CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8362|Reply: 37

[Pelbagai] GOSIP tentang buku dan kesusateraan...

[Copy link]
Post time 11-11-2018 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 10-12-2018 01:43 PM

Gosip berulang- apahal novel kahwin paksa je?

@chacon @chicozinn @meklalala @chesfa @KILL_NANCY@hibernation @matkpop @CikMawarMerah @ Ipo @ WhiskeySkotch

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2018 12:41 PM | Show all posts
Sebab nak tarik remaja je baca kot..benci-kahwen paksa-jatuh cinta-bahagia-orang ketiga-happy ending...semua plot lebih kurang..bukan sekarang je tapi dah lama plot macam ni...so boring
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 12:45 PM | Show all posts
Penulis pun dah macam takde idea..sebab permintaan banyak pasal plot macam tu so terpaksa tulis plot yang lebih kurang sama..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 12:55 PM | Show all posts
Ikutlah acuan buku RAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 01:01 PM | Show all posts
tema kahwin paksa ni dah ada dalam novel dulu-dulu sebenarnya, iaitu novel DONIA.



tapi novel dulu tak macam sekarang. novel sekarang kebanyakannya :

- adegan intim bukan main terperinci dikisahkan dalam buku
- nama heroin dan hero bombastik terbelit lidah nak menyebut
- tajuk novel panjang berjela

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 01:27 PM | Show all posts
Ini penangan OMBAK RINDU la ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2018 01:29 PM | Show all posts
Kenapa tak buat SALINA, KONSERTO TERAKHIR, BADAI SEMALAM bebanyak. Unsur perhubungan dan elemen romantik juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rata2 pembeli novel cinta ni golongan belia bawah 30-an, maka para novelis memikirkan pasaran karya sastera agak terhad berbanding novel berbaur cinta @ fantasi..jujur pada pandangan saya hasil nukilan sebegini turut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada jiwa remaja bergelojak untuk bernikah awal berbanding lebih fokus kepada tanggungjawab hakiki sebagai seorang pelajar..apakah negara kita masih ketandusan naskhah2 ilmiah untuk membina jati diri remaja untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2018 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chicozinn at 11-11-2018 07:25 PM

Ada 1 novel cinta, pendekatan Islamiyah, serta berunsur kekeluargaan saya pernah baca ketika berumur 17 tahun..novel bertajuk "Maafkanlah Aku"..ceritanya agak berat namun hasil garapan novelis yang kemas & sarat dengan penghayatan dari perspektif berbeza..tapi saya pasti tak ramai remaja sebaya saya pada masa itu yang membaca novel sebegini kerana jalan penceritaan yang kompleks disamping anti klimaks yang mengundang rasa terkilan pembaca kerana watak utama dimatikan sebegitu sahaja..tiba2 rasa nak pergi kedai buku nak cari balik novel ni..hehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-11-2018 01:27 PM
Ini penangan OMBAK RINDU la ni.

Baca novel ombak rindu pun boleh terbayang babak yang ditonjolkan penulis dalam novel tu..sepatutnya novelis kena peka akan golongan remaja juga ada yang membaca novel sebegini..rindu nak baca novel seperti "Aku Anak Timur"..biarlah orang kata itu novel untuk pelajaran tapi novel sebegini sedang elok untuk dibaca oleh remaja..banyak pengajaran yang diterapkan dalam novel tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 11-11-2018 07:16 PM
Ada 1 novel cinta, pendekatan Islamiyah, serta berunsur kekeluargaan saya pernah baca ketika berumur ...

Tanx momod banyak sumbang tacang hari ni..sayang momod..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 11-11-2018 06:16 PM
Ada 1 novel cinta, pendekatan Islamiyah, serta berunsur kekeluargaan saya pernah baca ketika berumur ...

Ini pun menarik....boleh adaptasi ke layar...

