View: 9927|Reply: 24
|
[Buku]
David Copperfield by Charles Dickens
[Copy link]
|
|
Edited by chesfa at 3-2-2019 10:48 AM
David Copperfield, buku ke-8 yang ditulis oleh Charles Dickens diterbitkan secara beransur-ansur di dalam majalah bulanan dari Mei 1849 hingga November 1850. Kemudian, baru lah ia diterbitkan dalam bentuk buku. Dijudulkan sebagai The Personal History, Adventures, Experience and Observation of David Copperfield the Younger of Blunderstone Rookery (Which He Never Meant to Publish on Any Account), ketika dicetak dalam majalah, sebelum dipendekkan kepada David Copperfield, pada tahun 1850.
Walau pun buku David Copperfield adalah berbentuk autobiografi-ish, ia adalah sedikit berbeza dari kehidupan Dickens sebenar.
Dickens mempunyai zaman kanak-kanak yang sangat menyakitkan. Bapanya dipenjarakan kerana tidak mampu membayar hutang pada tahun 1822 di London, dan Dickens yang masih muda (10 tahun), dihantar untuk bekerja di sebuah kilang membuat polish hitam untuk mengilatkan but. Pada tahun 1824, Dickens diselamatkan dari kilang itu dan dihantar ke Akademi Wellington di utara London, tetapi sekolah itu sangat melarat dan mengerikan, membuatkan beliau tekad meninggalkan sekolah itu pada tahun 1826 ketika berusia 14 tahun. Dickens kemudian bekerja sebagai kerani undang-undang, seterusnya wartawan, perlahan-lahan mengorak langkah ke arah kemasyhuran dan kekayaan (sumber: "Introduction" to David Copperfield. Edited by EK Brown, New York: Random House Modern College Editions College, 1950.)
Semua pengalaman ini digunakan untuk menulis David Copperfield. Perjalanan cinta dan perkahwinan sebenar Dickens agak berbeza daripada pengalaman David Copperfield, di mana dalam buku itu, semua kesedihan mempunyai penamat yang gembira. Dalam kehidupannya di luar buku, Dickens menceraikan isterinya, Catherine Hogarth, pada tahun 1858.
Ini lah yang menyebabkan buku ini bukan bergenre autobiografi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 03:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
(Preface to 1850 Edition dan Preface to the Charles Dicken Edition)
Dalam mukadimah novel David Copperfield, Charles Dickens menyatakan bahawa penulisan novel itu memberikannya seribu penyesalan dan keseronokan. Beliau gembira dan berpuas hati dengan penyempurnaan novel itu selepas bertungkus-lumus menyiapkan novel itu selama dua tahun. Selain itu, beliau turut berasa ralat untuk menamatkan novel itu, kerana ia menandakan berakhirnya ikatan yang dibina dengan watak-watak yang beliau telah garap dengan gigih itu. David Copperfield menjadi kegemaran beliau dari semua karyanya yang lain, kerana dari semua watak yang telah dicipta, David Copperfield sangat 'dekat' dengan beliau.
* D.C (initials untuk David Copperfield) adalah terbalikan daripada C.D (Charles Dickens)
Genre bagi novel David Copperfield adalah biografi fiksyen, menggambarkan kehidupan watak- watak yang direka. David menceritakan novel itu dari sudut pandangan beliau sendiri, sudut pandangan pertama (Point of View 1, POV1). Beberapa maklumat dalam novel ini adalah berkaitan dengan kehidupan Charles Dickens sendiri.
David mempunyai kehidupan yang sukar dari awal. Ayahnya meninggal enam bulan sebelum dia dilahirkan. Apabila ibu David (Clara) berkahwin semula, ayah tirinya (Mr. Mudstone) itu seorang yang garang dan menghantarnya ke sekolah asrama (Salem House), sebagai hukuman kerana menggigitnya. Sekolah itu diawasi oleh guru besar yang kejam dan kasar. David mendapat dua orang kawan rapat apabila bersekolah di situ, Tommy Traddles dan James Steerforth.
Ibu David mati ketika dia berumur dua belas tahun, dan ayah tirinya menghantarnya untuk tinggal bersama keluarga Micawber di London dan bekerja di gudang ayah tirinya. David tidak berpuas hati untuk bekerja di gudang itu dan melarikan diri ke rumah makcik nya, Aunt Betsy di Dover. Makciknya pula menghantar David untuk tinggal bersama keluarga Wickfield dan kembali bersekolah di Canterbury.
