View: 3472|Reply: 9
|
Apakah Punca Kentut Berbau Busuk?
[Copy link]
|
|
Gambar sekadar hiasan
Kentut merupakan sebatian gas dalam saluran pencernaan yang merupakan hasil sampingan proses pencernaan dan dibebaskan melalui dubur.
Ia dibebaskan dengan tekanan yang kuat atau perlahan, tanpa bunyi atau berbunyi yang keluar melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur secara sengaja atau tidak sengaja. Ini akan membebaskan gas dari rektum bahagian bawah.
Tidak mustahil ramai yang lebih rela jatuh pengsan daripada menghidu bau kentut orang lain, apatah lagi kalau terperangkap dalam kereta atau pun lif.
Tidak kurang juga ada di antara kita yang kadang-kadang sampai merah padam muka semata-mata untuk menahan kentut kerana bimbang baunya akan tersebar dan mendatangkan masalah lain pula.
Foto: news.au
Bunyi kentut yang perlahan menghasilkan bau yang lebih kuat. Adakah anda percaya dengan kenyataan ini?
Sebenarnya, bau kentut tiada kaitan dengan bunyi kentut yang kuat atau perlahan. Bau kentut bergantung kepada jenis makanan yang kita makan.
Merujuk kepada perkongsian Sinar, apabila mengambil pemakanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging, bau kentut lebih busuk berbanding dengan pengambilan sayur-sayuran.
Hal ini kerana di dalam daging, terdapat protein yang mengandungi sulfur lalu mengeluarkan gas berbau apabila diuraikan.
Oleh sebab itu, kentut haiwan karnivor lebih busuk berbanding haiwan herbivor seperti gajah.
Secara purata, manusia kentut sebanyak 4 kali sehari. Oleh itu, kentut bukan perkara yang memalukan, sebaliknya orang yang tidak kentut lebih daripada 10 kali sehari adalah orang yang pelik.
Foto : Sinar
Apabila menelan makanan, air atau air liur, udara turut masuk ke dalam tubuh akan terkumpul di dalam sistem pencernaan.
Udara yang memasuki tubuh badan perlu dikeluarkan kembali melalui sendawa atau pun kentut.
Kentut tidak berbahaya, tetapi jika anda sengaja kentut di depan orang, itu memang sengaja mencari bahaya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tanya haziq samada azmin punya kentut bau macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
Kentut busuk tanda nak berak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak suka kalau orang sendawa. Mesti nak termuntah. Bau lagik busuk dari kentut |
|
|
|
|
|
|
|
mkn telur lagi semerbak bau dia |
|
|
|
|
|
|
|
Gomea: Aku tak suka kalau orang sendawa. Mesti nak termuntah. Bau lagik busuk dari kentut
Sama la ! Ya ampunnn. Penah sorang uncle ni lalu depan aku. Selumber badak je dia sendawa kuat bunyi. Kuat jugak bau ya ampunnn. Tak beragk betol {:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
dah makan memacam and tak hengat dunia memangla kentut bau busuk... |
|
|
|
|
|
|
|
mak iols selalu cakap, kalo kentut busuk tu tanda nak kena pi yakkkk dulu, dah buang yakk tu hilang lahh bau benda alah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|