View: 4315|Reply: 30
|
[Penulis]
[Takwil Puisi 009] KEMBALILAH JIWA
[Copy link]
|
|
Tahniah kepada pemenang [Takwil Puisi 008]Diamond Heart, @Syajati *Pemenang dipilih berdasarkan poin penting yang dilampirkan dalam mentakwil dengan sajak ini
Pengertiannya: Jangan terlalu memuja sesuatu yg tidak pasti, dan berharapkan sesuatu kelak akan merosakkan diri sendiri. dalam erti kata yang lain jangan mudah leka oleh sesuatu yang indah, contoh cinta, leka sampai alpa dan lupa dunia akhirnya merana...
Puisi untuk minggu ini,
Kembalilah Jiwa
Bahagia,
Lalu terbias cahaya dari wajahmu
Tenang,
Kerana setiap langkah elok jatuh di atas hamparan indah
Dugamu,
Itu hasil perihmu
Hingga alpa lisan mengungkap syukur
Kerdil,
Ketahuilah itu wujudmu,
Badai halus diutus menyapa,
Bergoncang jiwa dilambung kecewa,
Sangsimu seolah lupa,
Selaut kasih tercurah dari Sang Pencipta yang Maha Sempurna,
Sejak azali mencorak hidup matimu
Insan,
Segalanya yang kau punya itu,
Terimalah bukan hak mutlakmu
Yang bukan tertulis buatmu,
Redhalah pasti terbaik untukmu.
Rayuku,
Kembalilah Membumi wahai Jiwa..
karya oleh @AlterEgo
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ceq in
kikiki
nak takwil tu nanti lah
tengah pening tengok shoppe
kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
thank you supermod terpilih puisi picisan iolls yang marhaen.. claim tacang terus lah
good luck semuaa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih @AlterEgo sudi jemput masuk sini
ermm saya bukan org buku atau sastera
bab2 sastera dan sejarah mmg fail
saya suka nombor2 dan graf
tapi xpela saya cubala mana yg mampu
errrrrr bole terangkan cane nk join ni?
game ke ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Kupas maksud sajak di bawah ini 4, 5 baris pun boleh...
Kembalilah Jiwa
Bahagia,
Lalu terbias cahaya dari wajahmu
Tenang,
Kerana setiap langkah elok jatuh di atas hamparan indah
Dugamu,
Itu hasil perihmu
Hingga alpa lisan mengungkap syukur
Kerdil,
Ketahuilah itu wujudmu,
Badai halus diutus menyapa,
Bergoncang jiwa dilambung kecewa,
Sangsimu seolah lupa,
Selaut kasih tercurah dari Sang Pencipta yang Maha Sempurna,
Sejak azali mencorak hidup matimu
Insan,
Segalanya yang kau punya itu,
Terimalah bukan hak mutlakmu
Yang bukan tertulis buatmu,
Redhalah pasti terbaik untukmu.
Rayuku,
Kembalilah Membumi wahai Jiwa..
karya oleh @AlterEgo
|
|
|
|
|
|
|
|
Contoh dari Takwil 1...mencuba dapat 200 kredit...jika tepat tambahan 200 kredit lagi..
Sepi menyelimuti keheningan malam
Bayu menderu disulami rintik hujan
Teringat kisah menyentak jendela minda
Memikirkan apakah khilaf diperlaku begini
Romansa cahaya di jiwa yang hampa
Tertukar bahagia dalam sukma kehidupan
Menyeduh harapan berendam duka air mata
Tertancap kenangan tika merona kata
Nuansa renjana dimamah percikan kesumat
Mengundang riak kesal mengusung gejolak amarah
Yang bertahan hanyalah sabar
Jika teralpa berderai santun tawa mesra
Rengat hati usai dihumban ke lembah nista
Penangan sandiwara meruntun raga yang melihat
Seorang insan terkenang sebuah memori luka di kala malam yang dingin. Tertanya-tanya dimanakah silap dirinya kerana kasih yang disemai tidak kesampaian. Bahagia yang didamba, duka pula yang tiba. Lalu puisi dicoret untuk memujuk hatinya yang rawan. Susunan bait katanya penuh dengan kekesalan, kekecewaan, dendam dan amarah. Namun tetap dipujuk hatinya untuk tidak terlalu mengikut perasaan. Dia sedar kesabaran itu perlu agar tidak sirna cahaya gembira dalam kehidupan. Kepedihan emosi dilontarkan jauh-jauh. Supaya dia kini dilihat teguh. Tidak lagi perlu berpura dalam tawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
AlterEgo replied at 27-2-2019 03:33 PM
@kuihbakar @sitisenyum @mdhelmi
Oknantikakburn takwil |
|
|
|
|
|
|
|
AlterEgo replied at 27-2-2019 03:33 PM
@kuihbakar @sitisenyum @mdhelmi
Wow...nantikan saya pula |
|
|
|
|
|
|
|
sitisenyum replied at 27-2-2019 04:10 PM
Wow...nantikan saya pula
sila silaaaa uolls |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 27-2-2019 01:27 PM
@idakamaruddin @ipes2 SM @KILL_NANCY @MeghanK @hibernation @fixit @NamaKuMawar @chesfa @Ipo @fahdr ...