Ketika ini, David menyedari dia sangat menyukai Agnes Wickfield, tetapi dia seterusnya jatuh cinta pandang pertama dengan Dora Spenlow, anak perempuan seorang peguam (Francis Spenlow) yang menjadi tutor David. David bertemu dengan salah satu watak antagonis dalam novel ini, Uriah Heep ketika dia bekerja di pejabat guaman Mr. Wickfield. Setelah melakukan pelbagai muslihat untuk menipu majikannya, tipu daya keji Uriah Heep akhirnya didedahkan oleh rakan-rakan David (keluarga Micawber.)
Keluarga Micawber akhirnya berpindah ke Australia, sementara David menjadi penulis. Setelah Dora meninggal akibat menderita kemurungan selepas kehilangan bayi di dalam kandungannya, David berkahwin dengan Agnes Wickfield, cinta matinya. Dia akhirnya mendapat kebahagiaan sejati melalui perkahwinan ini. Happy ending!
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 03:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Buku ini adalah buku Charles Dickens yang paling terkesan dan mudah difahami, ditulis di tengah-tengah kegemilangan beliau sebagai seorang penulis. Setebal 1019 muka surat (bergantung kepada penerbit buku, dan saiz tulisan yang digunakan sekiranya anda membaca e-book), plotnya sentiasa berkembang dengan pertambahan watak-watak baru, yang membuatkan pembaca terpaksa mencatit senarai watak tersebut untuk tidak terkeliru. Namun, buku ini berbaloi untuk dibaca sehingga ke muka surat yang terakhir.
David Copperfield dibahagikan kepada dua bahagian, kerana Dickens mempunyai motif yang berbeza untuk menulis setiap bahagian. Dalam bahagian yang pertama, dia mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya sendiri, sehinggalah David pergi ke London. Bahagian kedua pula, dia mula menulis novel tentang perjalanan hidup dia untuk menjadi seorang novelis.
Terdapat empat bab "Retrospect", XVIII, XLIII, LIII, dan LXIV dalam buku ini. Setiap tinjauan (retrospect) menghentikan David sebentar untuk melihat kejayaannya, apabila dia telah mencapai matlamat atau memperoleh pengetahuan baru tentang dunia, sebelum dia mula melangkah ke depan.
Deskriptif, Realistik
David Copperfield, sebagai narator, menulis dalam gaya bahasa yang melodramatik dan emosional dalam buku ini. Terdapat banyak kata-kata deskriptif yang pandang berjela (beberapa ayat digabungkan dengan beberapa tanda koma, sebelum noktah), bernada realistik, yang padat dengan penataan dan watak-watak novel, yang menjadikan seolah-olah peristiwa-peristiwa ini berlaku di hadapan kita. Sebagai contoh, ketika David menghuraikan kilang ayahnya bapa tirinya:
Dari sini, kita dapat membayangkan sendiri betapa gelap, kotor dan teruknya keadaan kilang tersebut, dipenuhi dengan tikus, dan berbau busuk. Walau pun kisah ini berlaku ketika David masih kecil (David menceritakan tentang pengalaman ini sewaktu beliau sudah dewasa dan berjaya), tetapi dia masih ingat dengan jelas keadaan tersebut. Ini adalah salah satu sebab mengapa semua pernyataan David begitu memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca.
Gaya bahasa zaman Victoria
Dickens juga menggunakan kata-kata tertentu seperti little dan old lebih daripada biasa, sehingga bahasanya nampaknya nostalgik dan sentimental. Beliau cuba untuk meningkatkan kesan melodramatik dengan kata-kata seperti quite, great, dan very, sesuai dengan garapan emosi pada zaman Victoria. Gaya ini juga menjadi ciri pengenalan (trademark) Dickens untuk bermain dengan kegalauan emosi dalam karya-karyanya.
Ironis tapi jujur
Nada David Copperfield, tentu saja, kebanyakannya dikawal oleh naratornya. Kadang-kadang suara naratif David diperbesar-besarkan (hyperbolic) dan ironis. Seperti yang tertulis di dalam mukadimah, memoir ini tidak harus dibaca oleh orang lain, dia sering bercakap dengan nada suara yang jujur dan lurus.
