CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8129|Reply: 42

Bila suka bertangguh..

[Copy link]
Post time 30-12-2019 12:47 PM | Show all posts |Read mode
sebelum korang baca, aku warning dulu that this going to be a long story. Sorry jika korang penat membaca luahan perasaan aku ni. I need a place to just luahkan hal yang terbuku di hati aku ni. Nak cerita dengan famili, semua jenis tak boleh terima teguran dan tak pasal-pasal kena cop anak derhaka plak aku ni. As for my husband, aku ada luah gak la kat dia since dia ternampak aku mengamuk kat dapur rumah tu. Tapi dia sendiri tak boleh nak bantu aku keluar dari keadaan aku sekarang sebab in a way, situasi aku sekarang ni disebabkan i have no choice and quitting my career bukanlah jalan penyelesaiannya. Sapa nak bagi aku duit setiap bulan RM5k? Plus aku sendiri bukan jenis yang boleh duduk diam di rumah dan berniaga memang bukanlah forte aku. Dah try but fail miserably.

Ceritanya bermula bila aku terpaksa tinggal serumah dengan famili aku disebabkan tuntutan kerjaya aku. Seronok stay dirumah sendiri dah berbelas tahun tapi tetiba kena tukar kena tempat lain atas arahan orang atasan. Dah frust dah kat situ sebab kena PJJ sekali lagi dengan husband dan bawa anak-anak semua dengan aku sebab kerjaya husband pun sama hectic dengan aku. Nak tinggalkan anak-anak dengan dia tu memang taklah disebabkan selain pengasuh, memang takde ahli keluarga yang boleh diharapkan in case berlaku emergency or bila dia kena outstation. So it was decided aku akan bawa anak-anak pindah bersama aku since aku dipindahkan ke lokasi yang dekat dengan kampung aku dengan harapan time aku oustation, boleh la famili aku tolong jaga anak-anak aku ni. Awalnya aku dah cari rumah sewa untuk aku stay dengan anak-anak aku. Tapi mak aku bagi ultimantum, kalau aku degil nak sewa rumah gak, jangan dah balik ke rumah dia. Kalau aku oustation pun jangan tinggal anak-anak aku dengan dia. Dia tak mau ambil tahu dah pasal aku dan anak-anak aku kalo aku tetap nak sewa rumah dan tak mahu tinggal dengan dia. So, nak tak nak aku kena balik tinggal di rumah famili.

Some people mungkin seronok dapat tinggal sebumbung dengan famili kan? That’s what i used to feel too. Tapi bukan sekarang. Kenapa? Bayangkan orang yang OCD tentang kebersihan dan kekemasan rumah tinggal sekali dengan orang yang suka bertangguh buat kerja. Pinggan mangkuk lepas makan dibiarkan di bawah sofa. Kekadang lepas 2 hari baru bawa pi dapur tapi belum tentu akan terus basuh. Berlonggok lagi another 2 days atas meja makan plak. Pisau kupas buah dibiarkan kat tempat budak-budak boleh capai. Baldi berisi air mop lantai yang kotor dibiarkan tepi ruang tamu. Debu sampah yang disapu dilonggok tepi almari. Macam-macam lagi lah. The conclict is terrible but at the same time orang yg OCD ni tak boleh tegur lagi satu pihak disebabkan nak jaga hati tuan rumah iaitu mak sendiri. Aku dah try kemas especially di dapur since bagi aku dapur ni sebenarnya nadi rumah. Bila masak sendiri lagi sedap berbanding makan kat kedai and boleh berkumpul masak dan makan ramai-ramai. tapi dapur kena sentiasa bersih la kan? Isi rumah pun boleh makan makanan yang tak diragui tahap kebersihannya. But not this kitchen. Kemas dan bersih tapi tahan seminggu je la. Kekadang seminggu pun tak sampai. Berterabur balik dapur tu. Sampai satu tahap aku dah rasa tak mau masak langsung kat rumah tu sebab aku tak nak masuk dah dapur tu. Memang aku bungkus je dinner untuk aku anak beranak. Tapi nak tak nak, there are time kena masuk gak dapur especially time husband aku balik tengok aku anak beranak. Dia pun teringin nak makan masakan air tangan wife dia sebab dah penat makan kat kedai. Tapi aku la penat nak bersih dapur sebelum masak. Sebab tu ada masa, dia sendiri akan ajak makan kat luar je la. Sebab dia tau isu aku dengan dapur tu. Gamaknya tak nak tengok wife dia mengamuk baling periuk kat dapur lagi.

