|
Salam Ramadan buat semua. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 05:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Salam to all
Thank you for your interest, the account for Tamakpahala Collective Fund is under the name:
Syed Azmi Alhabshi
Maybank Savings Account
1611 8103 2922
My email address ji372000@yahoo.com
Please kindly write in reference the reason.
Thank you for the support and trust.
Please inform me once the deposit is done.
To contact me, can call or Whatsapp at 0162184769 or click http://www.wasap.my/+60162184769
Thank you. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 06:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
YAYASAN J’KEB MALAYSIA
RHB A/C No :
2623 3500 0320 68
Who ever nakkan Resit LHDN Tax Exemption:
Must give copy of transfer note together with :
1. Full Name
2. IC
3. Full Address
* to write on receipt
YAYASAN J’KEB MALAYSIA
No 11, Jln Wangsa Budi 2,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Contacts :
Annie Othman
@ 0192110619
Ave Hashim
@ 019 266 7702
Terima kasih banyak-banyak.
Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 08:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
awaynepian replied at 6-5-2019 07:37 PM
Wow thank u so much syed..jom buat pahala sama2
jom.
u tepek jer apa yang u jumpa kat sini.
kongsi dgn yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Spoon feed pls info pemilik tabung2 d atas
Ada je yg ai x pena dgr langsung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-5-2019 05:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dr. Amalina Mohon Orang Ramai Hulurkan Sumbangan Percepatkan Urusan Ainul Mardhiah Ke London
Semalam, ayah kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin telah mengesahkan bahawa Dr. Amalina Che Bakri telah memberi maklum balas kepadanya dengan menyatakan pasukan beliau sudah siap sedia menerima kehadiran Ainul Mardhiah ke United Kingdom bagi menjalani rawatan di sana.
Namun, dalam entri Safiuddin itu juga menyatakan Ainul perlu menjalani imbasan MRI terlebih dahulu di Malaysia sebelum berangkat ke London.
Menurut Dr.Amalina ramai pakar di sana ingin membantu Ainul untuk kembali sembuh seperti kanak-kanak yang lain
Dalam ‘story’ di akaun Instagram Dr. Amalina juga memohon jasa baik masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan untuk membawa Ainul Mardhiah dengan segera ke London. Turut tertera nombor akaun Ahmad Safiuddin.
Untuk anda menghulurkan bantuan boleh terus salurkan ke akaun ayah Ainul. 554110509928 (Ahmad Safiuddin Ahmad Razak Maybank). |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-5-2019 05:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
permudahkanlah urusan mereka. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-5-2019 01:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
TABUNG SEDEKAH JUMAAT.
5 RAMADHAN 1440 HIJRAH.
DERITA EMPAT BERADIK.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Kisah tentang keluarga mereka pernah tular dan sampai ke pengetahuan tiga tahun lalu. Namun usaha menjejaki mereka saat itu gagal.
Menyantuni meraka dalam satu majlis berbuka beberapa hari lalu ... tidak menduga sama sekali mereka “ dikirim Dia “ di depan mata sebagai satu amanah yang harus disempurnakan sebaik mungkin.
Merenung wajah anak kecil berusia 5 tahun itu , tidak menduga begitu hebat sekali liku kehidupan yang dia dan tiga adik beradiknya yang berusia 11, 16 dan 19 tahun itu, jalani kini.
Kisah mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ibu telah ditakdirkan meninggal dunia dua tahun lalu bersama bayi yang berusia 7 bulan dalam kandungan. Di atas sijil kematian, tercatat punca kematian ialah disebabkan ulser yang pecah di dalam perut.
Selesai saja majlis pengkebumiaan ibu dan belum pun kering air mata menangisi pemergian ibu, ayah pula ditahan polis atas kesalahan di bawah akta dadah. Ayah dipenjarakan ketika tanah kubur ibu masih basah dan merah.
Waktu itu .. kakak sulung empat beradik ini baru berusia 17 tahun. Dia terpaksa bangkit dan menggalas tanggung-jawab sebagai ketua keluarga sehingga tidak punya air mata lagi untuk menangis. Dia terpaksa bekerja sambilan sebaik pulang dari sekolah demi sesuap nasi adik-adik.
