CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12258|Reply: 54

The Night Witches - Pilot Wanita Yang Digeruni Nazi German

[Copy link]
Post time 6-5-2019 04:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 6-5-2019 06:33 PM


Selamat berpuasa pakcik nak cakap kat korang semua. Kali ni sekali lagi pakcik Otto nak ceritakan pasal "Women Power" yang pernah wujud dalam lembaran sejarah. Meet The Night Witches. Dari Regiment Pengebom Pompuan Soviet diera Perang Dunia Kedua atau WW2 dalam cakap yg lebih femes. Kali ni nak sembang pasal group geng perempuan pulak. Bukan tokoh perseorangan. Mission diorang senang je, Harasment dan Tactical Bombing. Dengar macam senang, tapi amat susah.

Kenapa harassment ? Okey cerita sikit, harassing fire ni lebih menjurus kepada peperangan secara psikologi ( Gugel Psychological Warfare ), naikkan tahap stress musuh ke tahap yang paling tinggi, buat serangan mendadak secara tetiba kat tempat tempat yang langsung tak dijangka, kurangkan waktu rehat dan tidur musuh supaya lebih berjaga jaga, dan yang paling penting sekali, perempuan yang kalahkan diorang! hahaha. Malu besar.

So, regiment pengebom pompuan ni... dah nama pun pompuan, korang banyankan la, kapal kapal terbang diorang ni dilukis dengan gambar gambar bunga... gambar yang comel comel lah senang cerita. Nak menyerlahkan kewanitaan pada pesawat pengebom diorang. Tapi, untuk geng geng Nazi German, diorang ni sangat merbahaya.


Regiment ni ditubuhkan pada tahun 1942. Masa ni Soviet Union yang mula mula sekali membenarkan penglibatan perempuan untuk terbang keudara bagi misi misi kombat dalam peperangan. Kat negara lain, perempuan ada joint air force, tapi tak dibenarkan untuk bawak pesawat dan terbang keudara. Bila regiment ni ditubuhkan, lebih dari 100 orang perempuan dah daftar masuk untuk joint this regiment. Ingat balik thread aku pasal sniper pompuan tu, Lyudmila Pavlichenko tu. Sama la dia punya semangat untuk mempertahankan tanah air dia dimasa WW2 ni. Average umur kemasukan dalam regiment ni lebih kurang umur 22 tahun yg banyak mendaftar.

Langit tak selalu cerah, bila ada perempuan, disitula nepsu lelaki akan mula jadi gila. Maka banyak la timbul kes kes cabul terhadap regiment ni dari kalangan tentera lelaki. Isu double standart juga tak kurang hebatnya. Sangat teruk. Geng geng lelaki ni sangat skeptik dengan kehadiran sojar perempuan. Sorang general pernah komplen pasal ni. "Hantar a bunch of girlies isntead of soldiers to war" katanya. Merka diberikan kasut yang oversize, baju pilot yg tak dibuat khas untuk wanita, pakai yang lelaki punya je. Malah, paling dahsyat, kapal terbang yang diberikan kepada mereka ni adalah kapal terbang yang orang buat tabur baja dan buat training je. Body plane ni dari plywood dan canvas.


Kapal terbang ni kecik, slow, sangat mudah terbakar, tak ada tempat nak letak senjata, dan tak ada ruang untuk letak parachute pun. Tak terbendung dari angin dan tembakan dari pihak musuh pun. Kapal terbang ni jenis dia Po-2, Polikarpov Po-2.

"Bila musim sejuk winter, bila ko nak tengok kat depan ada apa dengan lebih jelas, nanti ko akan frosbite, kaki ko membeku dalam kasut ko yang oversize. Tapi kitorang tetap teruskan penerbangan" - Nadezhda Popova, Commander Squad Bom ni, setelah ditranslate dalam bahasa ibunda kita.

Plane ni cuma boleh bawa 2 bom je dalam satu masa. Berat bom bom ni membuatkan plane diorang cuma boleh terbang dalam altitude yang rendah sahaja. Dan ini membuatkan mereka ni sangat mudah untuk menjadi terget kepada pihak musuh. Mereka tak dibekalkan dengan radio komunikasi atau radar. Cuma kompas dan peta yang diberikan sebagai panduan dan rujukan penerbangan. Tetapi, bersyukur juga. kerana benda primivie ni lah yang membuatkan mereka tidak dapat dikesan oleh radar musuh.


