View: 12040|Reply: 44
|
BERCERAI ATAU BERSABAR - SUAMI KEDEKUT
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum, aku rasa masalah ni mcm tersekat kat dlm dada aku, semoga ada sahabat yg sudi bg pandangan dan pendapat dlm aku membuat keputusan yg terbaik.
Aku seorang janda ank 1 (bercerai hidup), dijodohkan oleh ayah aku dengan duda ank 2 (isteri meninggal). Beza umur kami 22 th, masa kawin tu umur aku 35 th dan suami 57 tahun. Aku serah sepenuhnya pd keluarga, sbb pernikahan aku yg pertama atas dasar cinta, hanya bertahan 5 tahun. pd aku IInsyaAllah jodoh pilihan ayah aku ni mungkin yg terbaik. Walaupon tak kenal, mungkin bercinta lepas kawin lebih indah.
Suami ada perniagaan sendiri, beberapa buah kedai dan rumah yg disewakan. Kira suami orang senang la. 2 org anak lelaki suami juga sgt baik, hasil didikan arwah ibu mereka. Anak aku perempuan.
Lepas berkahwin aku berhenti kerja di KL dan mohon kerja di kampung, sbb nak tinggal dgn suami. Anak aku pon bertukar sekolah. Aku telah bekerja dan tinggal di KL selama 16 tahun, pekerjaan dan gaji yg selesa. Memang sayang nak tinggalkan, tapi demi nak tinggal dekat dengan keluarga sendiri.
Jarak dr rumah suami ke pejabat baru aku 50 km, pergi dan balik 100 km. Aku ambil masa 1 jam utk drive pergi dan 1 jam drive balik. Jalan raya di kampung kurang memuaskan. Itu je lah masa paling cepat aku boleh sampai ke pejabat.
Dis 2018 ni genap la 2 th 5 bln perkahwinan aku dgn suami pilihan ayah aku. Dan selama pernikahan ni juga la suami aku langsung tak pernah bagi duit belanja atau duit utk aku beli kerperluan aku. Termasuk la hari raya, duit baju raya pon tak bagi. Barang dapur suami yg beli, itu pon ala kadar sahaja. lauk2 pon ala kadar sahaja, dan aku jarang makan kat rumah sbb tak selera dgn masakan dia. Suami aku beli barang basah dan terus masak. Kalau aku nak masak aku kena beli barang basah sendiri.
Awal perkahwinan dan masa tu aku masih bekerja di KL, aku belikan mcm2 utk suami, dr hujung kaki sampai hujung rambut pakain yg berjenama. Utk ank2 tiri pon sama, yg study kat U tu aku selalu banking duit belanja kat dia. Tapi suami sehelai seluar dalam pon tak pernah beli utk aku. fest n last yg dia bagi kat aku ialah wang hantaran, mas kawin dan cincin masa nikah. Untuk anak aku, duit raya RM 5 pon tak pernah bg. Sekarang aku dah tak beli kan apa2 lg untuk suami dan anak2, sbb tak mampu dgn gaji sekarang.
Lepas aku kerja di kampung, gaji aku cuma cukup2 bayar hutang2, insurance dan duit isi minyak kereta sahaja. Utk persekolahan anak aku , duit belanja aku, servis kereta dan lain2 terpaksa gunakan duit simpanan. Aku siap tunjuk slip gaji tempat kerja baru ni dekat suami aku, dengan harapan dapat la dia bagi sikit untuk duit minyak. Harapan tinggal harapan jer la….
Dan bila dah hampir 2 th, duit simpanan dah habis, bkn byk sgt simpanan tu. Terpaksalah meminjam daripada adik dan kakak. Pinjam tak pernah bayar, asik pinjam je memanjang, bayar tak pernah. Tp adik dan kakak tak pernah ungkit, die org bagi je duit tiap kali mintak. Die org suruh aku byk2 bersabar dgn suami.
Anak2 tiri sgt2 memahami aku, sbb die org lebih kenal ayah die org. Dgn ank2 sendiri pon suami aku kedekut. Ayah aku dah mula menyesal jodohkan aku dgn suami aku tu, tp aku sikit pon tak salahkan dia. Pd aku, ayah aku la lelaki yg terbaik di dunia ni, walaupon tak lari dr kesilapan.