Adik bongsu yang ketika itu baru berumur tiga tahun meratap mencari ibu, meraung memanggil ayah. Dia hanya mempu menyatakan satu ayat
“ Kakak ada ni, kannn... “
Saat itu ... ramai pihak tampil untuk menjadikan mereka anak angkat dan menawarkan rumah kebajikan sebagai tempat perlindungan.
Namun dia telah bertekad akan memegang permintaan terakhir ibu, agar menjaga adik-adik dengan baik ...sbg amanat yang harus digalas sebaik mungkin.
Berbagai pihak juga tampil menjanjikan segala bentuk bantuan. Gambar wajah mereka menjadi santapan lensa kamera. Bukan sedikit tekanan emosi yang harus ditanggung oleh dia dan adik-adik saat itu.
Kini dua tahun berlalu detik kematian ibu dan panangkapan ayah ... segala yang pernah dijanjikan dulu tinggal janji , di bawa angin waktu.
Mereka tetap hidup dalam keadaan serba kekurangan. Sehinggalah kini ... hilang sudah keparcayaan si kakak kepada sesiapa saja yg menjanjikan bulan dan bintang.
Hari ini ...
Mereka hanya tinggal tiga beradik setelah adik ke tiganya yang berusia 11 tahun terpaksa diserahkan kepada ibu saudara awal tahun ini kerana dia tidak mampu membiayai persekolahan adiknya.
Dengan pendapatannya sebagai pembantu warung RM40 sehari , dia perlu menyara makan minum dan persekolahan adik yang sedang di dalam tingkatan empat juga.
Mujurlah majikannya baik hati .. tidaklah mereka kelaparan kerana selalu dibernarkan membawa pulang makanan dari kedai.
Ketiga beradik ini tinggal di dalam rumah yang tak punya apa- apa pun. Tiada bekalan air dan letrik yang sah, penyambungan haram semata. Bahkan sistem pendawaian pun sgt membahayakan nyawa terutamanya si bongsu.
Tiada tilam empuk , hanya selimut nipis buat mengalas belakang .Entah apa isinya mimpi mereka tiga beradik ini...
Ramadhan ini ..
Rindu pada ibu dan ayah hanya Allah saja yang tahu. Ayah pergi bagai batu yang tenggelam. Tiada langsung khabar berita lagi.
Bila ditanya tentang hajat bertemu ayah di penjara sempena Aidilfitri kelak, si kakak sulung dalam nada tegasnya menjawab “ tidak sama sekali .. “
Dia tidak ingin adik-adik terutamanya yang bongsu ada memori tentang penjara dan polis serta keadaan ayah di sana. Sungguh .. dia tidak mendendami ayah.
Dia dan adik-adik setia menanti kepulangan ayah. Mudah- mudahan segala apa yang terjadi .. akan merubah hati ayah.
Tetapi dia sendiri tidak pasti berapa lama dia harus menanti kerana dia sendiri tidak pernah tahu apa-apa berita tentang ayah sejak hari ayah diseret kedalam kereta peronda di depan matanya dua tahun lalu.
Aidilfitri bakal menjelang .. ayuhlah kita sama-sama menghadiahkan kebahgiaan di hati kecil insan-insan terpilih ini walaupun mungkin tidak akan pernah sama seperti dahulu lagi. Setidak-tidaknya .. mereka masih mampu mengecapi aidilfitri di rumah yang pernah menyimpan kenangan bersama arwah ibu dan ayah mereka dulu.
Justeru itu .. Jumaat penghulu segala hari , dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini , kita buka sedekah yang diniatkan keatas anak-anak Allahyarhamah Norrafida Binti Abdull Hamid yang telah kembali ke sisi Illahi pada 24 Jun 2017 , dalam usia 35 tahun.
“ Kalau betul rumah ni boleh elok semula .. saya nak ambil adik balik duduk sama-sama dengan kami macam dulu .... “ luah si kakak dalam linangan air mata dihujung perbualan.
Jazakumullahu khairan katsira kepada semua penyumbang.
Salam Ramadhan ...
Perkongsian dr fb Puan Natipah Abu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-5-2019 01:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kasihan sangat.