JALUR SINAR DI CELAH DAUN
ZAHARAH NAWAWI
ALAF 21
RM11.00
                Buku ini adalah karya yang dicetak semula oleh pihak Alaf 21.  Karya yang menarik dan sepatutnya dibaca oleh para peminat buku di negara ini.  Jalan ceritanya menyentuh hati.  Sarat dengan  motivasi untuk diri sendiri.  Karya hebat daripada penulis yang hebat juga.  Saya mengenali penulis ini melalui karya-karya beliau di dada akhbar.  Kagum dengan bakat dan kebolehan beliau mengarap  jalan cerita yang mempunyai tema berat dan gaya bahasa yang mudah dan terjaga tatabahasanya.
                JALUR SINAR DI CELAH DAUN mengisahkan Dali dan Tijah, yang berkahwin ketika berusia muda.  Oleh kerana Dali sukar mendapat pekerjaan untuk menyara keluarga.  Dia membawa Tijah berhijrah ke satu tempat yang baharu di majukan.  Mereka menjadi peneroka pertama di Kampung Tasik, menyelongkar hutan belantaran untuk dijadikan tapak pertanian, menanam beraneka jenis tumbuh-tumbuhan yang mampu menjana pendapatan.
                Dali seorang yang bersemangat tinggi dan kuat bekerja.   Siang malam membanting tulang bersama Tijah tanpa mengenal erti penat.  Tanah lima ekar majukan dengan tulang empat kerat.  Kalau mengikut  zaman yang dipaparkan ketika itu tiada sebarang jentera moden untuk membangunkan tanah, yang ada hanyalah cangkul dan tulang empat kerat.  Apa yang menarik hati saya, betapa mudanya usia Dali namun dia tidak pernah berputus asa dalam  penuh kepayahan.  Impian harus digapai agar menjadi kenyataan.
                Dalam mereka tersenyum bahagia mengutip hasil titik peluh mereka berbulan-bulan, pelbagai ujian melanda sehingga membuatkan Dali mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan dan merantau ke negara orang.  Demi mengumpul duit  Dali sanggup berbuat apa sahaja.  Tinggalkan Tijah bersama anak yang baharu dilahirkan.  Pada mulanya Tijah pulang ke kampung halamannya tetapi tidak tahan dengan kata-kata penghinaan daripada keluarganya membuatkan dia kembali semula ke tanah yang diteroka.  Tiada sesiapa di kawasan itu, yang tinggal hanya dirinya sendiri.  Tijah tidak putus asa, hidup harus diteruskan demi sesuap nasi untuknya dan anak yang semakin membesar.  Dali hilang khabar berita secara tiba-tiba.  Keadaan semakin terhimpit buat Tijah, namun semangatnya tinggi sama seperti suaminya, Dali.  Dia bertungkus lumus bekerja, buat apa sahaja, asalkan tanah yang telah diterokai oleh suaminya sebelum ini terus subur dan mengeluarkan hasil.

http://pnasmahhashim.blogspot.com/2015/04/ulasan-jalur-sinar-di-celah-daun.html?m=1

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-11-2018 07:27 PM
Ini pun menarik....boleh adaptasi ke layar...

JALUR SINAR DI CELAH DAUN

Wah, tanx momod..leh la saya cari psni..masalahnya da naik menyampah nak baca novel cintan cinton mr grey la acik gedik la cam tah pape je tajuk novel skang..masalahnya layakkah naskhah sebegini diangkat sebagai novel??
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
I never read this kind of book.
I feel insulted by it.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-11-2018 07:27 PM
Ini pun menarik....boleh adaptasi ke layar...

JALUR SINAR DI CELAH DAUN

novel nie best.. ttg wanita kampung tijah seorang yg brdikari, setia.. wanita yg kuat bkn jenis wanita yg meroyan jer.. mmg bagus.. mnonjolkan watak wanita yg bgitu mengagumkan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa penulis BBNU sekarang tak ambik contoh novel Cindirela 98 oleh Ahadiat Akashah?
Plot cerita menarik....latarbelakang cerita tidak dilebih lebihkan...Prop cerita juga logik.
Malahan saya membaca novel tersebut pada usia 32 tahun pada tahun 2003. Novel tersebut boleh dibaca walaopun pembaca tersebut lelaki matang dan heteroseksual.
Tapi seperti tajuk yang diperkatakan memang betul....novel novel sekarang secara tak.langsung  terhad pada lingkungan umur lewat belasan hingga dua puluhan...Plot penceritaan yang sama dan tajuk pun kekunun hipster romantik contoh..." Abang Nepal Pengawal Gurkha hatiku"....." Suri hati Driver Bas Uitm"...." Cintaku didalam Butik LV".  Langsung tak berbau kesusasteraan

Kenapa tidak penulis sekarang...kembangkan plot....ambik idea logik sekeliling dan kembangkan jadi penceritaan....banyak cerita lain selain dari cerita kahwin paksa...
Kenapa tak angkat plot cerita ... bagaimana susahnya pasangan baru kahwin dari golongan biasa yang nak mulakan kehidupan bekeluarga di bandaraya.....susahnya cari flat....sesama naik moto pergi kerja....gembira bila isteri mengandung...masukkan plot mencabar tetiba ada pompuan suka dan goda laki....bagaimana pasangan tersebut selesaikan kemelut ni....happy endingnya....cerita skandal tu abis dan bahagiaaaa.

Juga buat la novel tu....langkauan pembacanya dari lewat belasan tahun sampai 40an...Bafu la masyuk honorarium penulis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 11-11-2018 07:43 PM
I never read this kind of book.
I feel insulted by it.

Xpe momod..masih blum terlambat lagi nak baca..cer tgok kat lazada kot2 la ade promo novel2 tu..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 11-11-2018 08:32 PM
Xpe momod..masih blum terlambat lagi nak baca..cer tgok kat lazada kot2 la ade promo novel2 tu..he ...

Hahhahahahaha.
No thanks.
I wont leverage a single cent on this.
They probably didnt know the impact of their tulisan on people.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
This is probably the best novel cinta i ever read

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
X lalu aih ngn novel2 skarang. Last iols collect novel2 Norhayati Berahim, Hlovate n Fatinilamsari Ahmad. Walau  bertemakan cinta, masih menyampaikan mesej2 berilmiah.
Sekarang baca novel Lisa Kleypas. Mmg fully love story tapi x menjengkelkan mcm novel bbnu tempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.489709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list