CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21759|Reply: 93

Jumbo - Kisah Tragik Seekor Gajah Sarkis

[Copy link]
Post time 21-6-2019 02:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 23-6-2019 07:24 AM


Pernah tengok cerita DUMBO keluaran Walt Disney ? Baru baru ni walt disney ada keluarkan movie Dumbo sekali lagi. Kali ni pakcik nak ceritakan pada korang semua pasal seekor gajah yang bernama Jumbo. Bagaimana kekejaman manusia terhadap haiwan wujud sedari dulu lagi dan kita manusia memanipulasi haiwan untuk kemewahan kita.

Baiklah, for the record, Jumbo adalah hewan yang paling popular sekali didunia, tapi riwayat hidupnya tak seindah yang disangka. Jumbo mati dengan penuh tragik, dilanggar keretapi. Jumbo lahir di Afrika sekita tahun 1860. Mak dia mati kena tembak dengan pemburu dan dia dibawa lari dari habitat asal dia ke France ketika dia masih kecik lagi. Sampai di France, dia diletakkan di sebuah zoo dekat Paris. Tapi masa ni zoo kat Paris ni dah ada terlalu banyak gajah. So, pihak zoo Paris cadang untuk tukarkan dia dengan hewan lain dari zoo di London. Pihak zoo London pulak setuju dengan cadangan tersebut dan buat keputusan untuk tukarkan dia dengan seekor badak sumbu. Jadi pada tahun 1865, Jumbo pun dihantar ke zoo London pula untuk dijadikan tontonan umum.

Setibanya Jumbo di London, pihak yang bertanggungjawab menjaga gajah ni, Matthew Scott, decide nak namakan dia "Jumbo", kombinasi bahasa "Swahili" untuk perkataan "ketua" dan "hello". Jadi nama Jumbo ni dalam bahasa swahili bermaksud "hello bos" lah kot. hahaha. Sepanjang Jumbo di zoo London, Mathhew menjaga Jumbo ni dengan amat baik sekali. Segala makaan minum Jumbo dijaga dengan rapi dan Jumbo selalu dapat mandi dengan air yang bersih. Secara tak langsung, Jumbo dan Mathhew dah jadi kawan baik. Mathhew melatih Jumbo supaya kurang agressif dan percaya kepada manusia. Setiap tengah hari nanti Mathhew akan berehat bersama Jumbo sambil minum beer. Ini membuatkaan Jumbo berasa semakin percaya dengan kawan baru dia tu.

Masa berlalu dengan cepat, bilamana Jumbo mencecah umur 7 tahun, dia dah start makan banyak. Ye lah, perut besar kan. Sehari dia akan makan 15 bantal roti, satu peti ubi kentang dan 90 kilo rumput dan daun daun. Perghh banyaknya makan. Tak lama lepas tu, anak gajah yang bernama Jumbo ni dan membesar sehingga 3.3 meter dan mencapai berat 5000 kilo! Jumbo dikategorikan sebagai gajah yang paling besar pernah direkodkan dizaman dia. Dan kalau korang nak tau, asal perkataan "Jumbo" yang membawa maksud besar hari ini datang daripada nama dia ni lah. "Jualan Jumbo" contohnya, membawa maksud jualan besar besaran. Atau pek Jumbo, membawa maksud paket yang besar.


Sepanjang usia Jumbo pada waktu ni, Jumbo dah start kerja typical dia yang manusia berikan kepada gajah sedari dahulu. Bawak orang naik atas badan dia jalan jalan. Jumbo menjadi haiwan tunggangan kepada beratus ratus kanak kanak pada waktu ni. Ramai yang suka kepada Jumbo terutama kanak kanak. Masyarakat menggelarkan Jumbo sebagai "Children's Giant Pet".

Pihak zoo London sedar, semakin hari Jumbo semakin besar dan takut jika satu hari nanti Jumbo akan menjadi ganas dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Jadi Jumbo akan dipukul pada setiap malam untuk memastikan dia terus mengikut arahan dan tidak bertindak diluar kawalan.Kesian kat Jumbo....