Moga Allah lindungi adik ni semua. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2019 09:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lain orang, lain nasibnya.
Lain orang, lain perjalanannya.
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan kita mengeluh kerana jika kita rasa susah, mesti ada insan-insan lain yang lebih susah.
Mengambil kesempatan melawat anak-anak comel ini di Pusat Jagaan Kasih Bestari di alamat Lot 5930, Jalan Jati, Kg Melayu Subang, 40150, Shah Alam. Pusat ini memberi kehidupan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf.
Rumah kebajikan ini memerlukan dana yang banyak untuk menampung lebih 90 orang. Kami, #MedTweetMY akan membawa mereka keluar beriftar dan mengumpul dana untuk menolong apa yang kami boleh untuk keperluan seharian.
Saya amat berharap ada insan-insan mulia yang dapat menyalurkan sumbangan ikhlas. Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Akaun CIMB: 8009117785
Akaun: Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia
Ref: IFTAR
Jika anda mahu memberi bantuan cara lain, kami berharap anda dapat belikan pampers atau susu. Ini adalah bahan yang cepat kehabisan dan sangat-sangat diperlukan (sebab ada beberapa orang bayi disini). Boleh juga hubungi mereka terus (ada gambar nombor di gambar terakhir).
Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Rafidah Abdullah
Timbalan Pengerusi Persatuan Tweet Perubatan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
ABD GHANI HARON
May 3 at 2:40 PM ·
MARILAH BERKONGSI REZEKI
Menyeru semua follower saya utk menyumbang sedikit rezeki utk program ramadan oleh projek sedekah jariah sprt sedekah bubur kanji, baju raya anak yatim, sedekah beras pulut utk ketupat raya, sedekah makanan dan minuman, tajaan berbuka puasa danberbagai sedekah lagi.
Bank in 557410515106 maybank abd ghani |
|
|
|
|
|
|
|
Pasir Mas 2.
Rumah MakChu Part 4.
Lot 479 Kg Kelar Tok Raja 17060 Pasir Mas.
010-5721379 (no WhatsApp)
Ni yang paling obvious why i nak bantu rumah ni.
Anak dia yang 14 tahun pu ya temost belajar. Dengan takde kipas nya. Dia masih ada ruang belajar yang memang hebat. Seriously.
Inilah pasal saya rasa antara banyak rumah hari ni, ini yang paling saya rasa boleh bantu.
Sharifah bt Mamat
03027-0207- 5840-8
Bank Islam
Pasal anak dia gigih.
Dan mahu belajar.
Salam
Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhi Fairuz Al-Jengkawi is with Mohd Huzaifah Muntalip.
5 hrs
Ini adalah sebuah cerita yang saya tulis dengan penuh emosi. Ada rasa bangga, sedih, sebak dan penuh keterujaan. Inilah dia kisah hebat di sebalik pembinaan Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar r.a- Changlun,kedah.
Sebelum tahfiz ini dibina, anak-anak muda sekitar kampung ramai yang terlibat dengan masalah sosial dan jenayah. Walau masih bersekolah rendah, mereka sudah berani menghidap rokok. Jumlahnya ramai. Berpuluh orang.
Bila menjengah ke usia remaja, mereka sudah berani ambil dadah terutama jenis ice. Maklumlah, hampir sangat dengan sempadan Siam. Ketum tak payah cakaplah, senang sangat nak dapat area sini. Ponteng sekolah? Perkara biasa.
Masjid hanya dihadiri orang-orang tua. Anak-anak muda entah ke mana. Sampai bila mahu dibiarkan keadaan ini berlaku?
Maka, disebalik kegelapan ini, Allah hadirkan beberapa orang insan hebat yang komited untuk mengubah keadaan kampung!
Mereka ialah individu yang berbeza profesian, baik pensyarah dari UUM, guru-guru sekolah, bekas staf MARDI serta beberapa orang penduduk kampung.
Misi mereka sama; memandaikan penduduk setempat dengan ilmu pengetahuan terutamanya hafalan Al-Quran. Untuk ubah kebejatan yang berlaku, wajib bermula dari anak-anak, generasi baru di kampung.
Mari saya gelarkan mereka sebagai TEAM TAHFIZ.
