View: 11139|Reply: 87
|
TERIMA DIRIKU SEADANYA
[Copy link]
|
|
Hi warga forum. I perempuan berumur 26 tahun and masih bujang. I was a silent reader before and now tergerak hati nak publish my story here. I taktau mana lagi tempat lain nak mengadu.
Alkisah I bergaduh teruk dgn ibu I malam tadi and dia lempang muka I sampai 3 kali. I bkn bdk remaja belasan tahun lg nak memberontak sampai kena mkn penampar. Yes I mengaku hubungan I dgn ibu I tak serapat perempuan lain. I'm more into daddy's girl. Ok I cerita ye kenapa. Sejak kecik ibu I sgt2 suka marah I yg serupa singa punya mengamuk. Apa I buat semua salah, apa I ckp semua kurang ajar and apa I pakai semua tak proper di mata dia. I ni from a small family and kecik2 dulu duduk flat 1 bilik je. Ayah I keje gov gred rendah and ibu I suri rumah. I ada kakak and adik lelaki. Now kiteorg dah pindah kat flat lain selesa sikit ada 3 bilik but still PPR flat. I ingat lg kecik2 kiteorg sgt susah setiap hari mkn lauk bening, I g sekolah rendah jln kaki, hujan ribut I tumpang payung kwn yg mak dia amek dtg bwk payung kat sekolah. Lepastu jln kaki panas terik balik mkn sambung g sekolah agama pulak. Senang cte I mmg org susah la hidupnya. Tapi I dibesarkan di tgh bandar la salute to my dad sbb berani berhijrah dari kg duduk tgh bandar and berjaya dpt keje gov yg secure. Tp kami mmg hidup susah, I ingat lg balik sekolah kdg2 lepas mkn tertido kan lepastu terkujat kena kejut g sekolah agama pulak so kalau angin post tantrums tu dtg I akan ngamok taknak ke sekolah sbb kdg2 terlalu penat or demam ke mcm tu. Tp I ingat lg if I taknak g sekolah I pernah kena rotan dgn ibu I sampai satu tingkat flat I tolong tenangkan ibu I. Masing2 pujuk I yg menangis bagai nak gila tu volunteer nak hantarkan ke sekolah. Sampai dah pkl 3 nak masuk sekolah agama I still takmau g sekolah padehal ibu I dah paksa pakai tudung and baju. End up ibu I kurung I dkt luar flat tu sampai la pkl 6 waktu sekolah agama habis. Begitu la garangnya ibu I dulu. Dia sgt marah kalau I takmau g sekolah tp sehari ponteng pun sgt2 la susah. Tu belum cte sekolah agama I tak pernah bwk duit belanja sbb ibu I kata kan tgh hari dah mkn takyah beli pape kt sekolah. Sekolah kebangsaan cuma bwk rm1 je. Tu pun kalau gaduh dgn ibu dia langsung tak bg duit. Menanges teresak I jln kaki ke sekolah kwn2 tanya knp I mampu kesat air mata je. Ade sekali dia campak dr atas ke bwh duit rm1 tu. Malunya I time tu dkt kwn2. Beg sekolah I, kasut sekolah I jgn ckp la koyak rabak tetap jgk pakai sampai hujung thn. Belinya dahlah dkt psr borong mmg la tak tahan lama. Kwn2 ejek pun I diam aje.