But this weekend, memang aku frust giler. Bukan skit punya frust. Sampai tahap makan sambil mengalir air mata lepas tengok keadaan dapur. Aku baru takde di rumah 2 hari sebab ikut husband balik kampung dia. Lepas sampai di rumah, time tu time untuk dinner dan kami dah tapau dinner untuk dimakan di rumah. So sementara husband settlekan anak-anak, aku ke dapur untuk hidang dinner. First thing yang buat aku stress is tengok dining table is still sama macam yang aku tinggalkan 2 hari lepas (aku balik kampung lepas breakfast dan ada makanan yang masih di bawah tudung masa aku tinggalkan rumah sebab ada yang tak breakfast lagi time tu) dan ditambah plak dengan benda-benda baru beli tapi tak disimpan. Then bau tikus. Then aku nampak tepung dan gula aising berterabur atas lantai dan kitchen cabinet. Maybe cik tikus bawa lari. Tengok atas meja lagi satu (yang kitorg biasa guna untuk prep bahan masakan), aku tengok ada sayur yang tak habis digunakan tak disimpan semula dalam peti ais sampai dah kering sayur tu. Ditambah plak dengan unidentified things dalam tupperware yang dah berkulat pun dilonggokkan atas meja tu. Pinggan mangkuk yang dah siap dibasuh pun dilonggokan atas meja tu. Tengok kat sinki, satu sinki dah penuh dengan periuk dan pinggan mangkuk yang dah berbasuh tapi tak disimpan. The other sink is full with dirty dishes. Dan tepi kabinet sinki, ada longgokan periuk yang dah berapa lama rendam pun aku tak tau (jenis masak tapi tak suka basuh periuk. Basuh periuk bila nak guna balik je. Don’t ask me why). Plus dengan longgokan besen yang dah basuh (besen tu semua aku dah basuh sebelum ni dan susun elok-elok kat rak). Time ni darah dah naik kat kepala. Tapi yang buatkan aku dari marah jadi frust giler bila time aku nak menyusun benda-benda kat sinki tu, aku nampak bangkai tikus yang dah reput kat tepi kabinet dapur. Korang paham tak perasaan aku bila nampak semua ni? Rumah ni ada 3 orang yang lain duduk tak termasuk aku dan anak-anak aku. Tapi takkan bangkai tikus tu nak tunggu aku balik gak baru nak buang?!!! Diorang takde hidung dan mata ke? And this is not the first time either. Sebelum ni aku gak yang kena kutip buang bangkai tikus kering kat dapur tu. Bila tanya mak kenapa tak buang, dia kata dia sibuk dengan benda lain sampai tak sempat nak buang. The other 2 just masuk bilik masing-masing. Padahal diorg tetiap hari lalu kat tepi tempat bangkai tikus tu. Takkan tak boleh spend masa just 10 minit untuk bersihkan? Kenapa perlu tunggu aku balik untuk aku yang bersihkan?

Husband aku suruh je pasang perangkap or letak racun tikus. For me, yang tu bukan isu sebenar. The real issues is kenapa orang dalam rumah ni tak jaga kebersihan dapur. Ruang lain dalam rumah ni boleh dikatakan kemas dan bersih bagi orang yang hampir OCD macam aku ni. Tapi ruang dapur?? Aku pun takdelah harap ruang dapur akan cantik macam martha stewart punya dapur. I just want it to be clean. That’s it. Sebelum ni, dapur rumah ni takde lah kotor sangat. Tapi semenjak ayah aku meninggal, masing-masing dah macam letting go all the basic care masa di dapur. Dah la tak bersih lepas tu unsafe plak sebab dah jadi daya tarikan untuk ular plak datang cari makan. Ada ruang yang ular boleh masuk tapi orang yang aku suruh datang repair, tak datang repair gak walaupun dah berbulan. Nak buat sendiri aku plak tak sampai nak paku siling umah tu (yes, ular terjun ikut siling okay!!!) aku ni dah tak larat jumpa ular kat dapur dah. Ada yang berjaya lari ikut pintu dapur dan ada yang berjaya aku tangkap dan bunuh sendiri (jangan tak percaya. Dengan hantu pun aku boleh jerkah kalo aku betul2 naik angin). Kalau masing-masing just jaga dan kemas serba sedikit, keadaan dapur takkan seteruk tu. Even kalau diorg rasa diorang terlampau sibuk pun, please janganlah sepahkan yang aku dah kemas. Susun semula barang yang digunakan. Aku dah keluar banyak belanja untuk organize dan bersihkan dapur ni tapi tak dihargai pun. Aku dah cadangkan untuk ambil part time cleaner, tapi mak aku bantah atas alasan buat malu kat orang je nak suruh orang tolong bersihkan rumah sendiri.

