View: 11754|Reply: 114
|
Scammer - Lawyer Advise Needed
[Copy link]
|
|
Edited by M_angle at 19-1-2020 11:43 AM
Salam, saya nak minta advise terutama yang pakar dalam perundangan...
Tahun lepas pada bulan 4, saya bekerja sebagai 'Personal Assistant', dengan tugas untuk menulis surat, draftkan tender dan kerja - kerja admin bagi sebuah Persatuan yang baru ditubuhkan. Waktu tu, saya tak dapat lagi surat tawaran tapi Pengerusi Persatuan kata mereka baru mula beroperasi, jadi surat tawaran tak dapat dikeluarkan lagi sebab masih kelam kabut. Dia minta saya tempoh selepas raya (bulan 6) supaya dapat selesaikan juga issue KWSP, EPF dan sebagainya. Jadi saya pon bekerja dengan si boss ni.
Kerja dia agak mudah, saya draftkan surat tawaran untuk project - project dan tender. Project - project ni memang semuanya wujud, tapi boss saya specifically minta letak term & condition untuk bayaran selepas 3 bulan. Masalah bermula bila kontraktor - kontraktor ni tak dapat bayaran.
Saya quit pada awal bulan 7 (gaji langsung tak dibayar pada bulan 6&7), sebelum dan selepas saya juga ada orang lain bekerja sebagai PA. Kiranya bila nak berhenti, saya pon hand over kerja saya pada ahli persatuan (Setiausaha).
Setiausaha terkejut sebab dia tak tahu menahu pon berkaitan dengan tender - tender yang dikeluarkan oleh si Pengerusi ni. Kiranya Pengerusi ni keluarkan tender sendiri - sendiri. Saya pon terkejut tapi saya pon dah berhenti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulan 9, Setiausaha contact beberapa orang. Rupa-rupanya Si Pengerusi ni pernah buat benda yang sama sebelum-sebelum ni dengan Persatuan yang berlainan. Dia tubuhkan Persatuan, bukak tender untuk pelbagai project, ada project dengan kerjasama badan-badan kerajaan. Tapi benda yang sama, dia tak pernah bayar, tinggalkan persatuan dan bukak persatuan yang baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, saya minta advise dari seorang Lawyer, Lawyer ni kata kita tak boleh buat apa - apa. Sebab projek ni semua wujud, dan kontraktor hanya boleh minta bayaran dari Persatuan dan bukan Pengerusi. Lawyer bagi cadangan untuk Persatuan report Pengerusi atas Pecah Amanah. Tapi ahli persatuan terpecah dua, ada yang nak, ada yang tak nak. Ahli yang nak dah dipulaukan, dan ahli yang tak nak stay dengan Pengerusi. Ini kerana Pengerusi kata dia dah dapat geran dengan jumlah yang agak besar dari VIP. Jadi semua orang pon mengharapkan duit geran tu sedangkan saya percaya kalau dia pernah buat sebelum ni dengan persatuan lain. Tinggalkan dengan hutang yang banyak dan buka Persatuan lain. Saya percaya dia akan buat benda yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini saya contact kembali syarikat yang membayar gaji saya sebelum ini. Saya ingatkan ia adalah syarikat Pengerusi tersebut. Sebab Pengerusi tu kata dia businessman. Rupanya, yang bayar gaji saya ialah salah sorang kontraktor. Kontraktor tu mengamuk tak dapat bayaran. Dan kontraktor tu kata Pengerusi kata saya yang handle bahagian kewangan. Saya terkejut sebab saya tak pernah pon handle apa - apa bahagian kewangan. Kiranya Pengerusi ni menipu dekat kontraktor yang saya uruskan kewangan, jadi saya syak si Pengerusi ni suruh kontraktor ni bayar saya untuk proses pembayaran. Sedangkan saya tak tahu apa -apa |
|
|
|
|
|
|
|
Saya contact sebab saya nak kan baki gaji saya bulan 6 dan bulan 7. Jadi sekarang saya perlukan advise, apa yang patut saya lakukan to make things right?