Tidak berapa lama selepas tu, P.T Barnum seorang tokey sarkis offer nak beli Jumbo dari pihak zoo London dengan harga $10,000. Pada masa ni, ramai penduduk disekitar kota London membantah dengan keras even Queen Victoria sendiri pun masa ni membantah dengan keputusan zoo untuk menjual Jumbo kepada Barnum. Tapi Barnum berjaya juga membeli Jumbo dengan bantuan pihak mahkamah.

Some said, Jumbo protes tak nak masuk kedalam kontena kargo yang akan pindahkan dia dari zoo tu. Walau bagaimana pun, mereka berjaya masukkan Jumbo kedalam kargo dan Jumbo di pindahkan ke New York pada tahun 1882. Setibanya Jumbo di New York, orang ramai berpusu pusu datang nak tengok dengan mata kepala sendiri keajaiban seekor gajah yang dikatakan besar sangat tu. Jumbo disambut dengan penuh kemeriahan oleh penduduk New York. Jumbo diletakkan di Madison Square Garden dimana orang ramai dapat menyaksikan Jumbo secara percuma. Tak lama selepas tu, Jumbo melakukan tugas biasa dia, bawak orang naik atas badan dia untuk jalan jalan. Pretty soon, P.T Barnum dah dapat balik modal dia masa beli Jumbo dulu.


Jumbo mula travel dengan Sarkis Barnum jelajah Amareka dan menjadi tarikan utama dalam setiap persembahan dan pertunjukan sarkis Barnum. Seluruh dunia umpama terkasima dengan saiz Jumbo yang besar dan unik. Dalam masa yang singkat, setiap produk yang ada di Amareka menggunakan maskot Jumbo sebagai icon utama mereka dalam mempromosikan apa sahaja produk keluaran mereka. Dari rokok, minyak rambut, beg berjenama, air minuman, mesin pengisar dan macam macam lagi.

Masa berlalu, bertahun berlalu.... Jumbo semakin dewasa dan menjadi semakin aggresif dan tak terkawal. Jiwanya memberontak. Tak nak lagi diperlakukan sedemikian rupa. Keeper kepada Jumbo bagi dia minum arak supaya Jumbo ni mabuk dan senang nak dikawal. Setiap malam jumbo akan dipukul bertalu talu dengan cangkuk besi dan mata lembing dalam nak bagi Jumbo ni cool down dan takut dengan penjaga dia supaya tak melawan.

Pada tahun 1885, Jumbo terlepas dari kandang dan lari dari khemah sarkis Barnum. Dalam usaha dia nak melarikan diri, Jumbo lintas sebatang jalan keretapi. Malangnya, pada masa tu ada keretapi yang lalu dan melanggar Jumbo. Walaupun badanya besar, tapi momentum yang dihasilkan oleh keretapi pada Jumbo sangat kuat. Jumbo mati disitu juga.


Pihak P.T Barnum memanipulasi kematian Jumbo dengan mengatakan Jumbo mati sebagai hero demi nak menyelamatkan seekor anak gajah dari dilanggar keretapi. Dan pakcik sangat pasti yang Barnum sekarang sedang rot in hell.

Selepas kematian Jumbo, Barnum mengambil keputusan untuk mengawet mayat Jumbo. Pihak yang mengawet Jumbo reconstruct tulang Jumbo untuk menampakkan Jumbo 2 kaki lebih tinggi. Selepas diawetkan, Barnum tetap menjadikan mayat Jumbo sebagai bahan tarikan utama untuk pertunjukan sarkis beliau bertahun lamanya sebelum dia sumbangkan body Jumbo ke muzium di New York. Pada tahun 1941,kisah kehebatan Jumbo di aspirasikan oleh Walt Disney dan terhasil lah filem "Dumbo".