Tapi when I was 10 sekolah tu kena roboh so I kena pindah sekolah lain yg tak tergolong manusia dr flat rumah I duduk je semata. And UPSR I dpt straight A, without tuition pun just latih tubi sekolah je semata. Sbb my results quite good I dpt masuk sekolah menengah yg bagus dkt area I duduk. It was an elite school and all girls student. Dkt situ I knl mcm2 kwn and their background semua berada. Lama2 I jd terpengaruh and end up masuk class paling belakang. I was quite a rebel, I coloured my hair, I did double piercings, I skipped school sampai dpt warning letter and every time hari terbuka cuma abah I je dtg. She listens to my teacher's said. My mom never ok never came to my school. Dia kata dia malu I dpt nombor last, dia kata I memalukan dia, I perempuan liar, bohsia. But I tak pernah ada bf even till now. I tak pernah berpeleseran dgn jantan ronggeng naik moto ke or berdating2. Ntah laa I rasa I takut2 kot nak buat mcm tu. But with broken circle friends mcm ni la I rasa insecure. I malu kena kutuk belakang I duduk rumah flat, I malu with my looks. You know girls school sgt la byk drama. PMR results I ok lg but SPM I sgt2 la so so. Takde failed but I rasa I boleh buat better lg tp takpelah lesson learn! Tp time I makin besar remaja tu mmg I lg kerap gaduh dgn ibu. I makin berani lwn ckp dia, kalau dia nak pukul I ke lempang I ke, I siap2 dah tepis dulu. I tengking jerit dia balik. Kdg2 I rasa mcm nak gila duduk rumah sendiri, and pernah terpikir depression kah aku? Everytime gaduh dgn ibu I nanti dia mesti ngadu dkt abah and abah akan tanya I baik2 bila pg dia nak hantar I g sekolah tu. My dad was the best, dia dgr rungutan ibu I and dia jgk dgr rungutan I. Cuma pesan dia selalu belajar rajin2 nanti yg hidup senang kau jgk, abah menumpang je. Bila anak2 dah makin besar ni abah I pun mcm dah senang, tp abah I sgt la cool. Lelaki kan dia tak pernah marah I buat jahat dkt sekolah, tak pernah sekat duit belanja I. Tak kisah pun baju apa I nak pakai. I selalu if nak keluar outing with family pun I akan bergaduh dulu dgn ibu I. Dia takkan bg I keluar dgn dia if I tak pakai tudung. Ya allah spoil gila mood semua org, so sbb I ni jenis ego jgk I mmg sanggup dok rumah je sorang. Ibu I sgt menitik beratkan psl agama, solat ngaji tu mmg dia ajar sendiri dr kecik and alhamdulillah I sampai skrg lepas maghrib je mmg mengaji. Surah alwaqiah I tak tinggal. Bila masuk uni, diploma I freehair lg g class and rambut perang. But bila I amek degree I dah pakai tudung g class. Dkt luar and bila balik rumah I still free hair.
And in 2017 abah I meninggal and I baru je 2 bln habis semester last degree. Sedihnya ya allah setelah sekian lama I tak menangis teresak2 mcm I kecik2 dulu. Abah I meninggal mengejut jgk belum pencen lg. And time tu I feel totally lost. Betul la org ckp bila parents kita mati nanti kita akan rasa separuh jiwa akan pergi. Kosong hidup I time tu. Ekonomi kiteorg sgt terdesak, I menganggur lg, akak I nak kawen hujung tahun and adik I still study. Ibu I pun being ibu la kan paksa I carik keje secepat mungkin. I dpt keje 3 months after that tp bkn keje yg ok. And I decided nak start fully pakai tudung. Pencen arwah abah I masuk 5 bln kemudian. Started from this episode la I cuba menerima ibu I seadanya. I taknak menyesal mcm apa I rasa time abah meninggal. I selalu buat abah susah hati and tak menjadi anak yg baik. I rasa I totally cut out my toxic friends dulu, my life is about my family je and I'm happy. I skrg dah keje lain in gov sector tp kontrak term lg. And gaji I pun sgt ciput. I still takde bf and tak fikir kearah kawen lg skrg. I focus nak keje bagus then I ada duit sikit I nak penuhi kehendak I and inshallah beli rumah utk family. I masih muda, I taknak compare diri I dgn kwn2 lain.