* Mr. Creakle - guru besar Salem House
Humor dan sarkasm
Dia menggunakan gaya humor, sarkasm dengan cara yang halus, ketika dia menggambarkan kegilaan David dengan Dora, dari perspektif seorang yang lebih dewasa, untuk menerangkan ketidakmatangan dia pada waktu itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 03:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Banyak tema yang boleh ditemui dalam buku ini. Antaranya:
Penderitaan
Ada banyak kisah penderitaan diceritakan dalam David Copperfield; penganiayaan Mr.Murdstone terhadap David, kesedihan Doctor Strong dalam memikirkan hubungan sulit isterinya yang muda itu dengan Jack Maldon, Dora Copperfield yang kemurungan akibat kehilangan anak di dalam kandungan dan lain-lain.
Penderitaan, yang menjadi plot tunjang dalam buku ini, dialami oleh hampir semua watak-watak dalam ini dan mengubah kehidupan setiap daripada mereka, sama ada menjadi lebih baik atau semakin teruk. Uriah Heep mempunyai perangai keji sebegitu disebabkan penghinaan yang selalu diterima ketika dia di sekolah amal. Mrs.Gummidge bangkit kembali dari kesedihan dan membantu orang-orang di sekelilingnya yang turut menderita. Dora Copperfield membiarkan kesedihannya berlarutan sehingga tahap kesihatan dia merosot, dan perlahan-lahan mati. Wasted away!
Sosio-ekonomi, kaya dan miskin
Kemiskinan jelas memberikan impak yang buruk. Ia membuatkan David tersisih daripada menikmati zaman kanak-kanak yang normal dan memaksa dia menjadi buruh (child labour) di London. Di sini juga mendedahkan, institusi kebajikan yang korup memberikan trauma kepada Uriah Heep sehingga dia berubah menjadi raksasa yang kejam.
Kekayaan, dalam novel ini, turut membawa kesan yang teruk. Ia membuatkan seseorang menjadi egois dan tidak berperasaan, seperti Steerforth. Watak David dan Tommy Traddles mengubah kemiskinan yang dihadapi mereka dengan bekerja keras dan menjalani hidup dengan jujur dan profesional. Namun, sesuai dengan zaman itu, watak-watak yang dibenarkan bekerja untuk keluar dari kemiskinan amat sedikit. Hanya anak lelaki yang dilahirkan dalam kelas menengah, yang boleh mengikuti jalan yang dipilih David.
Zaman Muda Belia, youth
David bergelut untuk menempatkan diri di kalangan masyarakat pada masa itu, yang sering menganak-tirikan dan memandang rendah kepada golongan kelas menengah seperti dia, semenjak dia masih kecil menginjak ke alam dia sudah dewasa. Ia juga penuh dengan nostalgia dan kekecewaan, selepas dia menyedari, untuk berjaya, dia mesti berkorban, tidak harus menjadi terlalu lurus.
Semua perkara yang David kenali mengenai sifat manusia ketika dia membesar - penganiayaan oleh Mr. Murdstone dan Mr. Creakle, pengkhianatan Steerforth, manipulasi oleh Uriah Heep - membuatkan dia lebih matang dan lebih menghargai orang lain.
Namun, pengalaman ini juga menyakitkan, ketika David mengenang kembali saat-saat dia masih kecil dengan Clara Copperfield (ibu). Jugaketika dia dalam proses memikat Dora Spenlow, yang berperwatakan seperti budak kecil, sedikit-sebanyak membuatkan dia sedih, betapa dia bukan seorang yang baik seperti dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 03:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by chesfa at 3-2-2019 10:50 AM
Terdapat beratus-ratus watak boleh ditemui dalam novel ini.
Watak antagonis yang paling banyak diceritakan dalam novel ini ialah Uriah Heep. David bertemu watak ini ketika dia berusia 11 tahun, sewaktu bekerja di pejabat guaman Mr. Wickfield. Uriah Heep, 15 tahun, ialah seorang kerani undang-undang di situ.
Watak Uriah Heep dalam novel ini sedikit-sebanyak mengingatkan kita kepada sikap-sikap buruk kita sendiri, sedar atau tidak sedar, daripada sikap suka mengampu untuk kepentingan sendiri kepada sikap superiority complex (merasa diri sendiri lebih hebat dari orang lain, walau pun sebenarnya nan hado).
Siapa Uriah Heep?
