Edited by OttoVonBismark at 11-5-2019 09:07 PM
HITLER.... Adolf Hitler. Siapa tak kenal, dia buta sejarah. Seriusss. Jadi, selak selak balik wikipedia untuk tau siapa Hitler. Boleh dikatakan, Hitler ni tak berkahwin sepanjang hidup dia. Dia punya private life menjadi salah satu rahsia terbesar sepanjang dia menjadi Diktator. HANYA selepas kematian Hitler ( Bunoh diri ), barulah pihak German discover yang Hitler ni ada kekasih sepanjang kehidupan dia sebagai diktator dengan Eva Braun.
Eva Braun, nama panjang dia Eva Anna Paula Braun. Lahir di Bavaria pada 6 Feb 1912 dari keluarga yang miskin. Dia mati bunuh diri pada umur 33 tahun bersama-sama dengan Hitler dalam bunker selepas kekalahan German dalam perang dunia kedua.
Umur dia baruuu je 17 tahun masa dia mula-mula jumpa dan kenal Hitler. Itu jam Hitler belom lagi jadi diktator. Dia masih dalam golongan yang radikal dalam berpolitik. Diorang berdua ni jauh beza umur masa bercinta. 23 tahun beza. Kira Hitler masa ni 40 tahun manakala Eva pulak 17 tahun. Masa ni Eva Braun kerja kat studio fotografi sebagai jurugambar. First time Hitler ajak Eva deting gi tengok opera, and then selepas tu diorang mula rapat dan start keluar deting selalu.
Nak jadi cerita, masa Hitler deting dengan Eva ni, Hitler ada bercinta jugak dengan sepupu dia sendiri name Geli Raubal. By public, Geli Raubal ni sepatutnya menjadi cinta sejati kepada Hitler masa ni. Tapi Geli Raubal bunoh diri pada tahun 1931. Masa Hitler tau si Geli ni bunuh diri, dia became depress jugak la dan mengurungkan diri dia even majlis pengkebumian si Geli ni kat Vienna pun Hitler tak pegi jenguk. Dua hari lepas tu baru dia keluar dari pengurungan diri dan pegi melawat kubor Geli Raubal ni kat Vienna.
Selepas dari ni, bermulalah episod cinta antara Eva Braun dengan Hitler. selepas kejadian Geli Raubal bunoh diri, Hitler depress then dia start focus kat Eva sorang je. By public, orang tak tau pun yang sama ada Hitler ni betul betul cintakan Eva atau tidak. Tapi Hitler selalu je habiskan masa dia bersama dengan Eva. Si eva ni suka berenang dan main ski. Dia jugak seorang perokok yang mana Hitler tak suka dengan tabiat merokok Eva ni. Orang dedulu kan lejen. Tengok opah-opah nenek-nenek kita dulu, selamba je merokok. hahaha. Dan Eva ni seorang vegi... dia pulak tak suka Hitler jadi vegi macam dia, so dia tak suka kalau Hitler makan benda benda vegi sangat.
Orang-orang kebanyakan rakyat biasa tak tau pun hubungan antara Hitler dengan Eva Braun ni. Yang mana Hitler selalu describe diri dia akan berkahwin dengan Germany jugak. "Ramai pompuan anggap aku ni appealing, sebab aku tak kawin lagi" - Adolf Hitler punya quote pada satu ketika. Appealing tu macam... err... menarik perhatian. Hahaha...
Pada awal awal hubungan cinta Eva dengan Hitler, si Eva ni dah dua kali cuba nak bunoh diri. "Kalau sehari aku tak tengok si Hitler ni, terasa siksa betul hidup, sengsara.... " - Eva Braun punya luahan dekat kakak dia Gretl Braun. Banyak kali Eva cuba untuk mendapatkan perhatian Hitler, tapi Hitler sendiri amat sibuk dengan kerja kerja penaklukan dia dalam perang dunia kedua. Tapi akhirnya dia berjaya bila dia dan kakak dia dapat pindah duduk sekali dengan Hitler pada tahun 1935 kat Munich.
Walau bagaimana pun, bila dah duduk sekali, tak seperti yang dijangka. Hubungan dia dengan Hitler adalah menjadi satu rahsia besar kepada dunia. So... Setiap kali ada pelawat dan tetamu datang kerumah Hitler, si Eva kena masuk menyorok dalam bilik. Kebanyakan masa Eva cuma dihabiskan bersendirian. Dia tak dapat kasih sayang yang cukup dari Hitler. Sepupu Eva describe Eva Braun ni sebagai "The unhappiest women she ever meet". Kita sayangkan seseorang tu bagai nak mati, and yet kita tak dapat pun bersama dengan kekasih kita selalu, dan moment moment untuk bersama tu berlalu begitu sahaja dengan kita berseorangan.
Dikatakan, yang Eva Braun ni tak pernah langsung berminat dengan politik. Rumor mengatakan yang mungkin Eva ni tak tau pun tentang anti-jewish policy yang Hitler pegang. Sebab latest discover mengatakan, Eva Braun ni ada pertalian darah jugak dengan jewish. Bau bau bacang kata orang. Historian describe Eva ni seorang yang muda dan blonde yang lurus. So ada kemungkinan dia memang cinta-kan Hitler sepenuh hati dia kerana faktor usia dia juga.
Suatu hari, bila keadaan jelas menunjukan yang German akan kalah dalam perang dan berlin pun masa ni dah musnah, Eva datang ke Berlin. Dia datang untuk berjumpa dengan kekasih hati dia, Adolf Hitler dan dalam saat saat genting seperti tu, dia tau Hitler sangat memerlukan dia disisi.
"Do you think i would let him die alone ?" - Eva Braun
Eva menemani Hitler didalam bunker milik Hitler sampai saat-saat terakhir hayat mereka berdua. Itulah moment yang paling indah bagi Eva waktu ni. Hitler akhirnya melamar Eva Braun, sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan yang Eva berikan kepada dia............ 36 Jam kemudian........ mereka berdua bersama-sama membunuh diri dengan menembak diri masing masing. Sepupu Eva Braun menggambarkan yang keputusan Eva untuk bunuh diri bersama-sama tu sebagai "not so romantic". Dia menggambarkan tindakan Eva tu sebagai unhappy women yang cuba nak dapatkan balik respect dan memenangi hati Hitler.
Begitulah serba sikit kisah Eva Braun, seorang wanita kesepian yang cuba sedaya upaya untuk memenangi hati seorang lelaki yang sangat dicintainya. Begitu banyak teladan yang dapat kita ambil dari kisah ni, tapi korang pikir dan pilih lah mana yang sesuai dengan hati masing masing. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark -
|