View: 10667|Reply: 23
|
[Budaya]
Bertukar juadah kian hambar
[Copy link]
|
|
Oleh : M.Jasni Majed
BERMULA dengan seorang menghantar sejenis kuih sebagai juadah berbuka puasa ke beberapa rumah, maka makin kukuhlah ikatan kejiranan di sesuatu tempat. Di kampung-kampung, budaya ini masih dapat dilihat walaupun semakin hambar.
Di kampung, oleh sebab kebanyakan jiran yang kebetulannya ada pertalian keluarga, maka bertukar-tukar juadah berbuka masih berlaku. Contohnya, A, B dan C terdiri daripada sebuah keluarga yang tinggal sebelah-menyebelah, maka boleh dikatakan setiap hari berlaku pertukaran juadah berbuka. Sejenis kuih dan lauk sahaja dibuat tetapi nanti apabila berbuka puasa, pelbagai jenis juadah ada di atas meja kerana berlaku apa yang dinamakan berbalas-balas juadah.
Sejak dahulu sampai sekarang, berbalas-balas juadah ini ada nilai seninya yang tersendiri. Anak-anak kecil yang baharu berlatih berpuasa akan seronok kerana merekalah yang ditugaskan oleh ibu bapa menghantar juadah ke rumah jiran atau saudara-mara.
Selepas juadah dihulurkan, lambat mereka hendak balik kerana mereka menunggu balasan daripada tuan rumah yang dihantar tadi. Jika tidak ada balasan, maka kecewalah si anak ini. Malah, jika ibu bapa tidak menyediakan juadah yang hendak diberikan, maka tarik muka masamlah juga si anak-anak kerana terpaksa bercuti menghantar juadah ke rumah orang.
Suatu masa dahulu, di kampung-kampung yang kukuh kejiranannya, pada bulan-bulan puasa seperti ini, orang sudah tahu siapa pakar buat onde-onde, siapa pakar buat tepung talam. Contohnya, A pandai buat onde-onde, B tepung talam, C buat kuih lapis, D buat pulut panggang manakala E pakar tepung bungkus. Itu belum lagi dicampur lauk-pauk yang turut dijadikan hantaran ke rumah jiran-jiran dan sanak-saudara untuk berbuka.
Kelima-kelima rumah ini boleh dikatakan selalu bertukar-tukar juadah kerana kebetulan tinggal berhampiran. Tidak mustahil F yang berjiran dengan E, D dan C tetapi agak jauh dengan A dan B akan menghantar kepada A dan B untuk melebarkan kejiranan. Andaikan F dapat banyak juadah hingga rasanya tidak habis dimakan, mungkin sedikit daripadanya dihantar kepada A, yang mungkin juadah itu dihantar oleh A kepada E dan E menghantarnya kepada F. Jadi A dapat balik juadahnya yang sudah tentunya menjentik sedikit kelucuan sebelum berbuka.
Uniknya bertukar-tukar juadah kerana juadah sudah tentunya disediakan sendiri. Juadah mesti dibuat berlebihan kerana ada niat hendak memberi kepada jiran walaupun bukannya hendakkan balasan. Yang hendakkan balasan ialah budak-budak.
Pada bulan puasa, di sesetengah kampung yang padat penduduk, sebelum berbuka puasa macam pesta mini jadinya. Budak-budak akan dikenali oleh setiap keluarga kerana selalu menghantar juadah. Tuan rumah bertanya anak siapa engkau ni? Dan oleh sebab itu, kalau jadi apa-apa insiden pun kepada budak-budak kampung, orang cepat kenal kerana ikatannya kukuh, tidak bersifat menyendiri tetapi berusaha menonjolkan diri untuk melengkapkan hubungan baik sesama mereka.
Oleh sebab zaman sudah berubah, budaya bertukar-tukar juadah ini sudah pastinya akan terkubur begitu sahaja. Di kawasan-kawasan pinggir bandar dan bandar, bertukar-tukar juadah masih juga berlaku walaupun tidak sehebat apa yang berlaku di kampung.