Watak Uriah Heep yang dilakonkan oleh Nicholas Lyndhurst
Dia ialah seorang lelaki yang mendekati anda dengan memberitahu, dia adalah "orang yang umble" sambil merancang untuk menguasai anda. Nama lelaki yang anda tidak mahu sebut dan sentuh, kerana sentuhannya akan merosakkan hari anda - sebagaimana David Copperfield telah ceritakan dalam novel ini:
"As I came back, I saw Uriah Heep shutting up the office; and feeling friendly towards everybody, went in and spoke to him, and at parting, gave him my hand."
David lanjutkan lagi penerangannya tentang betapa 'jijik'nya dia dengan Heep:
“But oh, what a clammy hand his was! as ghostly to the touch as to the sight! I rubbed mine afterwards, to warm it, AND TO RUB HIS OFF.”
Kekejian Heep tidak dapat diragukan lagi melalui penceritaan David. Dia seorang yang bermuka talam, tidak memaksudkan apa yang dicakapkan. Dia juga umpama ular berkepala dua, bekerja dan menumpang di rumah majikan, Mr. Wickfield, seorang lelaki yang dihormati, namun, Heep mengkhianati majikannya, melakukan segala yang boleh untuk memusnahkan Mr. Wickfield, mengambil alih perniagaanya, dan memaksa anak perempuan Mr. Wickfield ke bilik tidurnya.
Heep yang digambarkan oleh David juga seorang yang suka mempermainkan perasaan orang lain, suka memutar-belit percakapannya sendiri. Dia tidak jujur, kejam dan, lebih teruk dari itu, tamak. Dia umpama syaitan yang berselindung di sebalik topeng manusia. Dia secara moral menjijikkan walaupun ketika dia sedang tidur:
Watak Uriah Heep ini kelihatan teruk dalam novel ini kerana, David berjaya menggambarkan dan membesar-besarkan tentang Heep untuk memberikan kesan yang dramatik, sehingga pembaca boleh membayangkan sendiri watak Heep dalam kehidupan sebenar, siapa yang tak pernah bertemu dengan orang yang sedikit sebanyak menyerupai Heep, bermuka-muka dan sanggup buat apa saja untuk menjatuhkan kita, kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 03:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by chesfa at 3-2-2019 10:49 AM
Sikap Uriah Heep ini juga dikenali sebagai sycophancy, pengampu, pembodek, 'boot-licking, menggunakan puji-pujian untuk mendapatkan kelebihan daripada orang lain. Sikap ini terkenal di kalangan ahli-ahli politik dan penyokong beliau. Sikap mengampu ini bermula dari sekecil-kecil pujian sehingga kepada pengkhianatan secara terang-terangan, seterusnya disertai dengan kejahatan yang lain sehingga menjadi lebih besar - kemunafikan, pembohongan, manipulasi, dan penipuan - dan perbuatan ini dijalankan secara rapi dan tersusun.
Ini membawa kita kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS)ke-36, Lyndon Baines Johnson (LBJ), yang diangkat menjadi presiden selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy (JFK). Walau pun LBJ dianggap seorang hero bagi rakyat Amerika kerana jasa beliau dalam perkhidmatan kebajikan rakyat beliau (Medicare, Medicaid, dan lain-lain), namun beliau juga mempunyai sisi buruk dan keji, sama seperti Uriah Heep.
Dalam buku The Vantage Point: Perspectives of the Presidency, 1963-1969, tulisan LBJ sendiri, beliau menerangkan sebab-musabab tindakan beliau terutamanya mengenai kontroversi yang berlaku sepanjang pemerintahan beliau.
Beliau secara peribadi suka mempergunakan dan memerah tenaga kakitangannya, dengan mengugut menggunakan rahsia mereka. "I like to have their pecker in my pocket". Sudah semestinya buku ini sangat berat sebelah, ditulis dari perspektif beliau sendiri.
LBJ dikaitkan dengan pembunuhan Presiden JFK, seperti yang ditulis dalam buku LBJ: The MasterMind of JFK's Assassination, dari Phillip F Nelson, dan buku-buku lain, yang ditulis oleh mereka yang tidak bersetuju dengan beliau. Beliau secara peribadi ialah seorang yang goyah, tidak yakin dengan diri sendiri, dan berniat buruk (yang menafikan jasa beliau sebagai sepanjang menjadi Presiden Amerika Syarikat, di mana beliau bekerja untuk kesejahteraan rakyatnya).