Mereka cuma terbang pada waktu malam sahaja. Pilot biasanya akan matikan enjin bila dah masuk ke kawasan musuh dan target mereka. Kapal terbang akan meluncur dengan senyap tanpa ada sebarang bunyi pada malam hari. The only sound yang timbul adalah bunyi bom dijatuhkan. Shhhhiiiuuuuuu..... Bunyi ni masam bunyi ahli sihir naik penyapu dia pada pandangan geng geng German. tu pasal diorang ni dapat jolokan The Night Witches. Dan nama ni menjadi satu penghormatan pada regiment ni.


Setiap malam, setiap kapal akan terbang dengan misi masing masing lebih kurang 8 hingga 18 kali. "Almost everytime, kami akan terbang dan disusuli dengan tembakan dari pihak musuh" - Nadezhda Popova. Ada sekali tu, Nadezhda Popova ni perasan ada 42 lubang peluru yang tembus kat kapal dan peta dia. Tapi dia tetap hidup. Berjaya mengelak. Tapi bagi yang lain, tak semua dapat mengelak peluru dari Nazi German. Regiment ni lost 32 pilot dalam siri siri pengeboman yang mereka lakukan.



Semasa WW2, The Night Witches melakukan sekurang-kurangnya 30,000 penerbangan dan sebanyak 23,000 tan bom telah digugurkan kepada pengkalan Nazi German.

Begitulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan berkenaan kehebatan dan penglibatan perempuan dalam perang dunia kedua. Kegigihan kaum hawa dalam menghadapi peperangan pada suatu masa dahulu harus lah kita wanita hari ini ambil iktibar dan contohi. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


        - Otto Von Bismark -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2019 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow hebat wanita zaman ni... zaman ni adalah zaman wanita dipandang sebelah mata.. tu pasal zaman ni wanita dia kental.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni plane yg group tersebut gune, polikarpov po-2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 10:14 AM | Show all posts
diorg dari 1 negara..misi yg sama tp tetap ada diskriminasi terhadap kaum wanita...walhal kaum wanita pun berjuang jugak utk negara diorg...sakit hati plak ble baca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 02:30 AM | Show all posts
mawar_mustika replied at 6-5-2019 02:14 AM
diorg dari 1 negara..misi yg sama tp tetap ada diskriminasi terhadap kaum wanita...walhal kaum wanit ...

dah nama pun lelaki... zaman ni pulak korang paham paham je lah macam mana diskriminasi terhadap kaum wanita ni. sangat bold dia punya berat sebelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 02:31 AM | Show all posts
calc replied at 5-5-2019 10:04 PM
Ni plane yg group tersebut gune, polikarpov po-2

aku ada letak gambar katebang tu tapi tak keluar la pulak. adui.. trimas kalkulator. calc kan... aku dok pikir kalkulator je... hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-5-2019 02:34 AM | Show all posts
masorin replied at 5-5-2019 09:39 PM
Wow hebat wanita zaman ni... zaman ni adalah zaman wanita dipandang sebelah mata.. tu pasal zaman ni ...

orang pompuan zaman ni memang kental kental belaka. tu pasal aku gigeh dok up cerita kekentalan kehandalam orang pompuan dizaman era era perang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 05:31 AM | Show all posts
up siket


                          
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Inspiring.,, tp sygnya situasi pertahanan ATM skrg byk dipelopori kaum lelaki. Kaum wanita yg ada pun xramai., xde regiment khas wanita yg boleh dilatih utk jd mcm dorang ni., hihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 06:49 AM | Show all posts
Sazida replied at 6-5-2019 09:46 PM
Inspiring.,, tp sygnya situasi pertahanan ATM skrg byk dipelopori kaum lelaki. Kaum wanita yg ada pu ...

pada aku la kan.... ada dua sebab kenapa jadi macam ni.

