View: 6630|Reply: 9
|
INCI: TUKANG JAHIT BERGADUH
[Copy link]
|
|
Kredit : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sekarang tengah viral perkongsian pasal perbezaan pita ukur inci yang ada di Malaysia ni.
Perbezaan ni jadi masalah di zaman sekarang sebab baju beli online, pembeli pakai pita ukur inci lain, penjual pakai pita ukur inci lain.
Itu yang jadi baju sampai yang dibeli, tak muatlah, terbesarlah, singkatlah, labuhlah. Lepas tu jadi gaduh antara penjual dan pembeli.
Jadi ada orang yang kongsi tentang perbezaan pita ukur ni. Dia bezakan ikut warna. Ada tukang jahit kata ukuran inci pita putih yang salah, ada budak ijazah tekstil kata putih yang betul.
Habis bergaduh pula sesama tukang jahit.
Sebenarnya, dua dua pihak ni salah! Mereka salah kerana bertelagah pasal pita warna apa yang betul, sedangkan warna tu bukan sesuatu tetapan standard.
Ada 2 ukuran inci :
◾Inci US/UK
◾Inci China
Kedua-dua ukuran ni tak ada tetapan warna pita ukurnya standard. Kadang inci UK pita putih, kadang inci China pita putih. Malah ia boleh datang dengan apa sahaja warna.
Sebab tu pertikaian pita warna apa yang betul adalah pertikaian yang tak sah(valid). Sepatutnya yang dibincangkan adalah inci mana yang diguna pakai di Malaysia.
Inci UK atau inci China?
Jawapannya inci UK, sebab sistem ukuran di Malaysia ni semua ikut sistem UK. Logik, kan?
Jika warna pita tak boleh nak digunakan untuk bezakan antara kedua-dua inci ni, jadi macam mana nak bezakan?
Inci UK = 2.54cm
◾Setiap inci ada 7 senggat dia antaranya
◾Satu senggat = ⅛ inci = 1 hun
◾Satu inci = 8 hun
Inci China = 3.33cm
◾Di China ia dipanggil cun (市寸)
◾Setiap cun ada 9 senggat di antaranya
◾Satu senggat = 1/10 cun
Jadi, cara mudah nak tahu mana inci yang betul, adalah:
◾Semak dengan pembaris sm
◾Ada tertulis cun(市寸) = China
◾Ada 7 senggat antara inci = UK
Kalau beli baju online di Malaysia biasanya guna inci UK. Tapi kalau barang dari China, mungkin guna inci UK. Nak selamat pakai sentimeter(sm)
Dibawah ada gambar untuk rujukan kau orang. Baca kapsyennya.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tukang Jahit Manusia
Nota: ada pembaris yang guna inci UK tapi ada 9 senggat antaranya, tapi lazimnya akan dilabel 'tenth'
Pita ukur inci China (cun) berwarna putih.
Pita ukur inci UK dibanding dengan pembaris yang selalu tukang jahit guna(entah apa namanya. Haha)
Ni pita ukur hardware. Nampak tak senggatan setiap hun tu.
1 hun = ⅛ inci
2 hun = ¼ inci
3 hun = ⅜ inci
4 hun = ½ inci
5 hun = ⅝ inci
6 hun = ⅞ inci
8 hun = 1 inci
Ada pembaris yang gunka inci UK tapi senggatan ada 9 di antara inci, namun lazimnya ia akan di label TENTH.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mak iols guna yang putih tu..
Huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Lor ada inci china plak.. Rs i pakai yg putih but ttp ada 7 senggat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lorh.. Ada byk jenis ke.. Tatau plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la ada bj yg saiz dan ukuran ditulis sama ngan org lain.. Saiz XL bahu 16in.. Tp bila pakai besar |
|
|
|
|
|
|
|
Inci memanglah tak sama sebab bukan ikut sistem metrik piawaian antarabangsa.
Nak selamat guna meter, cm. |
|
|
|
|
|
|
|
bila bercerita pasal inci pita ukur ni teringat plak kes diri sendiri. Aku ni baru je belajar menjahit. Ukur badan anak2 aku rasanya dah betul dah, tapi bila jadi baju asyiklah kecik. rupanya pita ukur aku dengan pembaris senggatnya berbeza..So kena make sure pita ukur dan pembaris senggat nya sama. |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah jg bila beli saiz tu sama tp bila pakai dan2 sempit
ke sendat ke..pita ukuran pun rupanya tak sama bukan warna
penyebabnya ye. |
|
|
|
|
|
|
|
hai smua...nk mencelah juga...salam perkenalan....perbezaan tape 1 hal...mslh 1 lg sbb kain...ade yg jenis mengecut bila basuh or gosok
|
|
|
|
|
|
|
| |
|