Malangnya, kebaikan (jika ada) LBJ akan selama-lamanya dicemari oleh sejarah Vietnam. Beliau tidak memulakan peperangan itu, tetapi LBJ menambahkan pengelibatan AS dan meningkatkan aktiviti tempur di sana, sama seperti yang terjadi di Timur Tengah sekarang. Sehingga akhir pemerintahannya pada tahun 1968, seramai 500,000 rakyat Amerika telah ditempatkan di sana.
Vietnam, itulah salah satu legasi terburuk yang ditinggalkan oleh LBJ sebagai seorang presiden AS, yang akan sentiasa diingat selaku perkara yang mencemarkan imej AS sehingga kini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 03:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Banyak yang boleh dipelajari melalui buku ini. David Copperfield membentangkan tentang norma-norma dan permasalahan masyarakat, secara etika, moral dan sosial, yang berlaku pada zaman Victoria (pemerintahan Ratu Victoria pada Jun 20, 1837 sehingga Jan 22, 1901). Masalah-masalah ini turut melangkau masa dan zaman, dan masih berlaku pada hari ini.
Dickens menggunakan watak David dan Uriah Heep untuk membezakan tingkah laku moral yang dipunyai oleh kedua-dua watak, dari segi kebolehan mereka untuk menghormati orang lain, berkongsi perasaan empati dan simpati dengan mereka.
Perkahwinan yang bahagia menyelamatkan David dan Traddles dari kancah penderitaan; watak-watak seperti Steerforth dan Uriah Heep menderita kerana mereka gagal membina keluarga mereka sendiri, untuk memberikan mereka sokongan agar mereka berubah ke arah yang lebih baik.
David Copperfield turut memberi contoh kepada para pembaca; untuk keluar daripada kemelut kemiskinan, kita mesti mempunyai sikap seperti David yang bekerja keras, berdedikasi dan setia, baik kepada keluarganya mahu pun kepada kawan-kawannya.
David, sebagai narator, berjaya membuatkan kita bersimpati dengan dia, masih muda namun, terpaksa matang lebih cepat dari usianya. Melalui watak David, Dickens mengkritik watak-watak wanita dewasa tetapi manja, seperti Dora Spenlow, yang bergantung kepada orang lain untuk melindungi mereka, seolah-olah mereka masih kecil dan tidak mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri.
Dickens turut mengkritik golongan kelas atasan, diwakili oleh watak Jack Maldon, sebagai pemalas, tidak berusaha, ego, dan tidak menghormati (not empathetic) perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka yang tergolong dalam masyarakat kelas pertengahan seperti David dan Tommy Traddles berkembang dan berubah selaras dengan peningkatan umur (wiser) dan tanggungjawab sosial mereka di dalam masyarakat.
Watak-watak yang diwakili keluarga Murdstone dan Miss Dartle pula suka menyalahkan orang lain bagi setiap kesusahan yang mereka hadapi, watak-watak gembira seperti Tommy Traddles pula bergembira dan sentiasa bersyukur atas semua keperitan yang dialami dengan membiarkan dendam mereka terlerai.
Keluarga-keluarga yang bahagia di dalam David Copperfield kesemuanya mempunyai tunggak kepimpinan yang kuat untuk memberikan bimbingan, disiplin, dan sokongan kepada ahli-ahlinya. Ketiadaan pemimpin seperti itu lah yang menggoyahkan keluarga Micawber dan Steerforth.
Manakala, watak-watak yang mementingkan keluarga seperti Mrs. Steerforth dan Mr. Wickfield menunjukkan betapa pentingnya hidup bersederhana, terutamanya dalam meluahkan kasih sayang dalam keluarga. Yang baik, harus disokong, yang buruk, harus ditunjuk ajar.
Dickens turut menggunakan watak Emily untuk mendedahkan dilema wanita kelas pekerja yang berusaha keras untuk meningkatkan status kelas mereka. Walaupun mereka boleh membaiki kelas sosial mereka melalui perkahwinan dengan lelaki dari keluarga kelas atasan, namun asal-usul mereka dari kelas yang rendah menyukarkan usaha mereka untuk diterima oleh golongan keluarga kelas atasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 03:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
David Copperfield menunjukkan pentas yang luas dalam kehidupan Inggeris pada zaman Victoria. Pengembaraan David membawanya melalui banyak segmen kehidupan masyarakat: dari desa luar bandar di Suffolk ke pantai Yarmouth, dari sekolah-sekolah di desa ke kilang-kilang di bandar, dari kemiskinan dan kegelapan ke kemasyhuran dan kekayaan. Semua pengalaman ini, ada yang terasa dekat dengan kita sendiri, sebab kita pernah atau turut mengalaminya.
