View: 4415|Reply: 3
|
[Cadangan]
Kuarantin : Garis Panduan Untuk Majikan (dan pekerja)
[Copy link]
|
|
Moga ianya bermanafaat pada majikan dan pekerja.
Orang awam, secara umum pun boleh ambil tahu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 6 Feb -- Kementerian Sumber Manusia hari ini mengeluarkan garis panduan buat majikan dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit berjangkit termasuk wabak koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Garis panduan itu dikeluarkan susulan kebimbangan dan persoalan serius yang diutarakan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia terhadap pekerjaan yang berkaitan dengan jangkitan koronavirus.
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata jabatan itu telah dihujani pelbagai soalan, yang menyuarakan rasa khuatir dengan pekerjaan yang berkaitan dengan virus kluster itu, sejak awal tahun ini.
“Persoalan lazim adalah mengenai majikan yang menghalang pekerja untuk datang bekerja, terutama apabila pekerja itu didapati baharu sahaja pulang dari negara-negara dengan kes 2019-nCoV seperti China, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.
Garis panduan itu menyenaraikan lima tindakan yang boleh diambil oleh majikan dalam menangani situasi tersebut.
Menurut Kula Segaran, majikan disaran mengarahkan pekerja untuk menjalankan pemeriksaan segera, dengan perbelanjaan ditanggung oleh majikan dan pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang ditetapkan mengikut Seksyen 60F Akta Pekerjaan 1955.
"Untuk memberi cuti sakit berbayar atau kelayakan hospital semasa tempoh kuarantin kepada pekerja yang dikenakan perintah kuarantin oleh pengamal perubatan berdaftar, tidak kira sama ada pekerja dikuarantin di rumah atau di hospital.
"Majikan digalakkan untuk memberikan imbuhan tambahan kepada pekerja jika perintah kuarantin melebihi cuti sakit atau kemasukan ke hospital dan memberikan gaji penuh kepada pekerja yang mendapat perintah kuarantin daripada pengamal perubatan berdaftar dari negara-negara dengan kes-kes 2019-nCoV kerana kewajipan rasmi atau arahan daripada majikan," katanya.
Majikan juga tidak boleh menghalang mana-mana pekerja daripada datang bekerja jika tiada perintah kuarantin dikeluarkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar, bagaimanapun, mereka dibenar mengarahkan pekerja yang tidak sihat untuk tidak datang ke tempat kerja dengan menyediakan cuti sakit berbayar kepada pekerja.
Katanya majikan tidak boleh mengarahkan pekerja, dengan apa cara sekalipun, untuk menggunakan kelayakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kami di HR dept akan menghantar email pada semua pekerja untuk memaklumkan bahawa mereka perlu untuk melaporkan destinasi percutian mereka
"Dear All,
We are writing to this email to inform you that we are seriously concern the recently spread coronavirus disease which is concerning to the worldwide now. Therefore, we would like to urge to those travel colleagues to ensure inform HR Department when you are travel. This is to prevent and precaution to avoid any uncertain being happen.
Please remember to inform HR Department by email to [email protected] or call us for our recording.'
|
|
|
|
|
|
|
|
~Katanya majikan tidak boleh mengarahkan pekerja, dengan apa cara sekalipun, untuk menggunakan kelayakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin~
Maknanya time kena kuarantin, tak kacau annual leave lah kan..bagus lah mcm tu. Kalau tak, kesian kat yg kena. Dh lah kena kuarantin, cuti kena tolak.
Mcm ni, baru adil n saksama |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|