Bagaimanapun, portal itu ada menyebut tuala wanita yang sudah digunakan perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menjadi makanan jin kerana syaitan adalah antara kalangan yang menyukai perkara-perkara kotor dan najis.
Adalah lebih baik jika tuala tersebut dibuang di tempat khusus dan diasingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana dilakukan di hospital.
Selain itu, jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Sedangkan kita makan pun pinggannya dibasuh selepas digunakan, inikan pula najis. Jadi, apa pendapat anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya? - CARI
Sedangkan kita makan pun pinggannya dibasuh selepas digunakan, inikan pula najis. Jadi, apa pendapat anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya?
How is this a relevant comparison? Pinggan tu sah2 la kena basuh sebab nak pakai balik. Tak tau la pulak kalau disposable sanitary pad yang dah pakai tu nak dipakai balik. Nama pun disposable. Kalau nak compare sangat dengan pinggan, kena compare dengan washable cloth menstrual pad.
x basuh, buanglah elok2..ni, dahla tak basuh, tak bungkus/lipat..buat kat tong sampah terbuka gitu je..nak2 kalau sanitary bin tu dah penuh melimpah ruah..nak berak pun rasa tak lalu..
cuci je la
apa ke malas sgtttt...
walau pun bukan nak guna smula tp da terbiasa cuci dulu
baru bungkus elok2 n buang ke tong sampah
simple jerk pun..
bukan nya ambil masa berjam jam cuci bagai dgn sabun
asal darah tu da hilang sudahhh..
Post time 16-8-2018 04:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I prefer basuh sbb x sampai hati nk buang mcm tu. I akan koyakkan permukaan atas n flush isi kt dlm. Xkan nk buang mcm tu jer walaupun berbalut. Sanggup ke bungkus tahi n buang dlm tong? Mengundang bau n byk mnde ke situ. Dah nm darah kotor. Mmg la berbau
Islam mengajar ummat tentang kebersihan shngakan pada yg najis pun harus (sekalipun tak wajib) dibersihkan dulu sebelum dibuang. Betul kita membungkusnya, tetapi kekadang tu setakat menggumpalnya dlm kertas surat khabar umpamanya. Bila dibuang ke dustbin luar, selongkar dek anjing, akan terbarai dn itu amat menjijikkan. Mane tau akan dihurungi lalat pula dn jadi santapan para jin. Setakat basuh pada bukanlah berat sangat pun, tapi terpulanglah.