CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3692|Reply: 8

Soalan interview sukar : Why did you left the company as you did not get a new j

[Copy link]
Post time 17-4-2020 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rizalra75 at 19-4-2020 03:19 PM

Assalamualaikum semua,

Sham memerlukan pandangan dan pendapat rakan-rakan sekelian.

Sham dah menganggur dan tidak bekerja di pejabat secara tetap semenjak 15th November 2015. Sehingga kini saya gagal mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman saya.

Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai eksekutif di Universiti Teknologi PETRONAS selama hampir 12 tahun. Disebabkan faktor politik kerja, saya akhirnya diminta clearance dari sana disebabkan faktor 'poor performance'. Poor performance ini diberikan pada saya setelah saya ditukar ke jabatan baru iaitu registry. Sebelum itu saya bertugas di jabatan IRC dari 01st ogos 2001 sehingga 31 April 2010. Di registry saya bertugas disana selama 3 tahun 05 bulan sebelum diminta keluar pada 06 September 2013.

OK. Perkara ini saya fikir x menjadi isu sangat sebab saya dah dapat support letter dari HR bagi memudahkan saya memohon kerja lain.

Contoh surat seperti yang saya lampirkan.

Kemudian saya mendapat pekerjaan di Universiti Mahsa, Jalan Universiti. Saya bertugas disana selama hampir setahun dan sebulan.(27th october 2014 - 14th November 2015).

Di Mahsa universiti ini saya menggantikan kekosongan jawatan seorang head di perpustakaan Mahsa Universiti yang telah mendapat tawaran sebagai ketua perpustakaan di universiti kolej sains perubatan di Cyberjaya. Biar saya menggelarkannya sebagai puan F. Jawatan yg ditawarkan kepada saya berbeza dengan jawatan beliau.Saya sempat bersama beliau seminggu di ofis sebelum dia keluar.

Pekerjaan saya di Mahsa Universiti berjalan dengan baik sehingga kami mendapat tahu puan F ini telah memohon kembali untuk bertugas di Universiti Mahsa. (dlm 6-7 bulan setelah saya bertugas disana) Puan F telah berjaya dalam interview tersebut dan ditempatkan di jabatan yg sama.

Saya keluar dari bilik beliau dan saya duduk dikaunter bersama-sama staf yang lain. Workstation tersebut boleh memuatkan 2 tempat duduk pada satu satu masa.

Kemudiannya saya ditukarkan ke jabatan fasiliti dan maintenance. Pada satu hari, saya dipanggil naik ke bilik meeting bersama beberapa org staff. Saya diberitahu tidak melakukan tugas dikawasan parking tertentu. Saya terkejut sebab x dimaklumkan oleh supervisor dan tiada dalam JD saya.

Saya di suruh berhenti dan 2 pilihan diberikan kepada saya iaitu samada saya bagi notis 01 bulan atau 03 bulan. Klu saya memilih notis 03 bulan saya di gertak atau ditakutkan dengan arahan tugas-tugas seperti cleaning, di tukar ke tempat jauh dan sebagainya.

Disebabkan saya melihat cara dan tindak tanduk yang tidak professional tersebut maka saya mengambil keputusan untuk memberikan notis sebulan.

OK. Kita berbalik kepada soalan yang diutarakan.

Berdasarkan sesi - sesi interview yang lepas, soalan yang paling sukar bagi saya ialah :

WHY DID YOU LEFT YOUR JOB AT MAHSA UNIVERSITI AS YOU DID NOT GET A NEW JOB? YOU LEFT YOUR JOB AT MAHSA UNIVERSITY WITHOUT ANY JOB OFFERED.

Sham harap you all boleh bagi idea, cadangan, tips yang bernas,terbaik dan professional untuk diberikan kepada panel interview untuk sesi interview akan datang.

Saya faham bahawa bakal majikan tidak mahu mengambil risiko pekerja yang bermasalah.

Sekarang ni saya tengah sambung pengajian ijazah sarjana di UITM Puncak Perdana. Alhamdulllillah...dah semester akhir. Doakan saya berjaya tamatkan pengajian ini dan graduate seperti dijadualkan.

Terima kasih kerana membantu.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahsa masih buat perangai sama. Dulu halau tenant yang duk hostel sebab nak masukkan budak2 baru. Notis sebulan je. Kelam kabut weols cari bilik sewa. Sebab tu sampai sekarang iols suka sebut Millennium Court. Mr Toh pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori iols ot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la encik sham. Saya sentiasa mendoakan agar ahli-ahli forum ini sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
If me I will definitely tell the truth and then bgtau yang its affecting my health sbb rasa nervous pergi office and tak tahan dgn mental torture. My secret to pass the interview just be honest and jgn sugar-coated dgn jawapan google. Selain tu I selalu highlight yang I need to be realistic and I'm human being as for me kalau company nak hired perfect staff tapi tak nak terima flaw staff tu sendiri which everyone not gonna be perfect
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:48 AM | Show all posts
kesiannya ko sham.. ni dah berjaya dapat kerja baru tak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2020 05:29 PM | Show all posts
terpaling replied at 2-6-2020 11:48 AM
kesiannya ko sham.. ni dah berjaya dapat kerja baru tak??

Belumm..

Dah hampir 5 tahun dah x kerja tetap.

Sekarang drive Grab kat KL..

Tapi kerjaya ni x stabil, x kukuh dan x terjamin.

Antara sebabnya tgk keadaan sekrg...Covid 19. Tu sebab nak jugak cari kerja tetap yg ada gaji bulanan.

Sekrg ni tgh sambung master kat UITM. Doakan final semester habis supaya dpt kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 05:54 PM | Show all posts
Edited by rizalra75 at 6-6-2020 06:00 PM
sharlenetexas replied at 17-4-2020 03:58 PM
Mahsa masih buat perangai sama. Dulu halau tenant yang duk hostel sebab nak masukkan budak2 baru. No ...

Based on my experience, ada unsur racism dlm universiti ni. Tapi bukan semua departmentlah.

Kan ke Mahsa ni milik warga India beragama Islam. Dia sokong kaum dia je. Tempat saya tu golongan dia yg ambil tempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
rizalra75 replied at 6-6-2020 09:29 AM
Belumm..

Dah hampir 5 tahun dah x kerja tetap.

kalau ko ada moto, blh try buat food panda.. rasanya income ok banding dgn bawa grab.. sbb org slalu order mkn kan.. tp rajin sungguh ko smbung master.. moga2 ada rezeki dpt kerja pas habis tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.084562 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list