Waktu awal operasi, Team Tahfiz melantik seorang ustaz menjadi tenaga pengajar di sini. Masjid dijadikan lokasi untuk belajar Al-Quran. Mereka gerakkan sedari tahun 2016.
Namun, sangat mendukacitakan, bermula dari belasan orang pelajar, baik kelas untuk kaum ibu, baik untuk anak-anak, akhirnya lengang. Masing-masing tak datang dah. Tak tahulah di mana silapnya.
Dr Munauwar yang merupakan salah seorang Team Tahfiz (lebih mesra disapa sebagai Cikgu Mun oleh penduduk kampung) mendapat satu idea.
Beliau membuka ruang kepada pelajarnya di UUM untuk mengajar anak-anak di sini secara volunteer. Boleh jadi, bila anak muda yang menjadi guru, dengan latar belakang yang berbeza, negeri yang berlainan serta kesungguhan mereka, orang kampung akan teruja. Ya lah, budak universiti mai sana kot.
Dan Alhamdulillah, telahan Cikgu Mun ini benar. Sebaik sahaja mahasiswa serta mahasiswi UUM sudi menjadi sukarelawan mengajar Al-Quran, satu demi satu kanak-kanak yang datang. Seronok mereka!
Dari 10 individu, jumlahnya meningkat ke 120 orang pelajar. Mashaallah. Kaum-kaum ibu dari segan nak datang (malu andai kawan tahu merangkak baca Al-Quran), terus bertambah. Hari demi hari.
Bila semakin ramai, timbul pula satu masalah. Untuk pengetahuan kawan-kawan, tahfiz ini bukan sepenuh masa. Tumpang masjid sahaja. Jadi, kerapkalilah bertembung dengan program masjid seperti ceramah dan lain-lain. Ia mengganggu sesi tasmid pelajar.
Maka, bermulalah sebuah pengembaraan yang hebat! Team Tahfiz nekad mahu ada bangunan sendiri. Akhirnya, keluar satu idea gila-gila dari mereka.
Setiap dari Team Tahfiz wajib menyumbang RM10,000. Ikutlah nak keluar duit sendiri ke, minta derma ke, yang penting bila due date, duit perlu diserahkan.
Atas usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa, Team Tahfiz berjaya membeli sebidang tanah yang betul-betul berada di seberang jalan bertentangan dengan masjid, lokasi awal kelas tahfiz.
Kini, masuk fasa yang kedua. Mereka memerlukan dana ratusan ribu ringgit bagi membina bangunan itu sendiri. Berkat kisah adik tahfiz di sini yang Dr Taufiq Razif kongsikan beberapa bulan lepas, satu Malaysia sudi menyumbang.
Subhanallah. Mashaallah. Dari tanah kosong yang dipenuhi semak samun, terbinalah satu bangunan yang bakal dijadikan pusat tahfiz kelak.
Cikgu Mun tak jemu-jemu mempromosi projek ini kepada sesiapapun yang beliau temui. Hinggalah suatu hari Allah takdirkan beliau bertemu dengan seorang hamba Allah.
Rugged. Seluar jeans koyak di lutut, baju hitam tanpa lengan. Bukan orang setempat. Berada di sana Februari lepas bagi menghadiri kenduri kahwin saudara.
Saat beliau mendengar tujuaan pembinaan tahfiz berkenaan, berbunga-bunga hatinya untuk menaja. Saat itu bumbung belum ada. Terus sahaja beliau bertanya kepada Cikgu Mun berapa kos atap. RM 40,000, kata Cikgu Mun.
Kau tahu apa brother ni cakap?
"Ok, saya sponsor. Hantar pelan. Lepas tu tunggu barang sampai."
Allahuakhbar! Bila Cikgu Mun bercerita kepada saya tentang hamba Allah yang ini, bergenang rasa air mata. Benarlah manusia ini tidak boleh dinilai berdasarkan penampilan semata-mata, yang penting hatinya.
Itu belum lagi kisah seorang pakcik berusia 61 tahun. Ibunya baru sahaja meninggal dunia. Beliau memperolehi beberapa rantai emas faraid, milik arwah ibu.