Tapi malam td lain terjadi bila I gaduh dgn ibu tu, she said something yg mmg I sakit hati. Ibu I mulut sgt la jahat, dia tak pernah ckp sorry or minta maaf bila buat salah. Dia suka guna term, aku ibu kau kan anak! Api neraka tak sabar sambar org mcm kau ni kurang ajar dgn org tua. Now bila dah pakai tudung, she still condemn I jgn pakai skinny jeans ketat, dia suruh I pakai slack mcm g keje agaknya. Jgn pakai tudung style cmtu cmni mcm makcik janda. And ayat dia ckp sgt2 laa.menyakitkan hati. Dia pernah panggil I pelacur. Kenapa ye seorang ibu yg kononnya 24 jam dgr ceramah agama dkt YT tergamak panggil anaknya mcm tu? I bkn g clubbing, I tak smoke. Mlm td time bergaduh she said I tak laku2 sbb pemalas takde org nak dia malu kwn2 tanya I bila nak kawen? I ckp tu bkn masalah I nak kena pikir apa org ckp psl I. Dia kata I menjawab sgt kurang ajar dia compare I with my sister. Akak I mmg anak yg baik, patuh je ckp tapi dia sedia maklum ibu I mmg mulut jahat, tp tahap kesabaran dia lg tinggi dr I. Akak I kawen pun lewat jgk almost 30 after 9 tahun bercinta but tak bahagia pun. Laki tiap mlm tak tdo rumah. I pernah ckp dgn ibu I yg tgk life akak I ni I taknak la kawen takut tak bahagia, kdg2 rezeki jgk utk hidup lama dgn org tua kan. Tp mlm td pedas betul apa dia ckp dkt I tu. Dia kata tak sabar biar I kawen berambus dari rumah ni. Dia selalu compare kurang ajar I ni kalau kena dkt nenek I dulu dah mati kena belasah. I jawab balik itu ibu salahkan la nenek tu knp dia jd mcm tu, walhal org tu dah arwah. I taktau la I nak terima ibu I seadanya tp knp dia terlalu nak condemn I? Ini segelintir je part of the story I tak cte details pun. Tapi jujur I ckp I berdendam dgn ibu I sejak kecik lg. Adik beradik lain tak mcm tu maybe dorang agak cool down. Adik I degil jgk tp dia anak lelaki harapan semua. Abah ibu I mmg syg dia. I rasa I takde tempat mengadu. I takde bf, I takde bff. Bff time degree je yg bg I ialah kwn sejati tp jauh2 semua. I've got problem to socialize with my homegirls. I masih lg insecure dgn diri sendiri, I taknak jumpa ex schoolmate. I avoid attend to any wedding invitation. I'm not socialize with my peers. I've got socmed tp semata utk baca review or stalking. I tak up story. 99% of my socmed takde my photo. Probably kwn2 yg I follow pun taktau kewujudan socmed I. I stop comparing myself to them kononnya. Tp ibu I pulak buat I down. Mcm mana ye I nak buat ibu I terima I seadanya? I did tried cara baik, cara kasar dia kata I kurang ajar pulak. Sampai sebut2 derhaka I takut life I skrg ni effect takde keberkatan hidup dr ibu ke? Tapi ibu I ada ckp dia kalau bgn tahajud mmg akan doakan I dpt jodoh and keje tetap. I dah jwb exam SPA 5 kali kot takde penah sangkut. Tolong telusi and nasihati I ye warga forum. I nak mintak pendapat semua. Aspek pandangan dr ibu2, wanita2 senasib, lelaki dan sebagainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni 11 tahun all girls school.. Tak kena kutuk sebab aku x berduit pun. |
|
|
|
|
|
|
|
U rajin tlg mak u buat keje umah tak?
Sbnrnya perangai mak u tu mcm typical mak2 melayu je..especially bila u mention perangai singa nenek u..dia mcm ada dlm genetik mak u tu lah..turun temurun didik anak dgn style garang mcm tu..
mcm ni la..u need to break the vicious cycle..mulakan dgn diri u la..be soft..soft towards urself & your mother..u turunkan ego u.u mintak maaf drp your mom lps dia solat..mintak maaf btul2..lpstu request dia doakan kejayaan u.doa mak ni takde hijab..insyaAllah u'll be ok after this.
I rasa mak u pandai mendidik esp bab agama..cuma dia garang..i rasa dia stress..sbb suri rumah ni mmg lebih stress..sbb dia takde punca pendapatan,dia takde kebebasan, dia takde exposure (mungkin) dgn cara didikan yg berbeza yg jauh lebih baik..tp bersyukurlah sbb masih ada mak.Doa mak ni powerful..titipkan la dlm hati utk membahagiakan mak..bila dia bahagia semua jd lebih baik..