Bab terakhir, A Last Retrospect, David meninjau semula semua pengalaman yang telah dilalui, namun, dia menggunakan ayat dalam bentuk present tense untuk menunjukkan perkara yang sudah menjadi kenangan itu, seolah-olah sedang berlaku di depan matanya, sangat dekat dengan David dari segi emosi.
Dalam Bab 64, semua kisah ditamatkan dengan penamat yang gembira, dan orang-orang yang baik tetapi kisah mereka bermula dengan tragis - David, Tommy Traddles, dan juga Doktor Strong - masih hidup dengan cekal dan terus maju ke depan dengan gembira. David berjaya keluar dari kancah kehinaan dan bermasalah semasa dia kecil untuk menjadi orang dewasa yang berjaya - dan ia memerlukan kita untuk membaca sebanyak 1000 muka surat untuk turut sama menikmati kegembiraan itu.
Bacalah, sebagai manusia, aku sayang padamu,
bukan Laksamana Sunan
Disclaimer: Penulis tidak ingin dikenali
Kredit:
1) Project Gutenberg untuk e-book David Copperfield
2) Peminat David Copperfield di ellopos untuk maklumat tentang tradisi dan kepercayaan di zaman Victoria, yang ada dalam buku ni
3) Wikipedia, pakcik Google untuk maklumat tentang LBJ
4) mereka yang banyak memberikan galakan, from A to Z
5) semua yang telah membaca David Copperfield, dan yang akan membacanya. Bacalah, walau sebaris ayat. Kenali Uriah Heep dengan lebih lanjut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harry Potter berlakon film 1999 |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik cik pah
tapi bila baca tajuk, teringat magician yg bernama David Copperfield
kopipes dari wikipedia
David Seth Kotkin (born September 16, 1956), known professionally as David Copperfield, is an American magician, described by Forbes as the most commercially successful magician in history.
Copperfield's television specials have won 21 Emmy Awards of a total 38 nominations. Best known for his combination of storytelling and illusion, Copperfield's career of over 40 years has earned him 11 Guinness World Records,[4] a star on the Hollywood Walk of Fame, a knighthood by the French government, and he has been named a Living Legend by the US Library of Congress.
Copperfield has so far sold 33 million tickets and grossed over $4 billion, more than any other solo entertainer in history.In 2015, Forbes listed his earnings at $63 million for the previous 12 months and ranked him the 20th highest-earning celebrity in the world.
When not performing, he manages his chain of eleven resort islands in the Bahamas, which he calls "Musha Cay and the Islands of Copperfield Bay".[ |
|
|
|
|
|
|
|
Baru abis baca buku nie + tgk tv series 1999 tu...best...i like it very much... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iols ada buku David Copperfield ni.. jalan ceritanya lebih kurang sama dengan Jane Eyre. Jadi yatim piatu pada usia 10 tahun, tinggal dgn pak/mak sedar, dibenci, kena hantar ke sekolah asrama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apsal ini thread tarak naik? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-2-2019 01:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ninja boy replied at 2-2-2019 05:42 PM
Harry Potter berlakon film 1999
Ninjaboy dah tengok ker? 100% sama dengan buku ke ada percanggahan sedikit? Terima kasih, nanti saya cari info pasal filem ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-2-2019 01:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
hibernation replied at 3-2-2019 01:24 AM
Terbaik cik pah
tapi bila baca tajuk, teringat magician yg bernama David Copperfield
Kak, bukan saya, tu Fraulein X saya pun terlepas pandang nak baca buku pasal tertukar dengan magician ni hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-2-2019 01:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
midori888 replied at 3-2-2019 05:30 AM
Baru abis baca buku nie + tgk tv series 1999 tu...best...i like it very much...
Midori baca e-book ke buku yang tebal amat tu? UK tv series ke US punya? |
|
|
|
|
|
|
|
Hi Chesfa....sy baca e-book, tv miniseries tu UK punya...ada ke US punya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-2-2019 01:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kucingitam replied at 7-2-2019 07:23 AM
iols ada buku David Copperfield ni.. jalan ceritanya lebih kurang sama dengan Jane Eyre. Jadi yatim ...
Sama tapi tak serupa, serupa tapi tak sama. Jane eyre cerita pasal wanita, nipis, tak setebal david copperfield |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|