View: 2858|Reply: 5
|
Nak Cantik Punya Pasal, Victoria Beckham Guna Darah Sendiri Dalam Pelembab Muka
[Copy link]
|
|
Nak cantik memang memerlukan duit. Sebab itulah para selebriti memang sentiasa tampil cantik. Mereka bukan sahaja sering ke spa, malah turut menggunakan produk serba mahal untuk penjagaan kulit.
Begitu juga dengan isteri kepada bekas pemain bola sepak terkenal David Beckham. Victoria Beckham menghabiskan sebanyak 1200 pound sterling bersamaan lebih kurang RM6,000 untuk rangkaian produk krim pelembap yang dicipta khas oleh Dr Barbara Sturm.
Dr Barbara Sturm
Kredit foto: Daily Mail
Apa yang menariknya adalah, krim tersebut dibuat hasil campuran darah Victoria sendiri! Produk anti penuaan ini sebenarnya sudah popular dalam kalangan selebriti Hollywood, dan kali ini Victoria sendiri mencubanya.
Kredit foto: IG Victoria Beckham
Prosedur pembuatan krim ini memerlukan pengambilan darah pengguna dan faktor penyembuhan akan mula berlaku kepada permukaan kulit pengguna. Krim pelembap ini boleh menjana peningkatan penghasilan kolagen.
Kredit foto: IG Victoria Beckham
Victoria tertarik dengan produk tersebut memandangkan anaknya, Harper juga pada masa sama menjalani rawatan muka yang dikendalikan oleh Dr Barbara.
Kredit foto: IG Victoria Beckham
Menurut Victoria, kulitnya terasa begitu lembap dan menyegarkan setelah menggunakan krim itu. Harganya pun mahal, sudah pastilah berbaloi!
Kredit foto: IG Victoria Beckham
Ramai yang mendakwa kulit Victoria sudah sememangnya cantik dan licin. Dengan penggunaan produk baru itu, pasti kecantikannya akan lebih menyerlah lagi.
Mungkinkah suatu hari nanti, penggunaan darah dalam pembuatan produk kecantikan akan lebih meluas? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Vb ni 45 kan tahun ni? Muda setahunlah dr che ta, tp iols nampak vb ni mcm lagi tua? {:smile
Tp next time kalau nak buat krim anti kedut utk muka, jgn lupa sapu kt tangan sekali ek {:run |
|
|
|
|
|
|
|
BedahBedul replied at 17-1-2019 11:20 AM
Vb ni 45 kan tahun ni? Muda setahunlah dr che ta, tp iols nampak vb ni mcm lagi tua? {:smile
Tp n ...
Mungkin disebabkan VB ni kurus |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm tua je VB ni,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Geli la pulak guna darah huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|