Bab pencen ur dad tu, pls refer to bahagian pencen JPA..ur mom layak dpt pencen terbitan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taktahu nak cakap macamana, hanya yang mengalami sahaja tau masalah ni..tapi akak ada satu petua
Nak tau sorang anak perempuan tu betul derhaka atau tidak, tanya ada tak dia tolong bayar hutang mak dia buat. Mak dia berhutang, dia tolong bayar
Kalau ada, mak dia memang buat cerita buruk tentang anak. Tunggulah tua sikit ketika dah buat duit, pencen ibu tu tak reti lekat..tak diketahui dia buat apa dengan duitnya. Roadtax, bil, kad kredit semua anak perempuan bayar
Beringatlah chuols sebelum tua |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT,
Apa yang TT alami ni dinamakan family cycle maksudnya, apa yang TT rasa sama macam mak TT rasa masa dia dibesarkan dengan arwah mak dia iaitu atuk TT, dia ulang balik dengan anak2 dia macam mana dia diperlakukan dulu, dia jadi turun temurun punya tabiat, sebab dari kecil terbiasa dengan pekara tu so dah jadi normal,
Mak TT ni adalah produk Atuk TT, dengan baran dia, dengan emo dia, sejak kecil dia dibentuk begitu, jadi TT bakalan jua mengalami benda yang sama sebab TT adalah produk mak TT, bakalan membesar jadi orang panas baran dan emo, kemudian bila TT kahwin, anak TT pula bakal TT maki hamun, anak TT pula hamun cucu pulak, sampai AJM gitu jua susur galur famili TT, 24 jam memaki hamun,
Jadi suka tak suka TT kena putuskan family habit ni sebelum merasuki diri TT 100%, pekara pertama yang saya harap adalah, TT FOKUS dekat diri TT dahulu, persetankan hal sekeliling, jaga diri TT, set kan matlamat TT apa yang TT nak dalam hidup TT, rangka dan usaha capai misi itu, susah macam mana usaha lah, ingat balik segala kesusahan dulu2 yang berjaya TT atasi, kalau yang dulu boleh, yang sekarang mesti boleh,
Yang kedua jaga kesihatan TT, makan makanan yang sehat dan atur jadual makan yang betul, jangan lupa bersenam dan habiskan masa lapang dengan hobi TT, buat benda yang TT suka, badan biar fresh, segar dan mantap, baru minda jadi laju memikir benda elok 24 jam,
Jaga pergaulan, carilah kawan2 yang boleh dijadikan idola, kawan2 yang hidup nya susah malah lagi susah dari TT tapi dia masih boleh success, jadi dia contoh terbaik untuk TT ikuti, banyakkan baca buku/artikel kejayaan orang2 yang berjaya eventho life dorang lagi sadis dari TT,
Sebagai wanita TT kena jaga imej TT, masa saya sekolah saya pernah kena balun dengan Abang saya tak ingat atas asbab apa, sikit saya tak melawan, memang kena marah teruk, tetap saya diam tak berkutik, i set my standard so high, Abang saya nak emosi nak terjerit pekik lah depan muka saya, saya buat bodoh ja sikit pun saya tak terkesan, TT kena set standard tinggi dalam moral TT jua, semua benda tak baik dan negatif kita jangan sesekali respond, nak didik diri jadi penyabar memang payah tapi memang berbaloi hasilnya, hujung2 kita jua yang aman damai,
Besar harapan saya supaya TT berjaya memecahkan rantai keluarga TT yang panas baran dan suka mengamuk itu, carilah identiti diri TT yang baru, ubah cara TT melihat dunia, jangan lihat dunia melalui mata mak TT, mahupun mata kakak TT yang kahwin tak bahagia itu,
Diri TT berhak untuk bahagia, bagi ruang pada diri untuk perbaiki masa depan TT, mantapkan lagi apa yang kurang, tambah skills, pergi mampus dengan orang lain, jangan pernah terkesan dengan keadaan sekeliling, sebab once TT dah decide nak ubah hidup, kejayaan pasti akan datang, banyakkan sabar dan solat minta petunjuk Allah SWT, Good Luck TT |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by starbug7 at 3-12-2019 06:08 AM
Hello TT.. hope u feel better writing it all out. Sedih pulok i baca cite u ni, mcm tgk drama fasha sandha & fauziah nawi cite set pprt tu.. (no pun intended).
My relationship with my parents pun awkward, mcm ada dendam, tapi perjalanan hidup i, dgn bawak diri sorg2, somehow turn out baik blake. I balik rumah parents setahun sekali, that is hari raya itu pun 2 hari max. Other days in the calendar i'm away doing my own thing miles miles away. Kdg i heran jugak knp i tak jadi mcm anak org lain.. derhaka ke? Haha. I dunno... i tak boleh duk lama2 dgn parents. Why dont u move out?
I have no wise advise for u but if u need to borak2 boleh aje nak pm. I gi skolah elite n all girls gokk dolu2.. totally tak fit in dgn circle2 anak org kaya yihh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat senang ke jadi suri rumah jaga 3 orang anak? Duit tak cukup plus dengan awak yang suka menjawab. Dia tertekan tahu tak?
Saya tengok awak dari kecil tak puas hati dengan ibu awak. Pasal duit, pasal tudung, pasal kelas agama, pasal jeans ketat.
Awak jadi manusia tak sekarang? Bangga tak pandai bab agama?
