|
Faks dari Pak PandirKerani: "Tuan, ini faks dari Pak Pandir.."
Pengurus: "Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun?"
Kerani: "Di faks ini ada setem..."
Pak Pandir Jika Terdapat KecemasanPengurus: "Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911.
Jangan lupa lagi."
Pak Pandir: "Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini.."
Pak Pandir Bekerja TelitiPak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik.
Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu,
dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal.
Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...
|
|