Sepanjang 2 th 5 bln perkahwinan ni, pernah 3 kali aku bergaduh besar dgn suami. Semuanya pasal duit, aku wsp kat dia ceramah2 agama pasal kewajipan suami beri nafkah pd isteri walaupon isteri bekerja, vedio2 ceramah psl nafkah. Terus dia kata mcm2 pd aku, kata aku masuk rumah dia cuci kaki sajala, dia dah bg makan minum tu dah cukup la. Aku cakap kalau mcm ni baik aku duduk je kat KL dulu tak payah balik sini, menyesal aku korbankan kerjaya aku kat sana, dia maki aku balik jerit2.
Bergaduh lagi, aku cakap kat dia aku nak sewa bilik dekat dgn tempat kerja aku, jimat 400-500 sebulan duit minyak. Dia kata pergi la duduk sana sapa halang. Aku masih sabar lagi sbb aku kesian nak tinggalkan dia sorang2 kat rumah. Yer la umur dia pon dah 59. Anak sulung dia kat U, anak bongsu pulak lebih banyak duduk kat rumah nenek dia dan anak aku pula sekolah berasrama.
Suami aku ni bukan berniaga sangat sbb pendapatan dia sebulan dari hasil sewa pon dah banyak, tak de hutang langsung pulak tu, semua dah habis bayar. Memang income dia bulat2 masuk bank jer la.
Satu hari aku pinjam fon anak tiri aku yg bongsu, lepas tu aku tengok pic kat geleri, banyak betul gambar2 dia pergi bercuti dan makan tempat yg best2 dgn ayah dia sepanjang cuti sekolah ni. Aku rasa dekat 10 tempat menarik die org dah pergi makan angin berdua. Aku Tanya anak tiri aku dia mcm tak nak bagi tahu.
Aku Tanya nenek dia (Ibu kepada arwah isteri suami aku). Nenek dia bagi tahu yg suami aku bawa Alif (anak bongsu) pergi jalan2 lepas aku pergi kerja dan balik sebelum aku balik kerja. Aku sebelum pukul 7 pg dah pergi dan balik dekat2 maghrib. Nenek dia bg tahu lagi, mereka juga pergi bila aku outstation 2-3 hari, suami aku akan bawa Alif makan angin tak balik 2-3 hari. Nenek dia kata, suami aku buat mcm tu supaya Alif tak dapat tidur rumah dia lagi, dan suami aku dah warning Alif supaya jangan pijak lagi rumah nenek dia, tapi Alif tetap pergi situ. Menangis nagis nenek Alif cerita kat aku. Kesian aku tengok orang tua tu, umur pon dah 82 tahun. Suami aku cuba pisahkan Alif dgn nenek dia, sedangkan dari kecik Alif dapat kasih sayang dari nenek dia, nenek tu juga la yg ajar Alif dan abag dia mengaji sampai khatam Al-Quran. Aku Cuma dengar luahan hati nenek Alif, tapi tak nak masuk campur urusan keluarga mereka.
Bila aku tahu suami aku pergi bercuti dan jalan2 macam tu, rasa sedih sangat. Sebab aku dgn anak aku, pergi makan gerai tepi jalan pon suami tak pernah ajak. Tapi berdua dgn anak dia boleh pergi makan tempat hebat2 dan mahal.
Bila aku tahu semua ni, perasaan kasihan dah hilang. Terus aku cari bilik sewa, kebetulan ada kosong tak jauh dari tempat kerja aku. Aku pergi tgk bilik sewa kat rumah teres tu, semua ok, aku terus je bayar sewa dgn deposit.
Balik kerja tu aku bagi tahu suami aku yg aku dah dapat bilik sewa, muka dia berubah tapi langsung tak jawab apa, diam je. Isnin aku datang kerja bawa barang2 aku untuk seminggu, terus aku tinggal kat bilik sewa. Isnin hingga Jumaat kat bilik sewa suami langsung tak call aku, aku je yg call dia tu pon sekali jer. Aku tak mintak izin dia pon untuk tinggal di sini, tapi aku pegang kata2 dia masa bergaduh dulu tu, yg dia kata pergi la duduk sana, sapa halang. So pada aku dia dah bg kebenaran.
