Edited by lagendahidup at 28-11-2018 11:00 AM
Assalamualaikum semua Kali ni aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang pernah aku alami sepanjang melibatkan diri dalam bidang rawatan ni. Terlebih dahulu aku mintak maaf ya kalau gaya penulisan aku ni kurang menarik sikit.
Disihir Anak Sendiri Kes ni merupakan kes terbaru yang aku dapat minggu lepas. Kisah dia bermula apabila sepasang suami isteri ni mula mengalami sakit-sakit badan. Yang paling ketara sakit badan ialah si isteri. Selalu sangat sakit di bahagian peha, lutut, perut dan juga kawasan hati atau dada. Dekat rumah pesakit sendiri dia selalu nampak kelibat makhluk, dengar tapak kaki pijak syiling hampir setiap malam dan jugak dengar macam ada benda cakar dinding rumah dari luar. Kebetulan pasangan suami isteri ni merupakan kenalan aku dan bila berjumpa dengan si suami ni aku tengok dia macam dalam keadaan letih dan lesu tak seperti sebelum-sebelum ni yang cukup ceria. Aku syak mula-mula ingat sebab bini x kasi kawin lagi satu tapi bila dia cerita pasal apa jadi dekat dia dan isteri baru la aku x syak yang dia lesu bukan sebab permohonan bermadu x diluluskan oleh sang bentara guru.
Sembang punya sembang dia pon mintak buat rawatan tapi seperti biasa sebelum buat rawatan dengan aku dia kena patuhi dulu syarat utama aku iaitu dapatkan rawatan klinikal dulu. Kang sakit sebab klinikal xpasal2 ja menuduh hantu setan yang buat. Kesian dekat hantu setan kena tuduh free-free.
Ok skang kita masuk bab hari rawatan plak. Seperti biasa dalam setiap sesi rawatan aku akan periksa dulu pada tubuh badan pesakit sama ada benar-benar disebabkan gangguan atau disebabkan fizikal semata-mata macam emosi stress dan sebagainya. Lepas diperiksa terbuktilah memang ada kaitan dengan gangguan dan gangguan ni lebih banyak bertumpu pada si isteri. Lepas dah kenal pasti gangguan berpusat pada si isteri aku mulakan dengan memanggil semua makhluk yang ganggu si isteri tadi ni untuk berkumpul pada tubuh badan si isteri. Panggil punya panggil x datang2 rupa-rupanya lepas ditenung si tukang sihir dah alert dan mula tarik balik makhluk-mahkluk yang dihantar kepada si isteri tujuannya sebab xnak bukak rahsia. Itu pasal la sesetengah pesakit bila p nak berubat perawat check xdak gangguan sebab dia dah cabut. Jadi kena tarik semua tu dulu letak pada badan pesakit baru kita rawat kalau x gangguan akan berulang dan datang balik .
Ok nak rehat jap nnti sambung
|