Di kampung pun budaya ini semakin hambar. Ramai percaya, lama-kelamaan budaya ini akan ditelan zaman juga. Ia berpunca daripada kesibukan tugas masing-masing dan juadahnya pula bukan dibuat sendiri tetapi dibeli.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yelar zaman skang xda dah nak tukar2 juadah.
zaman skang tukar juadah melalui socmed ja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat kampong Seri...tukar kuih takde pulak buat tapi minggu lepas adalah mak Seri masak lauk pauk bnyak2 ..pastu pack dlm plastic container tu pastu sruh adik2 gi ngantor kat jiran tetangga sebelum berbuka...boleh laa dlm 40 buah rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zaman la ni..dok tmn
semua upload pic menu..pastu jual sebekas rm5..pastu berebut order..
takde lg menu free dr jiran2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni i duduk kat apartment. Jiran sebelah dan atas memang rajin memasak. Jiran sebelah i punya masakan western, memang i bagi 5 bintang. Sedap yang amat. Jiran atas i punya karamel puding boleh lompat bintang. Heaven makan sejuk2. Kami rajin juga bertukar3 juadah
Setakat ni kalau i masak, i memang bagi kat jiran2. I boleh dikatakan setiap hari buat popia. Popia sayur lah, carbonara lah, inti segala malam sosej.... So kalau masak memang banyak boleh bagi kat jiran2.
Plus bulan tak puasa, weols selalu buat potluck. Sambutan birthday jiran2 pun weols celebrate sekali.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jiran tetangga pun tak kenal mcm mana nk bertukar juadah
tu yg dh mati kering baru perasan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat kg rasanya msh lg kot berbalas2 juadah ni..
kat bandar kebanyakan org bekerja pl tu.kesempatan
nak bertegur sapa dgn jiran pun kurang sbb faktor masa
semua sibuk berkejar nak blk nak amik anak lg.jumpa senyum gitu
jer kot pastu ttp pintu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kawasan aku mostly chinese.
rumah aku, kiri and kanan je melayu kat lorong rumah tu.
kiri aku, selalu juga bertukar kuih.
kanan aku, hmmmmm dari dia baru pindah, nampak kereta kita terus dia masuk rumah.
apalah dosakuuuu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
life semakin kompleks
masing2 sibuk
stress dgn permasalahan kehidupan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hambar teramat, tapi syukur masih merasa (bukan sekadar menjamu mata di socmed ) sebab kawasan berdekatan ni rumah saudara..merasa jugak lah gulai ke, cekodok ke. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dekat kampung ni, masih lagi bertukar juadah. Ikut turn dekat wassap group kampung Kadang2, jiran bagi bahan2 nak buat kuih macam kelapa muda parut, kita pun buat kuih onde2, puteri mandi, ketayap dan bagi jiran2. Pantang nenek moyang pulangkan bekas kosong |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat arwah mak
Mungkin boleh lebihkan membeli juadah, ekstra bungkus dan edar jiran-jiran, kuih 2 ringgit pun cukup, kalau jiran buat sama...meriah meja berbuka |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jer tukar2 juadah ni...kita mulakan dulu klu xde yg start..mula dgn jiran sebelah menyebelah..dan x payah tunggu puasa, biasakan memberi..buah tangan ke apa.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sempat merasa sesi tukar juadah ni masa sekolah rendah ja..mksudnya lama dah tak amal budaya nih...kalau ada pun tak serancak dulu...skrang ni sebab banyak bazar ramdhan, rmai membeli dari memasak...kalau masak pun nasik n lauk..kueh tetap akan beli...agknya sebab tu la dh mcam nak pupus budaya ni.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bertukar juadah Raya ada ni dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dulu mak duk umah mengasuh anak jiran mmg selalu la tukar2 juadah ni..sudahnya da jadi macam2 juadah Ada untuk berbuka..bila pindah n mak keja kilang da jarang buat..kalau jiran bagi pun, kitorg pukang bekas makanan tu dgn makanan dibeli kt Bazar ramadhan aje..
Skrg budaya tukar juadah atau dipanggil ngunjung ni on semula sejak2 ayah da pencen n parents da pindah duduk kampung..
Kt rumah sendiri mmg xde buat la sbb kebanyakan jiran bukan Muslim.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Owh asalnya awkward jugak sebab tak kenal sesapa kat area perumahan ni, majoriti dah berkeluarga dan mengamalkan dasar pintu tertutup.
Kitorang beranikan diri ja tingtong loceng dan explain ada masak lauk lebih.. Tu ja, takda sesi ramah tamah pun.
Bila tengah serabut banyak masalah, jiwa kacau, etc... Tu the best time untuk masak banyak & ronda setaman jamu makan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|