Jumaat baru ni aku balik ke rumah suami, suami buat layan tak layan je. Aku tegur sepatah dia jawab sepatah, Nampak mcm dia pon dah tak pedulikan aku. Sebelum aku pindah aku perasan suami aku ni jenis tiap malam nak aku tidur tepi dia, walaupon bab seks dia kurang, 2-3 bulan sekali ada la kot dia sentuh aku 2-3 kali jer. Aku tak de mood bab seks bila ingat kedekut suami aku tu, ko nak nafkah batin ko, tapi nafkah zahir aku, ko tak peduli pon. So aku tak layan special pon, kira mcm tadah jer la. Aku tak pernah puas pon, dia lepas sudah la. Masa awal2 kawin, aku tak perasan lagi kedekut dia tu, so selalu la dia dapat special. Lama2, eh… asik aku jer nak layan ko, ko aku mintak RM 10 pon buat muka ketat. Lepas tu ala kadar saja la…..
Pagi tadi pon aku datang kerja dan dia tahu petang ni aku tak balik sebab tinggal kat bilik sewa, nampak dia macam sedih, tapi dia buat tak tahu je sebab aku kata kalau nak aku tinggal kat situ dia kena bagi aku duit petrol RM 200-300 sebulan. Dia sanggup duduk sorang-sorang daripada bagi aku duit, walaupon nafkah tu wajib, pada dia cukup dgn bagi makan dan minum sahaja. Tu la ceramah agama langsung tak nak dengar, pergi masjid solat fardu je, lepas tu turus balik rumah.
Aku pon tak tahu apa nak buat, kekadang terasa mcm berdosa keluar rumah mcm tu dan sewa bilik tanpa minta izin suami, tapi aku pon dah tak mampu berulang dr rumah dia dgn kos petrol yg tinggi, sampai berhutang dgn adik beradik. Disamping tu aku ada tanggungjawab nak besarkan dan sara persekolahan anak aku, aku juga perlu buat simpanan untuk pelajaran anak aku di masa akan datang. Kalau korang di tempat aku, apa yg korang buat? Bercerai, tunggu dan lihat, serah pada takdir atau macam mana yer? Plz…….
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila suami dah tak beri nakfah zahir mau pun batin
Faham faham aje lah
Apa yg tt takut sgt jadi ibu tunggal kan tt ada kerja
U can support yourself dia kawin dgn tt pun sebab nak
Jadikan babu masak kemas rumah cuci kain
Dah terang terang dia tak melaksanakan tanggungjawab
Sebagai suami
So fikir fikir kan lah baik besarkan anak tt dan hidup sendirian
Dgn aman |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak sabar, sabar je la sampai dia mampus..
kalau dah duduk asing gitu, baik kerja kl and dapat income banyak macam dulu..
tapi kalau dah mula merungut hati dah rasa tak ikhlas, berpisah je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 17-12-2018 08:47 PM
pada aku, betul la tindakan TT.
dah suami pun tak amik tahu, takde bagi nafkah.
boleh biar bini drive 100km pegi balik.
kalo aku dalam situasi ni, aku sewa kan umah dekat opis bini jer.
tak duduk sekali pun takpe, asalkan senang bini nak pegi balik.
jumpa seminggu sekali dua jer pun takper, no problem.
tapi tu lah masalah nya, suami kedekut.
bila laki TT coba nak putuskan anak dia dengan nenek dia,
mmg laki TT ni mmg ada problem lah.
siap ungkit bila dah kawin, TT masuk umah cuci kaki lagi.
yg aku tak paham, kalo dah pikir camtu, yang sibok nak kawin baru tu dah kenapa.
dari dia cakap, nampak macam pikir TT ni nak menghabiskan harta dia pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm pernah baca, kes yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
TT,
i xtau la samada cara nie sesuai atau x.
ape kata TT ddk bersemuka dgn somi.
bincang dr hati ke hati.
luahkan ape yg TT rasa.
ade somi, die xblh kalo kite ckp terang2.. tegak2 dgn die.
so cube la ajak pegi mane2. pantai ke.. air terjun ke...
pastu TT luahkan ape yg TT rs & ape yg TT nak dr die.
mane tau ade kesedaran kat die nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hai TT, kesian awak...
apa2 pun, sebelum fikir bercerai tu apa kata cuba bincang dulu dgn husband utk kali terakhir.