Umur dah 26 masih complain ini itu. Kerja elok-elok dan berbakti kepada ibu awak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah hidup TT ni lebih kurang mcm i.dia dpt belanja rm1..i dpt rm0.40 jur..lpstu g sekolah agama takde bwk duit takde bekal..tp takpelah kita org susah nk buat mcm mana..mkn kenyang2 kat umah.
Mak i lg garang..kalau dia geram dia debik je..drp kecik mmg dia rengsa je tgk perangai anak dia mengada.jd mmg kena jaga tertib..org tua berborak kalo kite menyibok mmg kne cubit la..kalau malas g sekolah pun mmg konfem kena pukul..tido lambat kena pukul..stay up mlm2 nk study kena marah..haha the list is endless...sampailah 1 masa i rasa sampai bila nk mcm ni..lps kena debik..i merajuk for few days..tak berckp tak mkn..bila i tgk my mom solat time dia baca doa..i dtg mintak maaf sungguh2..i mintak dia doakan i berjaya..alhamdulillah la berjaya jugekk..
now i am a mother mmg i ada perangai mudah tak puas hati tu..tp istighfar la..lets just stop the vicious cycle..kita cubaaaaa jd mak yg baik tp mendidik..gituhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
U blah laa..dok umah sewa..bio.mak ko tau.rindu ko...kekadang klo dah tadak baru terhegeh cari
Blah je..sewa ngan kawan...bila rajin baru p lawat mak..klo dia bebel lagi..ko lawat 10 taun 1 kali
Kalo aku cabut lama dah..akak ko ada..adik ada bio depa jaga |
|
|
|
|
|
|
|
Mak melayu tipikal mmg Gini, suka mengnerakan anak, benda paling happy Dalam hidup dia agaknya. Satu solution je - pindah keluar. And the keje government Tu perlu ke bertahan kalau gaji ciput? Tak nak try private ke? Anyway, bila u pindah u can start focusing on yourself. Perhaps u can join group climbing ke utk Cari kawan Baru..or group buat activity hujung minggu, cam gi kutip sampah, mmg Ada ye aktiviti camni. I Rasa kalau u Campur ngan orang semenggah, it's one step to break the negative cycle. Bila dah duduk jauh nanti, she won't have power over u anymore |
|
|
|
|
|
|
|
Tt maaf kan ibu tt
Dan tt mohon maaf daripada ibu
Jangan dendam dengan ibu
Ibu dh banyak buat untuk besar kan tt
Abaikan lah mulut dia tu
Org2 dulu mmg kaedah mendidik dia suka compare
Compare itu ini nk naik kan semangat tt Menikah lah tp benda cam tu buat tt lg down |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT..alaaa sian tough life ya?
You know what, first thing u buat lepas u dah tulis ni semua...put ur hand on ur chest and diri depan cermin and promise to urself u akan make sure life you akan be far better than semua org yg belittled of u.
Past if past forget about it, selagi u pikir benda yg dah lalu u xkan boleh nak move on so end it start new chapter.
just priority kan DIRI U now its only about u
If x ble berbaik dgn mak, well mak akan forever begitu character mak mmg gitulah maki hamun compare dan mcm2la tp kalau dia x syg u dia xkan do all things yg u benci so just forgive her.
Maybe pindah, sewa bilik and start develope ur life. Klu u dah tau all this while u compare how others life better..than do something about it stop complaining and do something about it.
Tiap kali u rasa berbalik2 u ingatla arwah ayah u and you buat yg terbaik for sake of ur future. Jaga mak wlu dari jauh...beri dia duit tiap bulan. Dia maki ke apa biar je la.
Best of luck and count u blessings ok. HUGS ! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Tapi ibu I ada ckp dia kalau bgn tahajud mmg akan doakan I dpt jodoh and keje tetap"
Kaka percaya. ...ibu adik sayangkan adik. ....maaflah bila kaka cakap dari cerita adik...adik beradik lain terima seadanya ibu....cuba kakak atau adik kpd adik bersikap degil macam adik tentu mereka juga turut dimarahi oleh ibu adik. ..cuba adik ubah diri dulu. ....tapi dari cerita adik mmg di hati kaka yakin ibu adik sayangkan adik. .