Mod seri..tenkiu tag..tapi tak dapat noti..huhuhu
Saya tumpang lalu baca je..tak pandai sastera.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang yang terlalu mengejar keduniaan sampai lupa pada tujuan asal hidup di muka bumi
Semua perkara yg dilaluinya penuh dgn kenikmatan dan kesenangan hingga lupa pada pencipta walhal itu cumalah dugaan dunia dan kemewahan bersifat sementara
Walaupon kekuatan dan kebijaksaan yg kita ada itu membuatkan kita rasa megah, tetapi hakikatnya kita ini makhluk yg tersangatlah lemah
Sebagai tanda kasih sayang Tuhan pada hambanya, diuji dgn sikit musibah supaya kita kembali kepadaNya kerana demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian kecuali org yg beriman dan beramal soleh.
Setelah kenikmatan itu ditarik semula maka kita harus sedar semua yang datang dan pergi itu kehendakNya
Semua yang ada di muka bumi ini adalah milikNya, kita hanyalah makhluk yg diamanahkan untuk menjaga sebaik2nya
Bila kita sedar akan perkara sebegini maka hidup kita akan semakin tenang menghadapi dugaan dariNya
Akhirnya penulis berharap agar dirinya sentiasa tabah menghadapi liku2 dunia
Dia percaya dengan hati yang tenang kita dapat mengharungi segalanya
Macam ni ke? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni dah power rangers pasni boleh sumbang sajak dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sajak puisi gurindam sume tu xtau ape beza
mcm xbole je nak sumbangkan sajat eh sajak
tp bole la cuba2
surat cinta pakarla hehe
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu, surat cinta berbentuk sajak
|
|
|
|
|
|
|
|
AlterEgo replied at 27-2-2019 07:31 AM
thank you supermod terpilih puisi picisan iolls yang marhaen.. claim tacang terus lah ...
Kagum nya saya otter |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 1-3-2019 04:20 PM
Seorang yang terlalu mengejar keduniaan sampai lupa pada tujuan asal hidup di muka bumi
Semua per ...
Wow wow hebat uolls! |
|
|
|
|
|
|
|
Kembalilah Jiwa
Bahagia,
Lalu terbias cahaya dari wajahmu
Tenang,
Kerana setiap langkah elok jatuh di atas hamparan indah
Dugamu,
Itu hasil perihmu
Hingga alpa lisan mengungkap syukur
Kerdil,
Ketahuilah itu wujudmu,
Badai halus diutus menyapa,
Bergoncang jiwa dilambung kecewa,
Sangsimu seolah lupa,
Selaut kasih tercurah dari Sang Pencipta yang Maha Sempurna,
Sejak azali mencorak hidup matimu
Insan,
Segalanya yang kau punya itu,
Terimalah bukan hak mutlakmu
Yang bukan tertulis buatmu,
Redhalah pasti terbaik untukmu.
Rayuku,
Kembalilah Membumi wahai Jiwa..
Seseorang yang dilanda kealpaan ketika berada di puncak kesenangan hidup, ketika pelbagai rezeki dan nikmat dikecapi tanpa putus. Padanya, segala yang diperolehi adalah atas usaha dirinya sendiri. Beliau seolah lupa segala usaha dan kejayaan itu berlaku dengan izin dari Yang Maha Esa.
Pada suatu ketika, dugaan datang dalam kehidupan, kebahagiaan yang pernah dirasai, semuanya hilang dan pergi satu demi satu. Barulah dia menyedari betapa kerdilnya diri, dalam kesedihan memujuk hati agar redha menerima suratan, beliau dijentik satu kesedaran bahawa segala apa di dunia ini hanya pinjaman, jangan sombong dengan nikmat yang Allah beri, sentiasa beringat supaya merendah diri.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|