Beliau bukanlah orang senang. Motor buruk sahaja. Tapi bila emas ada di tangan, terus sahaja beliau bertemu dengan Team Tahfiz dan berkata, "ambillah emas ini. Pergi jual. Saya wakafkan untuk pembinaan tahfiz. Semoga pahalanya sampai kepada arwah ibu saya."
Ya Allah, sebak lagi aku dengar kisah yang ini. Nilai emas berkenaan berjumlah RM 7,770.
Kisah yang ketiga, seorang penduduk kampung yang sudah tidak bekerja, bekas tukang kebun dan pernah menjual kuih muih, datang kepada Team Tahfiz dan berikan satu sampul surat berisi wang ringgit.
Katanya, ambillah. Ikhlas dari saya. Untuk anak-anak di sini. Alangkah terkejutnya Team Tahfiz bila melihat jumlah wang yang diberikan.
RM 6,100! Ia adalah duit simpanannya selama ini! Hasil titik peluh bekerja. Namun semuanya diserahkan kepada Team Tahfiz. Moga syurga untukmu Pakcik. Amin Ya Rabb.
Para penyumbang benar-benar mengharapkan projek ini berjaya. Di pihak Team Tahfiz, mereka tidak duduk diam menanti sumbangan dari orang ramai.
Tanah yang lain dibeli pula. Belakang dari bangunan tahfiz yang sedang dibina. Di situ mereka telah bangunkan projek lada merah. 3000 polibag yang digunakan untuk menanam cabai ini. Dalam masa satu jam sahaja siap tanam. Berkat bantuan orang kampung.
Dan mashaallah, lihatlah sekarang. Ia sudah ada hasil. Setiap kali cili masak dan sedia untuk dipetik, satu kampung turun bergotong-royong membantu.
Cili ini kemudiannya dihantar ke pasar borong Alor Setar, kedai-kedai dan lain-lain tempat. Setiap bulan ribuan ringgit yang diperolehi dari penjualannya.
Cikgu Mun selaku bendahari Team Tahfiz memberitahu, duit jualan cili ini sudah diasing siap-siap. Ia bukan untuk dana pembinaan tahfiz, tapi kegunaan masa depan yang melibatkan kos pengoperasian, bil elektrik, bil air, elaun tenaga pengajar dan lain-lain. Subhanallah!
Tak cukup dengan itu, Team Tahfiz juga menanam serai di atas sebidang tanah di atas bukit. Tanam, tunggu, tuai. Hasil dapat, wang ringgit dapat. Juga digunakan untuk kos pengoperasian. Mashaallah!
Tuan Puan yang dirahmati oleh Allah,
Saya yakin saat kalian mengikuti satu demi kisah yang saya kongsikan, pasti rasa 'sesuatu' kan.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya menyeru dan merayu kepada kawan-kawan untuk kita sama-sama menyumbang demi kelangsungan pembinaan tahfiz ini.
Tak banyak lagi yang mereka perlukan, RM 50 ribu lagi.
Saya bertanya juga kepada Cikgu Mun, kalau sumbangan dah capai 50 ribu ringgit, nak terima lagi ke sumbangan orang ramai. Maka, beliau pun menjawab,
"Tidak. Kita tidak akan terima lagi derma orang ramai. Kami akan buktikan tahfiz ini akan berdikari, cari duit sendiri dan tidak meminta-minta.
KAMI ADA MARUAH DIRI!"
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Bantu saya viralkan kisah ini.
#TukangCeramahBudakSekolah
Oh ya, pelan bangunan semuanya telah mendapat kelulusan pihak bomba. Untuk mendaftar dengan Jabatan Agama, bangunan perlu siap dahulu. Semuanya akan diusahakan. Biar legal, tersusun dan sistematik.
Konsep tahfiz secara transit. Pagi kelas bersama ibu-ibu atau bapa-bapa. Murid sekolah ikut sesi persekolahan harian mereka. Jika sekolah pagi, kelas tahfiz mereka petang. Jika sekolah petang, kelas tahfiz mereka pagi. Untuk golongan belia waktu malam.
Kenapa transit, bukan tahfiz yang ada asrama dengan selective students? Jawapannya mudah, Team Tahfiz mahu setiap orang kampung belajar dan peroleh manfaat darinya.