Begitulah serba sedikit yang pakcik boleh ceritakan kali ini kepada korang tentang seekor gajah bernama Jumbo. Jangan lah kita menyeksa mana mana binatang didunia demi untuk kepentingan kita sendiri. Pesan pakcik untuk yang muslim, kita masuk kesyurga bukan dengan amalan kita, tetapi dengan ihsan dari Tuhan yang mencipta kita. Jika kita tidak ada ihsan sesama mahluk, bagaimana kita nak harapkan ihsan dari Allah diakhirat nanti ? Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


        - Otto Von Bismark -




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2019 02:59 AM | Show all posts


Dari riak muka Jumbo ni jelas nampak yang dia tersiksa.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2019 03:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq,baru tau sejarah hidup jumbo@dumbo..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciaaannn jumboooo... ... jahat laa manusia.. aku sentiasa doa orng yg seksa binatang mati dalam penderitaan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Waaaaa.....sedihnya....sian jumbo..nape kejam sangat lah oiiii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2019 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ni sangat menyentuh hati. Semua orang ada soft spots dengan haiwan..
Terima kasih dan tahniah Pakcik Otto..artikel revisited yang menjentik perasaan. Zaman budak2 pon dah rasa sedih kat Dumbo, inikan pula kisah sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 09:45 AM | Show all posts
nalanya size jumbo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 09:59 AM | Show all posts
teringat beberapa fakta mengenai gajah.. rupanya gajah ni secara alaminya dia kena berjalan 60 km sehari.. n roaming area dia sama.. biasanya gajah masuk kg ni kg tu dah jadi roaming area dia.. and gajah yang sama jek yg msk kg tu. sebab ada satu kejadian gajah kena tangkap n jabatan hutan kalo tak silap dia taglah gajah tu.. n lps tu ada berita gajah masuk kg.. tengok2 gajah yang sama yang dah ditag tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:02 AM | Show all posts
teringat beberapa fakta mengenai gajah.. rupanya gajah ni secara alaminya dia kena berjalan 60 km sehari.. n roaming area dia sama.. biasanya gajah masuk kg ni kg tu dah jadi roaming area dia.. and gajah yang sama jek yg msk kg tu. sebab ada satu kejadian gajah kena tangkap n jabatan hutan kalo tak silap dia taglah gajah tu.. n lps tu ada berita gajah masuk kg.. tengok2 gajah yang sama yang dah ditag tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:15 AM | Show all posts
besar betul gajah tu,

kejam betul pihak sarkis tu, demi duit, lantaklah kalau ada haiwan mati pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-6-2019 09:45 AM
nalanya size jumbo

Ada nala macam vokuro tak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya ....
Kemana erti kemanusiaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:45 AM | Show all posts
sedihnya..kesian jumbo..tak pernah tengok cerita Dumbo tu sebab kesian dkt hewan2 ni semua...I hate people even more when they hate animals..

pocik, besar mana jumbo ni sebenarnya compare dgn gajah2 lain..lagi besar dari Aduka yg dkt grik dulu tu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 11:23 AM | Show all posts
tq share .sedih nya kisah jumbo ni..tp mmg kategori
besar lah jumbo punya saiz ni..bagus jg dah takde dr
menderita jd seksaan manusia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 11:29 AM | Show all posts
kesian
manusia kejam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 12:03 PM | Show all posts
klu kat thailand tu x yahla korg naik gajah2 ni.. kesian.. boikot je industri gajah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:16 PM | Show all posts
terima kasih TT, seperti biasa info yang sangat menarik, tetapi kali ini sedih la cerita pasal Jumbo
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 01:50 PM | Show all posts

ramai ramai lak tu naik.. walaupun dia besar tapi agak2 la.. aduh.. kesiannya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2019 02:14 PM | Show all posts
Supersirap replied at 21-6-2019 04:16 AM
terima kasih TT, seperti biasa info yang sangat menarik, tetapi kali ini sedih la cerita pasal Jumbo

pak cik pun baru tau kesah jumbo ni sebenarnya. bila ternampak poster cerita dumbo dan pakcik amik keputusan nak selidik kisah disebalik dumbo ni. maka terhasillah thread jumbo ni. pakcik nukilkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.097500 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list