1- Zaman. Masa ni zaman perang dunia kedua meletus. isu kekurangan man power disebabkan kematian yang terlalu tinggi menyebabkan mereka terpaksa rekrut anggota wanita dengan jumlah yang ramai. Dan bila dah ramai, zaman perang pulak tu, sudah tentula akan muncul beberapa tokoh hebat dan menonjol dari kalangan wanita ni. Manakala kita hari ni hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Motivasi untuk mempertahankan negara amat lemah dikalangan kita hari ni. cukup hanya sekadar mainkan sentimen sayang dan cintakan negara. Bentuk pengorbanan serupa dulu dulu dah tak wujud lagi hari ni.

2- Latihan. Rata rata hari ni nak jadi sojar kena lalui latihan latihan ketenteraan yang memerlukan seseorang tu berjiwa kental. Dan jelas sekali latihan ni direka untuk kaum lelaki sahaja. Bukan tak ada kaum hawa yang melepasi latihan latihan sebegini, tapi boleh kira tanpa menggunakan jari pun. Tak caya tanya la @PristineOne . Dulu dulu pulak, diera WW2, kemasukan sojar tak perlukan latihan yang kental mana pon. cukup dengan asas main sejata dan menembak dah cukup. Mana ada masa nak latih lama lama. Tengah ko sain kontrak ni, berapa orang tengah mati kat medan perang sana. hahaha....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 7-5-2019 06:49 AM
pada aku la kan.... ada dua sebab kenapa jadi macam ni.

1- Zaman. Masa ni zaman perang dunia k ...

Kihkihkih.., tgh sign pun mati kena tembak ehh.,, tp latihan ketenteraan tu sama je. Cuma ketegasan dekat kaum lelaki lebih tinggi. Yelahh perempuan kalau mental xkuat, kena maki pn menangis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 05:45 PM | Show all posts
Sazida replied at 6-5-2019 11:59 PM
Kihkihkih.., tgh sign pun mati kena tembak ehh.,, tp latihan ketenteraan tu sama je. Cuma ketegasa ...

dah lumrah pompuan, lembut hati tapi kental. Dalam menangis pun tetap teruskan apa yang dicita.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 7-5-2019 05:45 PM
dah lumrah pompuan, lembut hati tapi kental. Dalam menangis pun tetap teruskan apa yang dicita.

nanti kalau free2 buatlah thread psl askar malaysia. Xkesah la darat laut or udara. Nk jgk tgk pndangan org awam pasal askar kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 06:11 PM | Show all posts
Sazida replied at 7-5-2019 10:08 AM
nanti kalau free2 buatlah thread psl askar malaysia. Xkesah la darat laut or udara. Nk jgk tgk pnd ...

to be honest, aku kurang pengetahuan pasal ATM. kena banyak tanya orang orang yang lebih arif pasal ATM ni. sejarah ATM tak banyak ditulis dimedia atau buku buku, tapi kalau aku sendiri tak mula pun, tak ada juga kan ? huhuhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 7-5-2019 06:11 PM
to be honest, aku kurang pengetahuan pasal ATM. kena banyak tanya orang orang yang lebih arif pasa ...

Hehe tau xpe. Org lain mcm mls je nk menaip panjang2 bukak thread ilmiah cmni melainkan ko huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 06:24 PM | Show all posts
Sazida replied at 7-5-2019 10:19 AM
Hehe tau xpe. Org lain mcm mls je nk menaip panjang2 bukak thread ilmiah cmni melainkan ko huhu

sekarang aku tak nampak... tapi dulu ramai sngt kat dalam ni yang rajin menaip panjang panjang untuk bacaan kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 07:48 PM | Show all posts
tq Otto atas info yg best...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 11:37 PM | Show all posts
amikie replied at 7-5-2019 11:48 AM
tq Otto atas info yg best...

Trimasss for reading... trimass for reply....

Baru ada semangat nak menulih
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi... Otto.. I dah check in.. Gigih baca smbil tunggu subuh ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 7-5-2019 09:36 PM
Hihihi... Otto.. I dah check in.. Gigih baca smbil tunggu subuh ni...

Trimasss for cek in dummy. Gigeh jugak aku mereply lepas suboh ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.131156 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list