====================
Bagi sesiapa berminat menyumbang barang binaan atau wang ringgit bagi wakaf kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia ke boleh terus kontek Pengerusi Tahfiz, Cikgu Mun. Boleh terus whatsapp beliau >> http://tahfizsaiyidinaabubakarchanglun.wasap.my
Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia . 1 lot wakaf bernilai rm10 sahaja. Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Anda boleh buat sumbangan melalui:
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR
No. Akaun : 02 0390 10080 690
Email : [email protected]
Alamat tahfiz :
Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar
(bertentangan Masjid)
Batu 8, Kampung Lembah Palas
06010 Changlun Kedah.
https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/2294201343980601 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah syd tak update ruang sedekah ini
nanti sy up kan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-11-2019 05:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ipes2 replied at 25-11-2019 12:25 AM
Lama dah syd tak update ruang sedekah ini
nanti sy up kan
Ya. Lama tak update.
Nsnti saya sambung sikit sikit |
|
|
|
|
|
|
|
asyid A Rizkie
Yesterday at 8:55 AM ·
Salam
Selepas beberapa kes pelajar dah selesai, pada masa sama saya terima lagi dua kes pelajar yang tiada perbelanjaan dan juga yuran tertunggak. Bawah ni saya tulis dua kes sekaligus. Salah satunya perlukan duit bayaran yuran tertunggak. ( Duit yuran dah ada, lebihan dari sponsor seseorang baru ni )
Kes 1.
"Salam tuan . Sy merupakan pelajar dari i**n kelantan ingin memohon sedikit bntuan dari tuan , harap tuan tak keberatan .
Sy ingin membayar yuran pengajian sy rm300 , yuran tersebut sepatutnya dibayar seminggy selepas pendaftaran tapi sy mampu bayar rm100 je .
Tu pun pakai duit kad siswa pelajar yang kerajaan bagi sebelom ni.. sebelom ni sy belajar di Politeknik negeri sembilan tapi terpaksaa berhenti kerana tidak mampu menampung kos2 sepanjang pengajian di sana, mampu bertahan sampai sem 2 lepastu terus berhenti.
Sy mmpunyai 9 adk bradik . Sy taknak bebankan parents sebab skarang ni diorang tengah buntu utk bayar yuran adk2 , sorang SPM thun ni, sorang lagi PT3 , n ada yang UPSR ,kos yuran diorang pun masih ad yg trtunggak.
Sy harap tuan dpat bantu sy . Jika tuan mahu sy gantikan balik pun takpa, nnti elaun belajar sy masuk . Sy bayar balik..sy harap tuan hide Kan profile sy, trima kasih ☺️"
PART YURAN DAH ADA SPONSOR. lebihan daripada sumbangan seseorang baru ni. Cuma saya terfikir jika boleh berikan sedikit wang perbelanjaan.
Anggaran diperlukan cuma dalam RM250 untuk perbelanjaan adik ni.
Kes 2.
"Saya seorang student U.. Saya ingin memohon bantuan utk duit belanja saya sahaja.. Saya org yg agak susah.. Tapi disebabkan saya student sem pertama.. Jadi bantuan tu x dpt diterima lagi.. Kalau zakat sblm ni pun hany mmpu utk menaggung suku dari yuran kemasukan saya ke u.. Saya anak yatim.. X d adik beradik.. Fmily lain pun susah.. Kami hidup dlm serba kekurangan.. Saya x mintak bnyak.. Just utk saya buat blnja je.. Utk bulan ni"
Untuk kes kedua ni cuma mohon duit perbelanjaan sebanyak RM250x2 bulan = RM500.
Untuk kedua2 kes ini total diperlukan hanya RM750
Kedua2 kes ini saya dah verify. Dan layak dibantu.
emergency case
Mohon bantu
Ref : BELANJA
http://www.wasap.my/+60189516899
https://www.facebook.com/profile.php?id=100008770272404&__tn__=%2Cd*F*F-R&eid=ARCeFYojBP1ZsCTZgzok_bufnucg37a8B1SfKLyFwHH_JMBZHS5nyoP9-vBKuZqMTBJHWo_TBmzTvo0H&tn-str=*F
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|