View: 5733|Reply: 18
|
[Bahasa]
[Takwil Puisi 025] Dan aku...?
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 2-9-2019 10:56 AM
peBmenang [Takwil Puisi 024] Berhala Bernyawa ]
*pemenang kill pilih semua yang meneka kecuali kim.k.makna puisi boleh ambil pada takwil kak pah*
Tahniah pemenang-pemenang
@orgsepang @Snack_Fruit @digger @rob07 @takayama @meisapoya @ati2027 @watashinoai @krimkraker @KahPahJ @seller6183 @aleX-S
Belum klaim- @Snack_Fruit @digger @rob07 @meisapoya @ati2027 @watashinoai
Maksud puisi-
Kosa kata pelik-pelik tu dalam bahasa Melayu apa? Bugis? Deli? Malayalam? Sanskrit? Rao? Jerman?
Sebab ada Syamwil, Talut, Jalut dan lain-lain, maka senang sikit nak takwil tanpa google satu-persatu perkataan tu. Nak cuba, ni alegori politik yang lebih dekat dan 'lembut' dari kisah bebabi dalam Animal Farm
Pemuisi ambil iktibar dari kisah Nabi Syamwil, Talut, Jalut, dan kaum Balthatha, dari al-Baqarah ayat 246-251
“Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?
Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim” (2:246) ----> ni maksud ayat 246 yang tunggang-langgang tu
..... dan mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan kehidupan dunia sekarang yang 'sakit' hubbud dunya, dan keadaan masyarakat sekarang yang kacau-bilau, sebab dunia yang hanya sementara ni lebih diagung-agungkan
Di mana, harta benda dan keturunan dijadikan titik ukur untuk memilih sesorang menjadi pemimpin. Jawatan pemimpin jadi warisan turun-temurun, meletakkan mereka yang bukan ahli sebagai ketua. Yang lebih berkelayakan pula terpinggir sebab nampak lemah dan tiada kuasa wang. Nak buat something, kena ada syarat dan jaminan dari orang lain dulu. Cis sangat!
Orang yang kaya, semakin kaya, dan seperti dalam kisah al-Quran ni, mereka jadi semakin 'kenyang', hilang haus, makin lemah dan malas untuk berperang dan berjuang untuk orang yang memilih mereka jadi pemimpin (2:247-251). Orang yang bukan ada-ada pula, lepas dapat kuasa, terus lalai dan leka.
Susah nyer nak dissect rangkap kedua ni
Baris terakhir, masih ada keberanian tersisa dalam diri pemuisi untuk bangkit menyedarkan mereka yang terleka. Roar, be heard and be listened, sis!
Ps: Ustazah cakap, if we chose wrong leader, self-reflect. Agoni betul
(DOAKAN MAK KILL_NANCY)
Puisi Minggu Ini
Dan aku...?
lemah longlai termanggu... disisimu
jiwa kosong kaku bibir taut membisu
pilu datang bertamu hati retak seribu
dan aku...?
ruang amat sempit bagai menghimpit
harapan makin kabur kian melebur
masa henti berlalu seakan membeku
tangis tiada sempadan dimainkan perasaan
dan aku...?
seakan ingin berlari tapi tak punya kaki
angan riang menyanyi tapi entah kemana hilang melodi
pena petah berpuisi tapi tinta enggan menemani
naluri memaling pergi tapi rindu menggamit menanti
dan aku...?
walau...
terpaku sendiri terikat terkunci
senyum hilang seri ketawa hilang menyepi
terang beransur pergi kelam datang menghiasi
badai melabuh diri pelangi takkan kembali
... dan aku masih bersujud menadah tangan menitip doa ke langit tuhan
Oleh @ip_lepat
@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tq yong, i parked dulu. I takqil memalam sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan aku...?
lemah longlai termanggu... disisimu
jiwa kosong kaku bibir taut membisu
pilu datang bertamu hati retak seribu
dan aku...?
-penulis merasakan tiada daya lagi dalam dirinya,jiwanya seakan kosong, tiada kata2 lagi yang boleh dituturkan,jiwa semakin sakit, pilu memakan diri.
ruang amat sempit bagai menghimpit
harapan makin kabur kian melebur
masa henti berlalu seakan membeku
tangis tiada sempadan dimainkan perasaan
dan aku...?
-penulis tidak nampak sinar dalam hidupnya, mengalami kesedihan dan hanya tangisan yang dapat diluahkan pada ketika ini,ruang masa seakan membeku.
seakan ingin berlari tapi tak punya kaki
angan riang menyanyi tapi entah kemana hilang melodi
pena petah berpuisi tapi tinta enggan menemani
naluri memaling pergi tapi rindu menggamit menanti
dan aku...?