Tanya dia, apasal kedekut sangat? takut harta abis ke apa? kalau dia still marah2 dan tak mengaku silapnya, baik cerai ajelah. Bukan menggalakkn penceraian tapi org kalau dah tua ni dah susah dah berubah. Buat apa kita nak seksa diri.
Nafkah tak bagi, takda toleransi, kedekut, laki jenis apa macamtu. Tak bahagiapon kan. Sy rasa baik TT fikir pasal anak TT jek, simpan duit utk awak berdua. Saving utk masa depan & travel.. lagi best single dari berlaki tapi macam takda laki. Semoga dipermudahkan semuanya utk TT.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by QISPINK at 18-12-2018 11:17 AM
Assalamualaikum..
Alhamdulillah dan terima kasih kpd semua sahabat dlm forum ni yg sudi baca kisah saya yg panjang berjela tu dan sudi bagi pandangan dan nasihat.
Semoga sahabat semua sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah SWT.
Nasihat dan pandangan sahabat sekalian, amatlah bermakna untuk saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 18-12-2018 09:59 PM
Try dulu 2ke3 bln duk rumah sewa tu.bagi masa lagi..tgok berubah ke tak perangai dia.
kalau tak berubah jugak...(em tak brani ckp,tunggulah org lainlah komen) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 23-12-2018 04:08 AM
Teringat cerita lama..Akak ofis umur dah awal 40,bahagia ada anak ,ada laki tapi duk di kl.
Ayah mak kat negeri lain
kesahnya mak dia meninggal..so adalah sedara nak kenalkan kat bapaknya andartu 50an,cikgu pencen.
Akak tu risau takut nak harta je..
Sekali hamik saya cakap "yeke kak,entah2 makcik tu lagi kaya dari bapak akak!"
Hahahha time tu mulut lagi laju dari otak.tlepas ckp gitu ja.siyess wehhh muka dia air muka malu
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg kedekut dari dulu lagike? yg nk pisahkah anak ngan nenek nape? bole cube slow talk ngan dia tp laki tua, dah penah ade isteri, mungkin ego tinggi. sabarlah kalo tt sanggup ... tt berat ke arah mana? |
|
|
|
|
|
|
|
ntah r..i xblh hadam dgn lelaki kedekut ni.
kalau i..i mmg da berpisah da. Duit banyak2 nk tanam dlm kubur sekali ke?
i plg xgemar dgn org yg berkira dalam hidup n kedekut dgn anak bini |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 20-12-2018 10:36 AM
bodoh nya... tujuan laki kau kawen dgn kau supaya kau bela anak tiri ke? angkat kaki je la.. nak ML dengan si tua beruban pun geli
sorry TT... i sakit ati betul baca masalah u yang u sendiri create... pakcik tu tua, biar dia kawen ngn betina menopos sebaya dia la.. dah laa u jadi hamba tanggung bebanan dia.. tu bukan anak2 kandung u.. u tu kena focus anak u sendiri masa depan dia cemane... skang u boleh survive pakai duit simpanan, bukit lama2 kena tarah jadi rata jugak ye...
u rasa bersalah dgn family sbb jodohkan u? diorang ada fikir ke susah senang u? apsal u plak kena tanggung biawak? dah la u ibu tunggal? GET OUT from that stupid ugly husband of yours...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by QISPINK at 20-12-2018 06:55 PM
kaseh80 replied at 17-12-2018 05:02 PM
Bila suami dah tak beri nakfah zahir mau pun batin
Faham faham aje lah
Thanks kaseh80 sbb sudi bagi pandangan, saya tak takut nk jd ibu tunggal, walaupon utk kali
ke 2. Pengalaman lepas 7 th jd janda, jodoh kali ni ayah yg pilih, rupanya hujan jugak di tgh
hari. Saya masih belum buat keputusan, masih menyerah kpd takdir. Sekali lagi saya ucapkan
terima kasih atas nasihat.
prettyuglybabe replied at 17-12-2018 05:10 PM
kalau nak sabar, sabar je la sampai dia mampus..
kalau dah duduk asing gitu, baik kerja kl and dapa ...
