Edited by scarlett-jo at 13-5-2019 03:45 PM
Aku ada seorang kawan, nama Z dan sudah bekeluarga. Satu hari tu, mak ayah dia minta dia buat loan untuk langsaikan hutang along diorang tapi dia tak nak. Hingga satu kejadian yang melibatkan ugutan dari pihak along, membuatkan Z terpaksa buat loan peribadi dalam berpuluh-puluh ribu untuk selesaikan pinjaman along.
Mak ayah dia janji akan bayar bulanan tapi tak bayar dengan alasan tak cukup duit sebab guna untuk perbelanjaan harian. Jadi, terpaksalah Zack bayar bulanan. Lepas tu, mereka janji lagi akan bayar guna wang hadiah pencen mak dia tapi tak bayar jugak sebab kena bayar hutang kawan saudara mara. Si Z ni semakin tawar hati bukan sebab buat loan sangat, tapi sebab mak ayah dia mungkir janji satu hal, tak mengaku salah berhutang sehingga mengabaikan keperluan keluarga dan ego sentiasa pun satu hal.
Si Z ni pernah la minta2 juga bayar balik tapi biasala mak ayah dia akan cakap ni tanggungjawab dia sebagai anak.Sambil2 tu mak ayah dia selalu perli bila nampak dia bawa keluarga jalan-jalan.Mereka janji lagi akan bayar hutang tu bila mereka jual rumah diorg (bukanrumah yang diorg duduk) tapi biasala lepas setel jual rumah tu masih ada lagi hutang untuk dibayar pada orang lain, yang hutang Z ni tak bayar juga. Dan mereka terus berjanji lagi yang lepas ayah dia pencen, mereka akan bayar balik tapi Si Z ni dah tak percaya.
Si Z ni betul-betul tawar hati bila mak ayah dia cucuk adik beradik yang lain kata Z ni tak kenang budi dan jasa, anak tanggang, berkira dengan mak ayah. Memang Z ni betul-betul kecewa, padahal dia sejak dari Universiti lagi, duit PTPTN hampir semua diserahkan kepada mak ayah.Tapi bila dah bekeluarga, dia rasa perlu ada tanggungjawab yang lebih kepada keluarga sendiri.
Dan sekarang, mak ayah dia mainkan sentimen, jasa dan pengorbananan ibu bapa tak setara dengan loan yang di buat tu. Dia ada kerja ada segalanya sebab redha mereka. Dan mak dia kata tolak balik segala perbelanjaan dia masa kecik sampai besar, segala susu semua baru mereka bayar nilai tu. Dan bila dia luahkan cerita ni pada kawan-kawan,mesti orang akan kata, redha je la sebab berbakti pada mak ayah.
Tapi apakah nasihat yang betul untuk kita nasihat orang yang berdepan situasi macam ni? Adakah sekadar,redhalah, sabarlah….kita nak nasihat tapi tak nak mengecilkan hati dia.
|