Kaka juga masa remaja belasan tahun pernah memberontak dan ibu kaka ada sebut "kamu ni anak derhaka"..hehehe. ..tapi sebenarnya ibu kaka sangat sygkan kaka. ..sebabnya bila ikut cakap dia tak.adalah dia marah |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin lak nk dgr dr your mom's side bout you. Apa pun dik, i know she wants the best for you. Bukan senang nak besarkan ank2 dlm persekitaran BANDAR. Pengaruh sosial tu kuat sgt. Yg dia tegur jeans ketat tu, i can imagine that coz my zaman jahiliah dulu, my mom pun pnh tegur "pakai tudung TAPI baju lengan pendek, seluar KETAT". Biasanya seorg mak akan jadi very2 harsh kt anak yg "susah nak bentuk". Just muhasabah diri kita & berubah demi masa dpn kita. One day kita pun akan ada ank2 & that time akan jd LEBIH MENCABAR bg kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 3-12-2019 09:24 AM
Lentera replied at 3-12-2019 09:06 AM
Teringin lak nk dgr dr your mom's side bout you. Apa pun dik, i know she wants the best for you. Buk ...
Betul sangat...kalau baca cerita tt. ..dia dari kecik mmg degil. ..dah besar rambut pun kaler. ...kalau kaka jadi ibu pun kaka akan naik gila. ..sebabnya dari cerita tt..ibunya jenis kuat agama. .rajin tahajud. ..tu sebab dia malu kat jiran juga. ..hehe. ..
Ko tak tahu ayah dan ibu kaka tt. ...lagi garang hehe. .pernah kaka kena kejar dengan parang keliling rumah. ..sebab dulu kaka mmg degil. ..hihihi. .apa pun kaka sayang ibu dan bapa kaka. . |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 3-12-2019 08:43 AM
Hi TT..alaaa sian tough life ya?
You know what, first thing u buat lepas u dah tulis ni semua... ...
Seorang mak takkan maki hamun tanpa sebab lah. ...kalau tt berbaik dgn maknya tentu maknya tak maki.... |
|
|
|
|
|
|
|
TT boleh hidup berdikari tak?
Ada kwn yg boleh bg kongsi menyewa rumah?
Then u should opt for that..
Bagi ruang utk both ur mom and u to breathe, to think and to exhale anything negative..
I can understand ur point..but i also understand ur mom's..not easy to raise children dgn keadaan kewangan yg terhad, dgn keadaan diri sendiri pon x bekerja..
But ur confession tidak menyalahkan ur mom 100% and still nak baiki hubungan between u and ur mom..
I know u are a good daughter..and ur mom jd mcm tu sbb tekanan dr dulu sampai sekarang..maybe u ni easy target dia, sbb tu selalu kena..
Jln terbaik buat masa sekarang ni jgn duduk serumah..but do visit her..mungkin dgn cara ni kurang berbalah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahaha I kena kutuk la you ntah la mmg toxic pun kwn2 camtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
DearDaisy replied at 3-12-2019 10:20 AM
hahaha I kena kutuk la you ntah la mmg toxic pun kwn2 camtu.
Sebab ang benarkan diri dikutuk.. Kita patut filter apa yg boleh kita terima atau tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
TT aku pun lahir n membesar kat kl.. ngan ayah aku gaji kecik gila.. org susah.. sampai aku target kalau ada BF or nak kawen ngan org kaya... tp aku x sampai hati nak rebel dengan parents.. nak mintak rm30 pergi camping or bag pun aku x sanggup.. sbb aku rasa kalau aku mintak duit habis duit parenta aku makan seminggu... aku pernah g camping sekolah pakai bag plastik.. cikgu ejek (aku rasa cikgu x sengaja), dia cakap aku mcm bawak beg sampah... hidup dapat bantuan dari sekolah rendah sampai universiti.. nak cerita betapa susah aku..
kat universiti dapat bf anak org berduit lah.. mak bapak dia engineer kan.. dia byk support aku.. now dah jd husband... skarang aku senang... aku rasa lah... sbb aku boleh jalan overseas 2 3 kali setahun n beli2 aset... bila dah mcm ni, aku fikir mak bapak aku yg uneducated n susah tu boleh bela n beri pelajaran kat aku sampai semua anak2 boleh kerja elok2.. so kejayaan aku ni bukan sebab aku sendiri.. skarang kami anak2 bg dorg duit ja.. nak2 lg kakak aku mewah kan mak bapak aku.. dulu masa kecik parents aku mmg garang gila, nak beli makan2 sedap pun x boleh... bab2 nak beli barang rebel ni, akak aku.. tu yg aku x sanggup nak mintak... selalu kena marah maki ngan parents jugak, maybe parents stress pasal nak anak jd baik, stress pasal duit x cukup lg.. semua parents nak terbaik utk kita... selagi x buat benda terlarang... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|