Mcm tak mampu utk sabar, tapi nak balik kerja di KL pon tak juga. Suasana di sini aman damai
dan tenang walaupon gaji tak banyak. InsyaAllah saya plan nak cari kerja sampingan bg
tambah pendapatan. Terima kasih byk Prettyuglybabe atas nasihat awak.
capiloton replied at 17-12-2018 08:45 PM
pada aku, betul la tindakan TT.
dah suami pun tak amik tahu, takde bagi nafkah.
boleh biar bini dr ...
Bila awk kata saya ambil tindakan betul, lega hati saya. Pendapat awk suami saya bermasalah
tu pon betul juga, dia ada masalah hati. Sbb tu dia sanggup serang mak mentua dia yg dah
berumur 82 th. Saya kesiankan nenek tu, sbb anak dia meninggal (arwah isteri suami) dan
menantu pulak layan dia mcm tu. Suami pon tak pernah hulur duit atau bantuan makanan kpd
nenek tu. Saya juga suami marah bila selalu berbual bual dgn nenak tu, tapi saya buat tak tahu
sahaja. Terima kasih byk capiloton atas pandangan awak.
zulka replied at 18-12-2018 08:29 AM
mcm pernah baca, kes yg sama...
Ramai juga hadap kes suami kedekut, kalau tak berkemampuan tu kita boleh faham, susah
senang sama2... Thanks Zulka.
eileen80 replied at 18-12-2018 08:49 AM
TT,
i xtau la samada cara nie sesuai atau x.
ape kata TT ddk bersemuka dgn somi.
Tiap kali cuba berbincang, dia akan tinggikan suara dan baling barang. Sampai jiran2 boleh
dgr. Sbb tu dah 2 th 5 bln nikah baru 3 kali kami bergaduh, sbb saya malas nak hadap sikap dia
yg suka jerit2 tu. Terima kasih byk eileen80 sudi baca cerita saya yg berjela dan bg nasihat.
Oroi8887 replied at 18-12-2018 10:07 AM
Hai TT, kesian awak...
apa2 pun, sebelum fikir bercerai tu apa kata cuba bincang dulu dgn husband ...
InsyaAllah saya masih cuba kumpulkan kekuatan itu. Thanks Oroi8887
Meiizu replied at 18-12-2018 09:56 PM
Try dulu 2ke3 bln duk rumah sewa tu.bagi masa lagi..tgok berubah ke tak perangai dia.
kalau tak berubah jugak...
Itulah… saya pon fikir mcm awak, try dulu tinggal asing mcm ni. Selebihnya saya serah pd
takdir.
Teringat cerita lama..Akak ofis umur dah awal 40,bahagia ada anak ,ada laki tapi duk di kl.
Ayah ...
Ayah (66 th) saya juga berkahwin dgn anak dara tua umo 58 th selepas ibu saya meninggal,
diperkenalkan oleh saudara. Tp ada juga yg menghasut kata mak tiri saya tu nak kikis harta
ayah, saya kata biarlah bini dia, harta bkn boleh bwk dlm kubur. Hakikatnya keluarga mak tiri
saya tu lg byk harta, mak tiri pon selalu bg saya dan ank saya duit, dia faham masalah saya.
Alhamdulillah dia jaga makan minum ayah saya dgn baik. Thanks Meiizu….
missus_meow replied at 18-12-2018 10:16 PM
mmg kedekut dari dulu lagike? yg nk pisahkah anak ngan nenek nape? bole cube slow talk ngan dia tp ...
Lepas nikah dgn dia baru saya tahu dia memang kedekut dari dulu lagi. Nenek tu pon byk
cerita kat saya yg arwah anak dia pon jenuh makan hati dgn sikap suami yg kedekut sgt2 tu.