-ingin bebas tetapi tak berdaya,ada perancangan tapi segalanya seakan tak kena pada masa dan tempatnya,ingin berpuisi tetapi tiada jiwa,terasa rindu tetapi jiwa tetap kosong entah pada siapa
walau...
terpaku sendiri terikat terkunci
senyum hilang seri ketawa hilang menyepi
terang beransur pergi kelam datang menghiasi
badai melabuh diri pelangi takkan kembali
... dan aku masih bersujud menadah tangan menitip doa ke langit tuhan
-walaupun merasa kesakitan terbelenggu, tiada seri pada jiwa,segala yang baik kian menghilang, penulis tidak berputus asa memohon pada Pencipta,berdoa selagi bernyawa mengadu nasib yang tak nampak jalannya.
sekian..
takwilan ekspress
hahaha
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya cuba ye;
luahan hati seorang insan yang merasa kehilangan dalam dirinya dan serba kekurangan..namun kita jangan lupa disebalik semua kesusahan itu, masih ada kasih sayang dari Yang Esa. jangan kita berputus asa memohon belas ehsan dariNya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penulis meluahkan rasanya yang kosong dan tersiksa. Dia berasa seperti helpless. Ingin menulis tapi tak terluah, perasaan tak seiring dengan fikiran. Penulis berasa keadaannya akan beterusan sebegitu. Namun penulis terus berdoa pada tuhan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penulis merasakan kesedihan yg menyelubungi hari-hari nya.. jiwa berasa kosong dan sayu.. apa yang dilakukan segalanya tidak kena mungkin kerana terlalu rindukan seseorang yang dah pergi..
namun walau apa pun yg melanda kehidupan penulis,sayu, sepi, sunyi dan sedih, dia tetap tidak lupa berdoa pada Yang Esa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kaka cuba mentakwil
Dalam puisi ini penulis meluahkan rasa hatinya yang kosong dan tersiksa. Penulis juga mengalami rasa kesedihan dan melalui tangisan sahaja yang dapat diluahkan. Penulis berasa seperti tidak berdaya untuk meluahkan apa yg tersirat didalam hatinya dan merasakan fikirannya kosong. Pun begitu Penulis terus berdoa pada yang maha Esa pada setiap masa tak kira siang mahupun malam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penulis cuba untuk menekankan kebergantungan dia pada Tuhan bila dia rasa sangat2 lemah. Penulis rasa dia sorang2 dalam dunia. Dia rasa macam takde harapan dan takde kegembiraan. Sebab dia susah nak luahkan isi hati pada manusia, tu dia hamparkan hati balik kepada Tuhan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penulis sedang melalui detik yang sukar dalam hidup. Mungkin kematian atau kehilangan insan tersayang. Sehingga terasa hatinya hancur kecewa dan tak mampu berkata apa apa lagi.
Terasa harapannya telah musnah. Tak ada lagi masa depan. Seperti terperangkap dalam masa kejadian dan tak mampu nak melangkah keluar walaupun jiwa meronta ronta.
Penulis berasa terlalu lemah untuk kembali bangkit. Mencuba untuk positif dan bangkit dari kesedihan tapi tak mampu. Semua serba pincang. Walau mungkin kesedihan dah berkurangan tetap saja penulis merindukan seseorang.
Akhirnya penulis cuba menerima segala yang berlaku. Seteruk mana pun ujian yang dilalui hanya pada Allah swt sahaja tempat untuk memohon kekuatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alahai. sedih plak baca puisi kali nie.
penulis sangat sedih atas apa yang menimpa dirinya. mungkin cinta. mungkin kerja. mungkin keluarga. penulis cuba untuk bangkit, mencari cahaya tapi tetap akan ada waktu gelap. bukan tiap2 hari akan cerah. bila ada pelangi atau berita gembira yang sampai, itu pun sekejap je. lepas tue hilang. Dalam setiap rangkap penulis akan bertanya balik apa yang jadi pada dirinya.
Dan akhirnya penulis tau dia hanya mampu berserah pada Allah swt sahaja. Bukankah perancangan Allah itu lebih baik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takwil ditutup |
|
|
|
|
|
|
|
Belum klaim- @Snack_Fruit @digger @rob07 @meisapoya @ati2027 @watashinoai
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.
Terima kasih Seri Bulan dan Kill Nancy.
Moga yang baik-baik untuk mak Kill Nancy.
Aamiinn |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 4-9-2019 08:08 AM
@Snack_Fruit @digger @rob07 @ati2027 @watashinoai
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|