|
Apakah perspektif/pandangan/pendapat anda dalam bahan bacaan yang anda pilih?Kenapa?
Saya beri anda dwi pilihan sajak di bawah :
Suryakanta
Kera sembah telapakan sangulun
Mendengar kata manis sebahawa,
Terlalu suka si kera tua,
Sayang disalang oleh juak-juak,
Berdatang tantra sembah tertawa,
Tuanku bangkit sabuk terlepas.
Sekali persetua geroda sembar,
Unjur tepas tiada utara,
Terhempas kera bulunya reras,
Hilang mangsi mantra fakir,
Angin puyu nujah sugur,
Kera angkuh pulang antap.
Rangkap Pertama
Penyajak menceritakan tentang laksamana Aria (kera tua) dibunuh dan ditikam oleh pengiring Raja Makarsasa. Laksamana Aria telah menegur kelakuan Raja Makarsasa, raja itu bersifat hipokrit di depan Aria, kononnya menerima teguran itu dengan hati terbuka, namun sebaliknya sombong dan mengatakan Aria sebagai angkuh kerana berani menegur baginda.
Laksamana Aria dibunuh di hadapan peterana Raja Makarsasa. Maka tentera yang hadir ketika itu bersorak-sorai dengan kematian Laksamana Aria, mereka tidak mahu dengar tentang kebenaran, mereka mahu bebas dan hidup di atas kehendak nafsu mereka. "Tuanku bangkit sabuk terlepas" menunjukkan Raja Makarsasa telah membuat satu keputusan yang salah dan amat memalukan seluruh negeri Makarsasa.
Rangkap Kedua
Penyajak menceritakan bahawasanya, tidak semena-mena gemulah itu badannya disambar burung garuda lalu dibawa pergi, tidak tahu ke mana arahnya dan yang pasti bukan ke utara yakni di daerah-daerah negeri Makarsasa. Jasad Laksamana Aria dilepaskan oleh burung garuda lalu terhempaslah gemulah ke tanah yang tidak ketahuan tempatnya. "Terhempas kera bulunya reras" membawa pengertian dosa-dosa Aria luruh ibarat bulu-bulu kera yang tanggal meninggalkan badan.
Maka hilanglah catatannya tentang korupsi Raja Makarsasa dan pada hari itu juga taufan menerjah negeri Makarsasa, habis sampan-sampan mereka musnah .... Mungkin balasan tuhan? Mungkin juga bumi bersedih atas kematian pembawa kebenaran. "Kera angkuh pulang antap", membawa pengertian Laksamana Aria yang diperkatakan Raja sebagai angkuh, hari itu dia mati dengan tenang.
Oleh Anon
Damai (Tanahairku Dan Dunia)
Sisa hidup ini hendak kita pelihara
Juga tanah, pohon dan buah-buah
Juga tulang, daging dan darah
Jangan suara jadi parau di musim kemarau.
Tapi tanah kami sudah kerecikan api
Lama bermula, tidak hilang sampai kini
Dan meski tawaran damai sudah diberi
Orang masih tidak peduli!
Pohon getah dan tanah mengandung bijih
Rebutan manusia daerah asing
Kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!
Damai - seruan dan tawaran
Damai - untuk tanahairku dan kemerdekaan
Damai - untuk dunia dan kesejahteraan!
Oleh Tongkat Warrant
*Tidak perlu menterjemahkan maknanya, sajak ini mudah difahami walau terkandung sedikit sinikal di dalamnya.
Jadi beritahu saya tentang pemilihan bacaan (sajak) daripada perspektif dan pendapat anda.
Adakah anda tertarik dengan laras bahasa (bahasa figuratif digunakan iaitu metafora, personafikasi, simile, sinekdot, eufimesme dan ironi) atau kesenian bahasa yang dihidangkan penyajak -- bahasa sanskrit atau sastera lama?
atau
Anda tertarik dengan penulis/penyajak itu sendiri? Favoritism mungkin? Misalnya, walau bahan atau karya itu ditulis oleh individu yang tidak popular tetapi tulisannya lebih elok daripada golongan di atas peterana, anda tetap memilih yang terkenal namanya.
atau
Anda memilih karya (sajak) untuk menunjukkan ketinggian pemahaman anda kononnya akan tetapi anda tidak paham apa yang penulis ingin sampaikan? Poser? Trend atau ikut-ikutan?
...Kongsikan...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|