Bab urusan dia nak pisahkan cucu dgn nenek tu saya tak masuk campur. Tp pd saya tak akan
Berjaya la, sbb cucu tu dah umur 14 tahun, dah pandai bawa motor sendiri pon, anytime dia
akan pergi rumah nenek dia, bukan jauh sgt, berjiran juga. Budak tu pon pernah cakap lps dia
habis SPM dia pon tak nak tinggal dgn ayah dia dah, dia nak sambung belajar tempat yg ada
asrama.
Saya memang dah tak de hati kat suami, buat apa ada suami tp saya hidup susah sendiri.
Cuma saya biar masa menentukan. Thanks missus meow……
yokoono replied at 19-12-2018 04:19 PM
ntah r..i xblh hadam dgn lelaki kedekut ni.
kalau i..i mmg da berpisah da. Duit banyak2 nk tanam ...
Pelikkan…rezeki tu dr Allah, kenapa la nak kedekut sgt. Lepas saya pindah ke kg baru saya
rasa, bodohnya aku… kenepa la tak perasan dr awal Hj Baqil ni. – Thanks vokoono.
green~tea replied at 20-12-2018 10:33 AM
bodoh nya... tujuan laki kau kawen dgn kau supaya kau bela anak tiri ke? angkat kaki je la.. nak ML ...
Tu la… saya pon pelik knp la dia nikah dgn saya kalau satu sen pon tak nak bwk keluar, Knp
dia tak beli je patung yg jual kat pasaran gelap tu buat tido tepi dia tiap malam, kan senang bg
makan pon tak payah kan.
Suami walupon umo dia 59 th tp rupa dia mcm umo kurang dr 50 th. Sebelum saya nikah dgn
dia kawan2 saya semua ingat umo dia lebih kurang 48 th je, rambut hitam asli lg, tak pernah
colour, gigi pon semua gigi asli tak de yg palsu. Gaya berpakaian mcm org muda, kereta make
up habis, belas ribu habis make up kereta. Memang dia jd perhatian janda2 berumur pon, tapi
kalau die org tahu kedekut nak mati dia tu, nenek kebayan pon tak hingin nak buat laki.
Saya baru duduk asing 2 minggu, sekarang pon dah rasa selesa sgt hidup berdua dgn anak, tak
perlu drive 100 km pergi blk kerja. Hadap kerja2 rumah lg.
Saya tunggu masa yg sesuai, sama ada dia atau saya yg akan failkan penceraian dulu. Saya
harapkan dia yg failkan supaya mudahkan kerja saya tak perlu ke mahkamah byk kali.
Thanks green tea….
|
|
|
|
|
|
|
|
me akan buat camtu juga kalau berada dalam situasi you..
kedekut nak mampus...
baik jaga diri sendiri aje...
plus me doakan biar dia kena stroke
masa sesorang tu, balasan kedekut nak mampus,
tapi tulah, kang kena pula you balik jaga dia sebab dia lumpuh ke apa..
doa mati terus ajelah... baik tak da laki kalau setakat dapat
laki camni... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua ni. Makin tua makin kedekut. Dia igt org nk amik harta dia. Tu mak mertua ai la cakap
Ayah ai pun kedekut. Seb baik mak tiri ai sabo.
Tt bertahan dulu bbrapa bulan. Tgk dia insaf x bila duduk berasingan ni. Kalo xde perubahan, buat apa menjeruk perasaan. Pisah jela jawabnya. Kalo tggu dia mati pun, brapa sangat tt dpt sbb dia ada anak laki kn |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya baca. laki kalau kedekut mcm ni sampai mati la kedekut. maybe dia ingat dia ada semua tu dia boleh dpt siapa yg dia nak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Terima kasih yg berterusan bagi nasihat dan pandangan. Kurang juga rasa serba salah saya tu bila ramai yg menyokong tindakan saya untuk tinggal berasingan.
Kakak saya marah2 saya, dia kata sabar jer la, dia pon laki tak bg pon duit belanja. Saya cakap mana lagi nak cari duit isi minyak kereta ulang alik 100 km setiap hari. Kakak saya kata pompuan ni senang je nak masuk syurga, taat perintah Allah dan bersabar dengan suami, jangan melawan cakap suami. Kak.... kalau gaji aku mcm ko yg dekat 20 K sebulan tu, InsyaAllah aku tak kesah kalau laki tak bg duit wei............