Penat dan frust ni hanya tuhan je yang tau. I know there are way out from this problem. Either keep on cleaning  and tidying things up on my own or just get out from this house. Aku lebih prefer pilihan kedua tu tapi kalau aku keluar, aku akan dicop anak derhaka by famili aku walaupun rumah yang aku nak sewa tu tak jauh dari rumah famili aku. Rayuan aku untuk berpindah ke negeri lain masih tak diendahkan oleh bos aku. Aku dah maklum yang aku ada personal isu yang hanya boleh resolved kalau aku berpindah keluar dari negeri ni sahaja. Tapi bos aku suruh sabar lagi 2 3 tahun untuk pindah. Mampukah aku sabar dalam keadaan macam ni? Dengan isu kebersihan? Dengan living condition where i have to share 1 small bedroom with all my 3 kids? Situlah tempat tidur, situ lah tempat letak kain baju, mainan dan barang sekolah diorang? There are no such thing as home sweet home bagi aku sekarang ni. Selagi boleh blk lewat, aku akan stay kat ofis sebab tak nak balik rumah. Pengasuh dan anak-anak aku pun tak expect aku akan ambil diorang awal setiap hari.

Aku takut one day aku jadi depressed dengan keadaan mcm ni. Dengan kerjaya aku sendiri yang agak demanding dari segi mental dan fizikal. Di ofis serabut, balik rumah pun serabut. Semasa di rumah sendiri, walaupun penat dengan kerja tapi aku boleh happy bila balik rumah. Sebab rumah sentiasa kemas walapun takde maid dan walaupun sibuk dengan keja, aku tetap boleh masak dinner setiap malam. Even bawa bekal pi ofis or masak untuk jamu anak-anak buah kat ofis. It doesn’t take much time at all to do that sebab dapur sentiasa kemas dan bersih. Barang-barang masak dah siap prep dan simpan dalam freezer every weekend. husband dan anak-anak pun boleh tolong kemas rumah dan sentiasa ingat warning aku "everything has its place and everything should be in its place".  bukan tak boleh semak, but lpeas main or guna barang sila terus simpan.  Jangan bertangguh. But now, not anymore. There is no joy in being in a kitchen. Dah jadi mcm tempat torture plak dah sekarang ni. Nak buat dapur asing, memang still tak boleh selesaikan masalah. Because my mom would fail to see why i need another kitchen when we already have two kitchen (kondisi sama ja 2 dapur tu).

Ntah la. Aku penat. Memang sesungguhnya penat. Mohon didoakan akan ada jalan keluar segera untuk aku tanpa menyakitkan hati mak aku dan semoga aku tidak dicop sebagai anak derhaka.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2019 01:17 PM | Show all posts
moderator tolong naikkan pagar thread ni supaya sis vokuru tak boleh baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
U cannot expect the same, meaning to compare each n everytime sbb tu u depressed, u cannot change the ppl in that house, bila u berusaha buat penat n bertambah depressed, i dont think you ocd sgt la pun tp dr apa you cite dh mmg basic hygiene pun tak lepas dapo rumah mak you tu so ofcourse la org yg bkn ocd pun boleh meroyan, kalau dah bangkai tikus pun bergelumang kat situ

1 lg takkan la keluar rumah pun cop anak derhaka, selama ni u mmg duk jauh takde isu pun, betul2 jauh kot. Ni dah dekat n just nak asing umah why dont you just do it, for ur own sake.

