View: 3649|Reply: 11
|
Fakta Menarik Tentang Malaysia
[Copy link]
|
|
Edited by Orgkgdukobesi at 31-10-2018 02:53 PM
Berikut adalah sedikit sebanyak fakta fakta menarik tentang Malaysia. Sila tambah jika anda fakta menarik tentang Malaysia untuk kita kongsikan.
1) Tanjung Piai di negeri Johor adalah titik paling selatan Benua Asia
2)Sabah adalah negeri tempat bunga terbesar didunia, iaitu Rafllesia
3) Telur serangga terbesar di Malaysia berasal dari Serangga Batang Malaysia (Malaysian Stick Insect/Heteopteryx dilitata), yang telurnya berukuran 1,3 cm, atau lebih besar daripada kacang
4) Penang Free School adalah sekolah Inggris tertua di Asia Tenggara yang didirikan oleh Rev. Sparke Hutchings pada tahun 1816
5)Daun terbesar di dunia, Alocasia macrorrhiza, berasal dari Sabah. Contoh daun yang ada pada tahun 1966 pajangnya adalah 3,02 meter dan lebarnya 1.92 meter
6) Malaysia adalah habitat bagi 14,500 spisies tanaman bunga, lebih dari 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 140 spesies ular dan 60 spesies cicak
7)Pulau Sipadan adalah salah satu tempat aktiviti menyelam skuba (scuba diving) paling top dunia
8) Manusia Perak atau Perak Man adalah yang tertua (sekitar 11,000 tahun) dan satu-satunya tengkorak sempurna manusia yang ditemukan di semenanjung Malaysia.
9)Gereja St. George di Pulau Pinang, yang dibina pada tahun 1818, adalah gereja Anglikan tertua di Asia Tenggara.
10) Satu-satunya tanah perkuburan orang Yahudi di Malaysia ada di Pulau Pinang, di Jalan Zainal Abidin dengan jumlah 120 kubur.
11) Roundabout terbesar didunia terletak diPersiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya, sepanjang 3.4 kilometer
12) Lebih dari 140 jenis bahasa di tuturkan di Malaysia termasuk dialek, slanga, bahasa campuran dan sekurang kurangnya 90 bahasa di Sabah dan Sarawak
13) Tanah Perkuburan untuk Haiwan Peliharaan Malaysia yang pertama terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih.
14) Populasi lipas terbesar di bumi terletak di Gua Gomantong di Sabah. Lipas ini hidup dengan memakan najis kelawar di gua itu.
15) Kuala Lumpur ada lah ibunegara yang paling banyak menerima panahan petir. Dianggarkan dalam setahun, Kuala Lumpur menerima 200 hari ribut petir berbanding 20 di London dan 10 di New York
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-10-2018 02:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
zaziot replied at 31-10-2018 02:38 PM
manusia perak tu apa
Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. [1]
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
ooooo ingatkn org perak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurangnya promosi mengenai tempat2 tu membuatlkan ramai yang tak tahu mengenainya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-10-2018 03:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Artemesiaa replied at 31-10-2018 02:58 PM
Kurangnya promosi mengenai tempat2 tu membuatlkan ramai yang tak tahu mengenainya
Setuju. Kena buat banyak promosi , infrastructure , pemeliharaan dan pemuliharaan untuk tempat menarik yang kita ada |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tapi tapi bajetnya banyak ke tak
|
|
|
|
|
|
|
|
Perak Man, org dr zaman purba. Aku dah pergi sana 2 tahun lepas. Mmg menarik tempat tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa nama tmpt tu? dia mmg buat tmpt melancong ke
|
|
|
|
|
|
|
|
xtau pun ade perkuburan utk pets..menarik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Di Lenggong, Perak. Nak kata tempat melancong pun tak juga. Tp worth to visit. Ini tempat bersejarah dan aku rasa ramai org Msia tak gemor pergi tmpt yg bersejarah.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow spesis lipas terbesar!..mak seramnyeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|