Laki ko tak bagi duit pon tapi kos anak2 4 orang semua dia tanggung, gaji bibik dia bayar, barang dapur semua dia beli. Ko dapat beli barang2 mewah dgn duit gaji ko sendiri, pergi bercuti dgn kawan2 ko, perlancongan family setahun 2-3 kali. Sbb tu la aku hutang ko tak pernah bayar.... Halal dunia akhirat ye kak
Adik saya bg nasihat, jangan melawan dgn kak long tu, kang dia potong elaun kita tiap bulan baru padan muka. haha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bergetar juga lutut ni, apabila dapat surat dari mahkamah, terdiam aku seketika, macam tak percaya. Suami aku dah failkan penceraian di mahkamah. Esok 27hb Disember sebutan kes penceraian di mahkamah.
Baru berapa hari jer aku tinggal kat bilik sewa ni, 10hb-12hb Dis (Isnin-Rabu) aku outstation. Ptg 12hb(Rabu) aku terus ke bilik sewa. Tidur 2 mlm je kat bilik sewa, Jumaat 14hb, habis kerja aku balik ke rumah suami. Isnin pagi (17hb) aku gerak dari rumah suami terus ke pejabat. Pagi sebelum keluar rumah aku salam dan cium pipi suami kiri dan kanan, aku bg tahu petang ni aku terus ke bilik sewa. Dia diam je.
Khamis 20hb, kemas beg baju, esok Jumaat habis kerja boleh terus balik ke rumah suami. Tetiba masa kat office adik wsp, dia on the way dtg ke pejabat aku dgn laki dia. Dia kata tunggu dia dtg ambil aku untuk pergi lunch.
Masuk je kereta adik, aku tanya adik ipar ada apa hal rajin sgt ni datang jauh2 ni. Adik aku bg sampul surat besar, tertulis Mahkamah Rendah Syariah. Aku terdiam, tapi cepat2 aku pura2 cool. Aku tak nak adik dan adik ipar aku nampak aku sedih. Aku tahan air mata aku dari keluar. Aku tak sangka secepat ini.
Baru berapa hari je aku tinggal asing dr dia, sedangkan aku dah bekorban wang ringgit ulang alik sejauh 100 km setiap hari selama hampir 2 tahun, dan hidup dgn dia tanpa satu sen pon nafkah selama 2 tahun 5 bln. Dia baru 4 malam tido sorang terus failkan penceraian terhadap aku.
Aku tahan semuanya dalam hati. Aku tak nak adik dan adik ipar aku nampak aku sedih. Kami terus pergi lunch dan tukar tajuk lain. Aku tak ada selera nak makan, tapi aku makan juga, pura2 cool sampai deorg hantar aku ke office semula.
Walaupon aku marahkan suami kerana abaikan nafkah aku, marah kerana susah senang dan sakit demam aku dia tak ambil tahu, tapi bila terima surat penceraian ni, aku tetap goyang, jiwa aku tak kental. Aku sedih, kenapa cepat sgt, kenapa dia tak mampu bersabar hingga 2-3 bulan kami tinggal berasingan. Hari dia ke mahkamah adalah hari ke lima aku tinggal di bilik sewa, belum pon 2 minggu...
Aku tiada tempat mengadu, aku tiada tempat untuk menagis. Depan ahli keluarga, tidak sama sekali. Keluarga ingat aku kuat, aku tabah. Hati aku hanya Allah yg maha mengatahui.
Di dalam hati aku yang paling dalam, aku masih belum sedia dgn penceraian ini, masih terselit kasih dan sayang untuk suami ku.
Ya Allah bagi la aku kekuatan untuk menghadapi hari esok 27hb Disember, Mahkamah Rendah Syariah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenaoa takut jadi janda
Hidup lah bahagia dgn anak anak
Kenapa perlu ada sayang pada org yang tidak menyanyangi dan menghargai tt
Hidup ini perlu di teruskan saya percaya hidup tt akan lebeh tenang dan aman
Dgn anak anak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|