Cause to me ur situation ni xleh nak solve, nanti you yg mampos. So sebelum mampos baik redah je apa yg patut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 02:03 PM | Show all posts
Sound je yang lain tu.. TT anak no berapa.. tak kira lah anak no berapa.. sesekali tembak jugak time borak2 tu semburkan sekali.. bukan pasal derhaka ke tak.. ni pasal kebersihan kot.. klu tak TT pulak bagi ultimatum.. tak berubah TT angkat kaki.. bunyi nya maca harsh tapi kene buat supaya mesej tu sampai...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 02:18 PM | Show all posts
salam tt

eeuu..baca sambil mata terbeliak kenapa maknya pengotor sangat dapat anak ocd..payah tu.
gamaknya terlalu banyak benda kat dapur tu pasal dah tak bole nak susun / organize. cuba asingkan mana yang perlu dan selalu di pakai susun dekat dapur, yang tak pakai susun tempat lain. hanya guna peralatan yang sama saja untuk masak..guna basuh kemas guna basuh terus kemas.

akak dah biasa hadap tu juga masa cuti raya dulu2..memang memerap kat dapur jelah time orang lain bersuka ria..akak akan jadi maid tukang masak kemas dan bersiap sedia di dapo. tapi time akak nak belah akak belah je takde sapa bole tahan.

so nasihat kaka..tt buang mana yang tak penting re-organize balik dan letak signbod kat dapor utk jaga kebersihan dan susun ikut saiz (kaka juga ada simtom ocd separa serius) tapi kaka akan sound dan tegas pada pihak lain utk ikut arahan/peraturan.

lepas dah susun semula lihat porgress macmana dan tampal notis.

jika keadaan masih tidak berubah sila pindah dan jangan endahkan kata-kata ugutan mak itu. mak yang baik tidak akan menyusahkan anak-anak dengan kata2 seperti itu.

sekian, harap dapat membantu.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 02:33 PM | Show all posts
pindah rumah jelah TT ckp je anak2 nak kena ada bilik sendiri, sementara je kot dicop anak derhaka tu. sekali sekala dtg la visit rumah mak, ngamok tetap amok tgk rumah hiruk-pikuk tp atleast jarang2 la kan naik hangen tuu compare dgn duduk situ tetap
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2019 02:47 PM | Show all posts
rospinki replied at 30-12-2019 02:18 PM
salam tt

eeuu..baca sambil mata terbeliak kenapa maknya pengotor sangat dapat anak oc ...

thanks for the advice.. but honestly dah berapa kali operasi kemas dapur thn ni.. setiap kali mak pi holiday or pi mana2 lama skit, mmg confirm aku dgn adik yg bongsu tu buat operasi kemas dapur.. mmg kami buang segala yang x berguna tu dah.. beli rak n label bekas tepung, gula, rempah bagai.. tapi bila mak balik, dlm masa 3 hari je boleh tgk semua dah berterabur blk.. kalo masa masak dgn mak, mmg sy akan kemas balik apa yg mak amik tp x simpan blk.. tapi kalo time dia masak sorg2 n aku blk lmbt, mmg xde la sapa nak kemas.. muka ni gak la yg kena kemas wpun blk dah mlm buta bagai.. stress dgn ofis x abis lagi, dah stress nak kemas dapur.. x kira nak handle anak2 sorg2 lg..

ikut ati nak roboh je dapur tu sbb dah jadi sarang tikus.. tapi nak buat blk, modal tinggi gak.. dah tanya kontraktor, at least rm20k.. for me to move away, x nampak jalan lagi.. sbb ada kes sblm ni yg mak masam muka dgn adik.. x mau la peristiwa lama berulang lagi.. kami pun bukan famili yg besar.. nak buat mak kecik ati bila pindah pun x sampai ati sbb dia dah xde sapa melainkan aku dgn adik2 je.. tp tu la, aku plak yg mkn ati.. x lama lagi dia nak pi umrah.. aku dah dok pikir nak buat operasi lagi ke x ni.. mcm dah fed up.. tapi yg bestnya, nanti bila mak blk, dia gak yg bising rumah xde perubahan.. padahal dia yg buat rumah bersepah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 02:51 PM | Show all posts
u ocd diagnosed oleh doktor ke tak ek?
doktor takde bagi ubat ke apa untuk kurangkan masalah u?
pada i boleh je u nak pindah..
but your husband la kena main peranan..
cakap itu adalah arahan suami u untuk pindah duduk sendiri..
tak payah la nak risau anak takde orang jaga ke apa..
cari pengasuh kalau kena outstation, tinggal je kat rumah pengasuh..
bayar la lebih sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2019 02:52 PM | Show all posts
anarina replied at 30-12-2019 01:28 PM
U cannot expect the same, meaning to compare each n everytime sbb tu u depressed, u cannot change th ...

her exact word bila aku sebut nak sewa umah.. sebenarnya bos aku bg pilihan nak pindah blk ke ofis nak dekat dgn umah aku or tmpt lain.. ikut ati, mmg aku nak pilih tmpt lain sbb dah nampak isu ni akan timbul tp bila fikirkan anak2, tu yang aku hadap gak blk sini.. ada org kata blh je amik bibik stay dgn aku kalo aku dok di negeri lain.. masalahnya, aku sendiri tak percaya nak tinggalkan anak2 dgn org asing kalo aku kena oustation berminggu2.. di sini, harapan aku kalo dok umah sewa, blh gak diorg tumpang tidor kat umah nenek diorg sbb siang diorg dah ke sekolah dan ada org yg aku upah utk amik dan hantar mereka ke sekolah dan jaga mereka sampai lewat ptg.. tapi dah mak aku bgtau awal jgn blk dan hantar anak2 aku tido umah dia kalo aku sewa umah.. mati kutu aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2019 03:01 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-12-2019 02:51 PM
u ocd diagnosed oleh doktor ke tak ek?
doktor takde bagi ubat ke apa untuk kurangkan masalah u?
pa ...

i'm not a real OCD.. tp aku suka kekemasan dan kebersihan.. sbb tu aku kata hampir OCD ada part aku boleh ignore je sbb aku bukan betul2 ocd.. tp bila basic hygiene pun x lepas, u don't need an ocd person to raise this kind of issues  pun.. sbb terlampau lepas tangan sampai dapur dah jadi sarang tikus.. nak masak pun aku kena cuci utensils dulu.. x kiran nak mencari barang masak yang berterabur.. bab anak2 aku, skrg ni mmg aku hantar umah pengasuh pun.. siap upah org dtg amik dan hantar anak2 pi sekolah dan umah babysitter.. cuma mlm baru berkumpul di rumah.. sbb tu dari awal aku nak sewa umah sendiri.. sbb xde keperluan nak stay sekali since mak aku x jaga anak2 aku pun.. dia cuma tlg tgkkan anak2 aku time nak tido je bila aku outstation.. tapi bg mak aku, buat apa nak bazirkan duit sewa rumah kalo just stay sekejap je mlm2? better stay kat umah dia.. dia x tau mental health aku tu penting.. tp kalo aku buat kejam pindah, kesian plak kat mak aku since dia dah xde sapa2 kecuali aku dan adik2.. dah la dgn mak pun ada masalah dgn lg sorg adik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 03:07 PM | Show all posts
Semoga TT bertabah dengan keadaan sekarang, saya doakan yang terbaik buat TT
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 03:16 PM | Show all posts
makkenits replied at 30-12-2019 02:52 PM
her exact word bila aku sebut nak sewa umah.. sebenarnya bos aku bg pilihan nak pindah blk ke ofis ...

Kenapa tak amik offer boss yg bagi pilihan balik ke ofis dekat dengan rumah awak tu? Rumah sendiri kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2019 03:27 PM | Show all posts
kuchenta_81 replied at 30-12-2019 03:16 PM
Kenapa tak amik offer boss yg bagi pilihan balik ke ofis dekat dengan rumah awak tu? Rumah sendiri ...

silap ayat tu sebenarnya.. x perasan plak aku masa menaip dlm keadaan serabut ni bos aku bg pilihan pi negeri lain or ke lokasi yg dkt dgn kampung aku tu.. negeri lain tu di kawasan borneo.. tu yg aku sebenarnya xde pilihan masa kena arah pindah tu.. psl apa kena arah pindah? sbb post aku di ofis tu kena jumud sebb pengecilan operasi ofis.. so, aku ditransferkan ke tempat lain..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 03:35 PM | Show all posts
makkenits replied at 30-12-2019 03:27 PM
silap ayat tu sebenarnya.. x perasan plak aku masa menaip dlm keadaan serabut ni bos aku bg pili ...

Oooh tu la kita baca 4-5 kali nak fahamkan kot la kita tak faham

ya, sebagai mak pada 2 anak kita faham sangat perasaan awak nak rumah kemas, bersih dan selesa lagi2 kita jenis memasak untuk keluarga. Mungkin makkenits boleh fikirkan cadangan kawan2 kat atas, pindah dengan alasan untuk keselesaan anak-anak dan suami nak balik sesekali nanti.

tapi kena cari masa yang sesuai untuk bagi tahu mak. mungkin kalau dah sampai limit, tengah dapur berkecah ada tikus or snake haaa TT jeritlah kuat-kuat ala-ala gini "aku dah tak tahan dah, aku nak keluar dari sini sebelum anak-anak aku jadi mangsa kena kencing tikus or gigit ular" haa gittew
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RumiMenari at 30-12-2019 04:02 PM

"Jauh bau bunga, dekat bau taik"

I bace separuh je crita tt sbb tak nak imagine lebih2 sbb i sendiri alami yg sama cuma di rumah MIL..10thn kawen baru 2x i bermalam di sana.. kl jenguk pun duduk sejam je.. i lbh suka family suami dtg rumah & sepahkan rumah i daripada i dtg rumah diorg.. bkn sbb OCD tapi basic kebersihan tu yg gagal..

Sbb tu i xnk tinggal dgn org yg x jaga kebersihan.. kita bersih, kita salah.. kita kemas, kita berkira.. so paling selamat jgn tinggal sama.. sbb i akan ingatkan pd diri "for the sake of 1 hour or 1 day, pejam je la mata..lgpun dia mak, sementara dia ada lagi kt dunia ni..smpi 1 masa semua ni nnt jd kenangan".. kl balik, i akan tolong kemas seadanya je ataupun sekurangnya tak tambah sepah sedia ada..

Kl mak u ckp u anak derhaka, u pun tau bende tu tak betul.. anggap je la tu ckp org tua yg merajuk mcm budak2 je..lg pun "syurga" u pd suami.. untung sbb suami memahami..

Pindah tempat lain.. persekitaran yg tak bersih pun tak bagus utk anak-anak.. kl ada cara supaya tidak PJJ dgn suami lg elok.. ada baraqah bl kita tinggal serumah dgn pasangan.. u ada tggjawab pd suami melebihi tggjwb pd mak.. bknlah i bermaksud abaikan ur mom..

Kesian kt anak2 bl dunia mereka di rumah tu hnya dalam bilik shj.. lepas tu, bl u memilih utk balik lewat dr ofis sbb xnk berada di rumah, bukan ke waktu u bersama anak2 dh berkurang..perhatian & kasih syg yg wajib u berikan pd mereka terdiskaun kerana kebersihan dapur mak u..

Kl mak u ckp u derhaka jgn la pulak u x jenguk dia..jenguk je mcm biasa..hari pertama mgkin dia ckp u derhaka..masuk hari ke 60 mgkin dia dh boleh terima sikit..lps tu stiap kali jenguk bwk la ole2.. hihihi

Tu je pndgn i yg x seberapa ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2019 03:49 PM | Show all posts
kuchenta_81 replied at 30-12-2019 03:35 PM
Oooh tu la kita baca 4-5 kali nak fahamkan kot la kita tak faham

ya, sebagai mak pada 2 anak ...

dah approach mak bnyk kali.. but still ayat dia mcm tu la.. skrg ni dia tambah plak ayat 'sunyi kalo budak2 xdak'.. aku ni sbg anak, mmg kesian kat dia tapi geram pun ada gak.. skrg ni kalo plg geram pun, aku baling periuk kat dapur or kemas sambil hempas barang2 tu.. geram!!! tp mak still buat x tau je wpun dengar aku mengamuk kat dapur..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2019 03:58 PM | Show all posts
RumiMenari replied at 30-12-2019 03:40 PM
"Jauh bau bunga, dekat bau taik"

I bace separuh je crita tt sbb tak nak imagine lebih2 sbb i send ...

i foresee this problem already dah masa dpt surat transfer blk ke sini.. sbb tu aku bersungguh nak sewa rumah.. husband jadi serba salah.. sbb dia tau isu aku dgn rumah tu camna tapi dia risau keselamatan aku n anak2 bila tinggal kami berempat je since anak2 aku semua bwh 10years old n the youngest one still baby lagi.. masa first time pjj dulu, aku mmg kena transfer ke tmpt lain.. mmg aku sewa umah sendiri stay dgn anak2 aku tapi x lama dpt rezeki blk ke rumah sendiri.. time tu mak aku x bising sbb terus pindah ke negeri yg lagi jauh dr lokasi umah yg aku beli dgn husband tu.. dia blh accept nature kerja aku tu.. tapi bila dah pindah dekat dgn dia, mmg dia x bg sewa umah walaupun umah tu dah x sesuai utk aku dan anak2 yg membesar.. msg2 need their own spaces.. tp mak aku x paham.. bg dia spaces apa yg kitorg nak lg? bilik tidur ada dah wpun kongsi 4 beranak, tempat simpan barang harian (beg sekolah, kain baju, etc) pun ada dah wpun semua longgok dlm bilik tidur aku, tempat lepak tgk tv pun ada wpun berebut channel tv, dapur pun ada wpun x bersih, bilik air pun ada (yg ni bersih sbb ruang ni mak aku x guna.. dia ada bilik air sendiri), etc..

payah nak jaga hati mak sendiri.. i understand her loneliness tapi x seharusnya sampai tahap mcm ni.. aku blh terima lagi kalo aku kena share bilik dgn anak2 aku.. cuma bab kebersihan dapur tu yg aku x blh terima..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 04:09 PM | Show all posts
makkenits replied at 30-12-2019 03:49 PM
dah approach mak bnyk kali.. but still ayat dia mcm tu la.. skrg ni dia tambah plak ayat 'sunyi ka ...

Hurm berani juga awak baling periuk or barang2 ya? kalau kita memang tak berani walau hati geram dengan mak

sebelum keadaan jadi lagi teruk (stress tak bagus untuk kesihatan terutama kita ada anak-anak tengah membesar) better awak buat keputusan.
pindah dan kuatkan hati. bagi masa bertenang kat emak. bawak mak keluar untuk hilangkan kesunyian dia. hari biasa anak2 sekolah pun dia still kena tinggal seorang lagi2 awak balik kerja lambat kan?

dia nak pergi umrah ni, awak bersihkan dapur. letak reminder, warning. buat lagi? okay fine, that's it. bye.

suami awak kena bagi kata putus, atleast mak awak ada segannya pada suami.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 05:00 PM | Show all posts
makkenits replied at 30-12-2019 02:47 PM
thanks for the advice.. but honestly dah berapa kali operasi kemas dapur thn ni.. setiap kali mak  ...

hmm..
mak chuols ni dah tak bole diajar dah..bab kebersihan paling utama dalam islam. kalau dah umur tu masih menyepah dan bangkai sana sini..baik kenits rombak habis-habisan dapur tu. buang semua kasi kosong area dapo. orang pemalas ni takyah nak bermacam2 sebab nak kena rajin bersih kemas selalu.

nampak tt mcm taknak tinggalkan mak yang sorang2 tu kan..baik buang semua biar kosong dan kecik area dapo tu terus. takyah buat lain nak tambah kabinet bagai..lagi penat.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 05:53 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 30-12-2019 05:59 PM

ehhh aku rasa macam penah baca cite ni...memang you lah orangnyerr tt, cuma i tak larat nak cari kat tajuk mana.
you nak sewa luar - mak tak izin
you nak pindah - bos tak izin jugak , suruh bertahan lagi
laki plak - mcm setuju.

sama dgn jwp i dulu - u tetap kena sewa rumah lain- yg penting kesihatan mental & emosi diri sendiri.
anak2 pun dah tekacau emosi. kalau you pun sakit lagi susah..


takdak beza pun letak anak kat orang lain versus duk rumah nenek diorang yg serabut kacau bilau itu...lepas ni buat thread dgn ibu lain yg pjj camno nak letak anak2,camna manage anak diroang hantar nursery?   u kerap sgt ke pegi oversea?..berat nihhh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.134569 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list