Saya bercadang untuk buat laporan polis:
1. Gaji saya tak dibayar pada bulan 6 dan bulan 7
2. Pengerusi beritahu pada kontraktor saya bekerja bahagian kewangan sedangkan saya tak tahu menahu
Apa yang boleh lakukan ya? Sebab sekarang ni saya mangsa dan sekarang ni Pengerusi scam semua orang. Ahli Persatuan, Kontraktor, Pekerja
Projek - projek ni semua wujud dan semua telah berjalan. Tapi Persatuan tak dapat bayar sebab tidak ada duit. Pengerusi pulak janji duit akan masuk tapi benda ni saya dah dengar dari bulan 3 tahun lepas (waktu ni saya belum bekerja dengan dia lagi) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by M_angle at 19-1-2020 11:45 AM
Saya tak dapat surat tawaran sampai saat ni. Saya percaya dia adalah scammer. Sekarang kontraktor marah - marah sebab saya yang draftkan tender dan draftkan surat. Tapi dalam tender kan ada matikan setem dekat LHDN, dan kontraktor patut ada perjanjian 2 hala kan? Saya tak tahu apa - apa kerana saya cuma draft surat dan tender. |
|
|
|
|
|
|
|
Actually, saya cuma draftkan surat dan draftkan tender, sebab lepas tu saya akan bagi Pengerusi, dan saya pon tak tahu apa yang Pengerusi lakukan. Sebab saya diambil bekerja untuk buat kerja-kerja admin. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi harap ada lawyer yang sudi bagi advise, dan kalau boleh minta forumer tag rakan-rakan lawyer dalam ni |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm tt dah jadi kambing hitam nih |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni kontraktor ugut nak letak nama saya sekali dalam report polis kerana kononya sama bersubahat. Sedangkan saya diambil bekerja sebagai 'Personal Assistant'.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mengikut akta kerja 1955, sis sudah dikira pekerja yang sah sebab 'offer letter' boleh dibuat secara bertulis atau lisan. Jika sis bekerja ikut office hour 26 hari/bulan, sis staf yang layak dibayar gaji minimum, epf & socso
Sis adukan pada JTK terdekat, biasanya mereka refer isu tak bayar gaji ni kepada jabatan perhubungan perindustrian sebab semua isu unpaid salary dibawah akta kerja.
Jika majikan enggan bayar, sis kena ambil lawyer ke mahkamah buruh. Sis boleh claim gaji dari bulan jun sampai hari perbicaraan berjalan. Taksilap pampasan sebulan 2.5 kali ganda gaji asal allahualam
Iols cuma peniaga yg belajar tentang akta kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
M_angle replied at 19-1-2020 11:42 AM
Actually, saya cuma draftkan surat dan draftkan tender, sebab lepas tu saya akan bagi Pengerusi, dan ...
Kes pecah amanah ni mungkin kena buat police report & tanya lawyer. Kes sivil biasanya cecah kos RM30k |
|
|
|
|
|
|
|
Dia memang Pengerusi Persatuan berdaftar dengan ROS. Program memang dijalankan, program memang wujud, yang jadi permasalahan bayaran tak dilakukan. Sekarang kontraktor ugut nak letak nama saya sekali dalam polis report. Saya pon tak tahu kenapa. Hanya sebab saya draft kan surat, tapi saya kan bekerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by M_angle at 19-1-2020 02:02 PM
Yang lagi memeningkan, ada no lain dengan nama saya, dimana sebelum ni kontraktor ada berurusan dengan no tu, tapi bukan no saya. Bila saya tanya ahli Persatuan, mereka kata tiada nama serupa saya dalam Persatuan.
Saya dah beritahu pada kontraktor untuk buat polis report ke atas no telefon tersebut. Sebab polis boleh siasat no tersebut didaftar atas nama siapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
terus fight tt. lahanat tu sedap dpt duit. tt jenuh bersilat |
|
|
|
|
|
|
|
M_angle replied at 19-1-2020 01:59 PM
Yang lagi memeningkan, ada no lain dengan nama saya, dimana sebelum ni kontraktor ada berurusan deng ...
Buat apa nak merempan kat sini. Ingat lawyer consultation free ke deknon..
Jangan harap benda free. Consultation fee peguam saja RM800 sejam. Diorg takbagi nasihat tepi jalan ni
Kau pegilah JTK tu mengadu cepat. Call a lawyer, make appointment |
|
|
|
|
|
|
|
OMG OMG
Baru dapat info dari kontraktor, yang ada orang menyamar jadi saya, konon saya. Dan kononya saya masih bekerja sampai sekarang sedangkan dah lama berhenti, sebab tu kontraktor marah sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan issue tak dibayar gaji lagi ni. issue penipuan menggunakan identiti saya kak
|
|
|
|
|
|
|
|
You pergi cari kawan auditor, trace duit. |
|
|
|
|
|
|
|
my 2 cents,
1. kalau pengerusi tu pernah buat seblum ni mesti ada mangsa lain spt saudara, so better cari mangsa yang lain tu untuk buat report sesama baru kes nampak kuat.
2. kena cari bukti cth punch card or apa2 dokumentasi yang membuktikan saudara kerja disna. even ikut law mmg dah dikira pekerja walaupun ditawarkan secara lisan, tp peguam bela still bleh wujudkan keraguan tentang saudara samada betul bekerja dgn persatuan tu atau tidak.
3. kena bincang dengan kontraktor tu bawa sekali buat report polis.
4. untuk jimat kos jumpa biro bantuan guaman utk khidmt nasihat.
sekadar idea dari seorang penonton SUITS |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|