Hari ni pakcik Otto nak sembang ngan korang pasal "World Deadliest Women Sniper". Tak payah nak panjang panjang mengarang sangat, sebab aku peratiiii je korang ni malas nak baca artikel hat panjang panjang. So aku cuba pendekkan selagi mana yang boleh.
Lyudmila Pavlichenko, mendapat jolokan sniper paling berbahaya dan digeruni sekali didunia semasa perang dunia kedua. Baru umur 25 tahun dah bunuh 300 orang tetera musuh. Di dilahirkan di Bila Tserkva, dekat dekat dengan Kiev ibu negara Ukrain hari ini. Dia punya passion nak compete dengan orang sekeliling dah memang ada dalam darah daging dia sejak kecik lagi.
"Bila budak budak lelaki jiran sekeliling berlatih tembak tembak kat lapang sasar, Aku pun nak tunjukkan kat derang yang orang pompuan pun boleh buat benda yang sama" - Lyudmila Pavlichenko
Bila masuk zaman remaja, dia joint kelab menembak kat tempat dia, kemudian dia rasa boleh go on dengan dia punya skill tu, dia masuk ke sekolah khas sniper. Walaupuin dia ni perempuan, tapi dia juga ada pekerjaan sendiri masa tu, dia kerja kat kilang buat senjata untuk tentera waktu tu tapiiiiii pada masa yang sama, dia dapat masuk ke universiti dan ambik jurusan sejarah kat Universiti Kiev. Macam aku jugak la ni, masuk U stadi sejarah. hahaha
Pada umur Lyudmila mencecah 24 tahun, German start invaded USSR aka Soviet Union. So si Lyudmila ni berasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air dia dari ancaman anasir Nazi German waktu ni, tapi yang sedihnya offiser tentera waktu ni advised dia supaya batalkan niat dia tu. Pompuan kot, amende nak masuk sojar bagai, dan suruh dia jadi nurse je kat kem rawatan masa tu.
Punyala Lyudmila bengang waktu ni, dan dia terus cabar geng geng lelaki ni supaya test dulu skill dia dalam sniper ni sebelum suruh dia gi jadi nurse. Lepas dia dapat tembak mati dua tentera Romanian, terus dia dimasukkan kedalam 25th Rifel Division. Haaa ko buat main ngan pompuan ni. "Aku masuk sojar dimasa belum ada lagi orang perempuan yang diterima masuk jadi sojar" Gitu la dia punya quote dalam bahasa ibunda kita.
After that, dia ni secara tak langsung menjadi antara 2,000 orang penembak hendap ( sniper laa ) wanita Red Army. Tapi malangnya, dalam 2,000 tu hanya 500 orang je yang survive, yang lain... mati dalam action.
Okeh, sembang pasal pencapaian dia pulak, masa Siage Of Odessa, dia bunuh 187 orang askar, dan lepas 100 komfirm kill, dia dinaikkan pangkat jadi sarjan. cuma tadak misai sebab dia pompuan. Dia juga berjuang dalam siri peperangan di Sevastopol ( Gugel - Battle Of Sevastopol ) lebih daripada lapan bulan. Masa ni dia ambik assigment yang paaaaaling merbahaya sekali, termasuk lah counter-sniping. dalam operasi ni, dia dah tembak mati 36 orang sniper dari pihak musuh, yang mana dalam duel ni dia ambik masa selama tiga hari straight tau tanpa berehat. hebat tak hebat pompuan ni ko jangan buat main.
Pihak musuh dah ada gelaran khas untuk dia, "Lady Death". Dan geng German memang takutkan pompuan sorang ni sampai nak try pujuk dia ambik rasuah dan masuk side German. Diorang kata, "Lyudmila Pavlichenko, meh sini masuk side kitorang dan kami akan bagi ko coklat banyak banyak dan jadikan ko german officer". Seriusly masa aku baca quote ni aku rasa nonsen gila, apakebenda la german ni nak bribe pompuan ganas ni dengan cokelat. really ? cokelat ? And ofcourse la si Lyudmila ni tak nak kaaannn. dah tu German sakit hati, janji kalau dapat si Lyudmila ni mereka nak kerat kerat mayat dia sampai 309 bahagian. hahaha.
Sepanjang karier dia jadi sniper ni pun, dia tak lari dari kena tembak, banyak jugak la yang dia kena tapi tak ada la teruk sangat. Ada la beberapa cerita yang kata dia korek muka dia dengan pisau tajam bila kena serang dengan mortar. Agaknya serpihan tu kena muka dia. Ganas gila dia ni. Dia punya kecederaan tu beransur pulih, selepas dari tu dia slow down dari turun ke medan perang dan naik pangkat jadi leftenan / lieutenant.
Dek kerana dia ni hebat dan famous, White House jemput dia ke USA. dan dia masa ni menjadi rakyat Soviet pertama yang menjejakkan kaki ke White House. Semasa di US aka Amareka, dia berkawan baik dengan bini president amareka Franklin D. Roosevelt, Eleanor Roosevelt. Bini president ni kemudian bawak dia pegi tour jalan jalan ke seluruh amareka.
Bila dia balik semula ke Soviet, dia retired dari jadi sniper dan bertukar angin pulak jadi jurulatih kepada bakal sniper yang baharu. Masa ni dia naik pangkat lagi, jadi Major dan menerima pingat kehormat yang paling tinggi "The Hero Of The Soviet Union"
Apabila perang tamat, dia sambung balik studi dia dalam bidang sejarah dan masuk ke universiti semula dan lastly dia grad. selepas tu dia jadi historian, cita cita dia selama ni.
Pada tahun 1957, dia bertemu semula dengan kawan baik dia dulu masa muda muda Eleanor Roosevelt, semasa eleanor ni melawat Moscow. Kita masa ni baru nak merdeka. Pada tahun 1974, dia meninggal dunia akibat stroke. Tapi memori keberanian dan kehebatan dia tetap hidup dihati semua rakyat Soviet masa ni.
Begitulah kisah kehebatan penembak hendap soviet, Lyudmila Pavlichenko. Kita pada hari ini boleh ambil contoh dan iktibar dari semangat yang ditunjukan oleh beliau baik semasa dia didalam tentera, mahupun sesudah dia bersara dan sempat menyambung pelajaran beliau. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark -