Edited by OttoVonBismark at 23-4-2020 04:51 PM
Sekian lama pakcik nak bercerita pada korang semua pasal akak Ada Augusta ni. Tapi tak berkesempatan dek karena kajian pakcik tentang dia tak habis habis. Nak memahami pasal dia, apa yang dia buat, kenapa dia tak berapa popular sangat dalam lembaran sejarah. Tambah pulak, bidang kepakaran dia sangat rumit untok orang orang macam kita ni nak paham. Bila sebut pasal pograming atau cakap melayu dia pengaturcaraan, memang zaman sekarang ni ramai yang tahu dan aware, tapi, untuk memahami pograming versi Ada Augusta ni, memerlukan lanjutan pengetahuan dalam matematik jugak.
Cerita kali ni, pakcik dedikasi kan kepada seseorang yang sedang gigih menghabiskan PHD beliau dalam bidang matematik diluar sana. Moga dapat habiskan kajian ilmiah dengan segera dan hasilkan satu thesis kajian yang hebat serta berguna untok masyarakat.
Baik…. Jadi hari ini pakcik Otto nak cerita kat korang semua tentang Countess Ada Augusta, sorang pompuan yang pertama sekali dalam lembaran sejarah menemui asas kepada pograming / pengaturcaraan didalam bentuk full mechanical instead of binary yg kita belajau dan tahu hari ini.
Ada Augusta ni terkenal hebat sebab dia translate paper ssorang saintis italy kedalam bahasa inggeris. Tapiiiii dia tokok tambah dan letak komen pasal kajian saintis itali tu sampai berjela jela dalam nota tambahan dia. Juga dia tulis apa yang dia fikir jauh lebih baik dari idea saintis tu. Dalam komen komen dia tu, secara tak langsung dia dah perkenalkan kepada dunia pasal algorithm dan asas asas kepada pograming. Part ni pakcik akan ceritakan kat bawah bawah nanti.
Nama penuh dia, Countess Ada Augusta Lovelace, masa lahir bapak dia bagi nama Ada Augusta Byron. Bapak dia Lord Byron, seorang bangsawan dan penulis puisi. Juga seorang leader dalam peperangan. Syair dan puisi yang bapak dia hasilkan sampai hari ni dianggap sebagai salah satu hasil karya terhebat sasterawan inggeris yang dibaca oleh budak budak sastera kat england sana. Mak dia pulak, Anne Isabella Noel Byron, seorang ahli matematik dan juga sorang penyair macam bapak dia. Pendek cerita ,memang datang dari keluarga orang ada ada dan orang yang pandai pandai si Ada ni. Ingat lagi pakcik cerita pasal Marie Curie ? Bijak tu turun dari mak, bukan dari bapak. Mak pandai maka pandai la anak dia. Tapi kalau mak pandai dan habiskan masa dengan buang masa buat benda sia sia umpama layan pesbuk wasap insta 24 jam jangan harap la nak hasilkan keturonan yang bijak juga. Maka didiklah anak anak korang dengan sebaik baiknya. Jadikan gaya hidup kita contoh terbaik kepada anak anak. Done pengenalan campur bebel.
Ada lahir pada 10 December 1815. Masa umur dia baru 5 minggu, mak bapak dia bercerai. Bapak dia keluar dari tanah England dan tak balik balik dah sampai la akhir hayat dia. Masa umor Ada 8 tahun, bapak dia mati sebab sakit masa joint peperangan di itali. To be exact, peperangan pembebasan Greek / latin. Peperangan dimana pihak greek yang dibantu oleh England nak bebas merdeka dari jajahan Ottoman Empire. Bapak dia mati muda, umor 36 dah arwah. Jadi tinggal lah Ada berdua je dengan mak dia.
Sepanjang masa kecik, Ada ni boleh dikatakan sorang budak yang tak kenal dunia luau. Dia di kuarantin dalam rumah agam milik mak dia yang besau dan dididik oleh mak dia sendiri. Dengan disiplin cara mak dia, Silibus pun cara mak dia. Bersama sama kena isolate dengan Ada ni, kucing kesayangan dia, Mrs. Puff.Jadi setiap hari si Ada ni akan disuruh belajau sampai berjam jam lamanya. Ada belajau sejarah, sastera, bahasa itali dan beberapa bahasa lain, geografi, muzik, kimia, menjahit, bertukang sikit sikit dannnnn juga bidang kepakaran mak dia, MATEMATIK. mak dia ni memang pandai dalam math sampaikan bapak dia abadikan kepandaian math mak dia ni dalam banyak puisi puisi yang bapak dia tulis. Lord Byron juga panggil bini dia ni "Princes Of Parallelograms"........ mmmm Parallelograms ni macam geometri tu la cuma lebih kompleks. Ye la kot ? Pakcik ahli sejarah bukan matematik. huhuhu.
Masa umor Ada Augusta 11 tahun, mak dia bawak Ada pegi pusing satu Europe selama hampir setahun lebih. Bila balik dari pusing keliling Europe setahun, secara tak langsung Ada ni dah develope satu pemikiran yang matang dan dah jadi seorang pemikir yang berpandangan jauh. Sempat dia buat kajian pasal "Flyology" yg mana dia bayangkan sekor burung kibas sayap dia dengan digerakkan oleh enjin steam. Pendek kata Ada dah develope pemikiran seorang engineer.
Tapi sayang, lepas balik dari Europe tu dia kena demam campak. Tapi kajian hari ni menunjukan yang Ada bukan kena campak tapi penyakit "Encephalitis" satu penyakit pada otak. Tanda dia selalu kena selsema dan sakit kepala. End up dia terbaring kat atas katil selama 3 tahun. Tapi akhirnya Ada Augusta sembuh jugak.
Pada tahun 1835, Ada berkenalan dengan seorang Lord yang berumor 30 tahun. Lord William King Lovelace namanya. Lepas dah berkawan dan kenal kenal beberapa ketika, pada 8 July 1835 mereka berdua pun kahwin. Masa ni Ada Augusta baru berumur 19 tahun. Hasil dari perkahwinan tu Ada lahirkan 3 orang anak. Maka bermula la kehidupan dia sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.... tapi dia tak bazirkan masa yang ada begitu saja. Dia tetap terus belajar benda baharu dalam kehidupan seharian dia. Ini termasuklah belajar naik kuda, belajar main harp, dan tak lupa juga bidang yang dia minat, matematik. Dalam masa ni Ada belajar tentang "spherical Trigonometri" dan juga "Calculus" dari seorang mathematician terkenal, Augustus De Morgan.
Pada tahun 1837, Queen Victoria naik tahta kerajaan England dan jadi Pemerintah kerajaan komonwel. Sebagai salah seorang golongan bangsawan, Ada tak terkecuali dari dijemput berjumpa dengan Queen Victoria. Pada tahun 1838, laki dia Lord William King Lovelace di kurniakan darjah kebesaran dan menyandang gelaran Count. Secara tak langsung menjadikan Ada sebagai Countes Ada Augusta Lovelace.
Sepanjang kehidupan Ada sebagai suri rumah, mak dia tak habis habis berleter pada si Ada ni supaya jaga anak anak dia baik baik, jaga laki baik baik, jaga makan pakai laki dia, jangan sampai laki tinggalkan ko ( Mungkin mak dia regret sebab perkahwinan dia tak lama dengan Lord Byron dan tak nak Ada jadi macam dia ). Mak dia tak habis habis cakap "Mak dah tua, mak selalu sakit sakit nak, ko jaga la cucu mak ni baik baik" haaa gitu la antara leteran mak dia asyik cakap dia dah tua sakit sakit, tapi mak dia mati umor 64 juga la. lama juga hidup. Disamping tu Ada pun selalu sakit sakit membuatkan keluarga tu tak berapa nak happy sepanjang kehidupan mereka.
Tapi pada tahun 1841, Ada rasa diri dia dah betul betul sembuh, dan mampu untuk meneruskan pelajaran dia dalam matematik semula. Dia selalu membayangkan bagaimana kehidupan dia dimasa akan datang, dan nak lakukan sesuatu yang hebat yang sekaligus tinggal kan hasil kerja yang hebat dalam lambaran sejarah.
"Saya yakin, diri saya ni ada satu kombinasi gabungan antara kualiti dan pemikiran yang
paling unik sekali dan dapat reveal banyak rahsia alam semesta yang masih tak diketahui"
- Ada Augusta Lovelace -
Baik, tamat bab pengenalan, kita masuk pula bab hasil kerja Ada Augusta ni.
Kalau kita baca rantaian sejarah tentang Ada Augusta ni, nama dia akan sebaris dan saling berkait rapat dengan Charles Babbages. Siapa Charles Babbages ? Dia ni adalah seorang ahli matematik, ahli falsafah, mechanical engineer, pereka, dannn yang paling penting, dia la yang memulakan idea konsep asas kepada digital pograming dalam komputer. Dia grad studen dari universiti Cambridge, dalam subjek matematik dan tak lama lepastu dia manjadi pioneer kepada matematik modern yang kita balajau hari ni. Bersama sama kawan baik dia, John Herschel ( Bapak si Herschel ni manusia yg jumpa planet Uranussss ) dan George Peacock ( Pioneer Abstract Algebra ) sama sama buat kajian pasal "Analytical Society".
Kira memang hebat la pakcik Babbages ni. Tapi banyak idea idea hebat Charles Babbages tak diterima pakai di England. Walaupun begitu, idea si Babbages ni diterima oleh negara lain. Italy contohnya. Jadi pada tahun 1840, Dia dijemput ke Itali untuk bagi syarahan tentang salah satu idea dia berkenaan dengan Analytical Engine kat sebuah negeri dalam itali bernama Turin. Sebelum ni Babbages tak pernah ambik serius pun pasal Analytical Engine ni, tak pernah publish apa apa paper pasal ni dan tak pernah buat kajian yang mendalam pun pasal ni. Tapi masa kat Turin, dia tiba tiba nak bagi syarahan pasal idea yang dia pendam selama ni.
Nak jadi cerita, ada seorang budak muda yang datang kekelas si Babbages pasal Analytical Engine kat Turin ni, nama dia Luigi Menabrea. Dia ni Engineer dalam bidang ketenteraan kat itali. Dia tulis banyak nota nota sepanjang syarahan si Charles Babbages. 2 Tahun lepas dia dengau ceramah pasal Analytical Engine kat Turin, pada Oktober 1842 dia mula tulis balik satu kajian yang lebih mendalam pasal Analytical Engine berteraskan kepada nota nota yang dia ambil masa si Babbages bagi ceramah dulu dalam bahasa Perancis. Kalau korang nak tau, 27 tahun lepas tu si Luigi Manabrea ni jadi Perdana Menteri Itali.
Balik ke kisah Ada Augusta. Bila si Ada terbaca hasil kajian ilmiah si Luigi yang ditulis dalam bahasa Perancis, Ada ambik keputusan nak translate paper tu kedalam bahasa inggeris dan nak publish kat British Publication. Beberapa tahun lepastu, Charles Babbages terkejut sebab kajian dia dah ada orang buat kajian lagi dalam dan siap ada translate lagi kedalam english. Jadi dia cadangkan supaya Ada Augusta continue translate paper tu, cuma dia tak jangka yang Ada akan pegi lagi jauh. Ada pun tak pikir yang dia boleh. Tapiiiiii..... pada bulan februari 1843, Ada berjaya habiskan kerje translate paper dari bahasa perancis ke english tu siap dengan nota tambahan lagi dari Ada Augusta. haaa.... dan kalau nak tau, nota tambahan si Ada ni 3 kali lebih panjang dari artikel asal. Yang mana Ada menjelaskan dengan begitu terpeinci dan memperbetulkan beberapa kelemahan didalam idea Analytical Engine tersebut. Juga ditambah idea idea dari kepala otak Ada Augusta sendiri.
Dalam surat surat seterusnya dari Ada Augusta kepada Charles Babbages, dia banyak menokok tambah beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk dimasukkan dan diperbaiki. Si Ada ni katanya tak boleh nak kontrol sifat ingin tahu dan dia rasa tak sempurna selagi dia tak keluarkan apa yang dia fikir. Jadi, apa sebenarnya Analytical Engine ni ? hmmm... gini la ye... yang pakcik faham, ianya sabuah mesen untuk proses complex calculation ( pengiraan rumit leer ) dalam menjawab permasalahan dalam matematik. Contoh paling mudah, paaaaling mudah paling simple hari ni adalah kalkulator saintifik. haaa gitu le. Tapi ini fully mechanical tau. Tapi contoh paling baik yang pakcik boleh berikan disini adelah pada software woflram mathematica. Kita masukkan beribu ribu input data dan mesen tu akan proses sekali dengan kira siap siap segala kiraan matematik yang kita pernah belajau. Bila mengetahui benda ni fully mechanical pakcik sangat amazed sebenaunya niii.
Bermula dari menyampaikan pandangan, Ada mula mengutus berpucuk pucuk surat kepada Charles Babbages. Semuanya berkenaan dengan idea idea dari Ada sendiri yang membuatkan Babbages sangat kagum dengan hasil kerja Ada. Ada selalu akan gunakan nama A.A.L di setiap akhir surat dia yang membawak maksud Ada-Augusta-Lovelace. Situasi ni berlanjutan sehingga bertahun tahun dan Charles Babbages sendiri dapat semangat untok menyiapkan mesen kira kira dia. Tapi tak lama lepas tu Babbages dah tak terima apa apa surat dari Ada lagi. Memang dah takdir, unur Ada tak panjang. Kalau diikutkan, si Ada ni memang dari kecik asyik sakit sakit je. Asma la, lelah la, demam campak la, dan macam macam lagi penyakit dia dapat.
Ada Augusta Lovelace menghembukan napas dia yang terakhir pada 27 November 1852. Umor dia baruuu je 36 tahun masa tu. Doktor sah kan dia mati karena Kenser Uterine. Ramai sejarahwan mengesahkan punca uterine kenser si Ada ni sebab dia selalu buat pemindahan darah. Pada zaman tu isu hygine ni dah jatuh no 2 pakcik rasa dan tak banyak peralatan perubatan yang maju macam hari ni. Kisah tragik dia, dia mati didepan mak dan anak anak dia je. Laki dia tinggal kan dia. IKut cerita orang tua tua, sebelum Ada mati, dia ada ceritakan sesuatu kat laki dia. Rahsia yang dia simpan selama bertahun tahun katanya. Perkara tu membuatkan laki Ada ambik keputusan untok tinggalkan Ada. Tapi sampai kehari ni sorang pun tak tau apa kebenda rahsia nya yang Ada cakap kat laki dia tu.
Dah tentu, kematian Ada meninggalkan kesan yang amat dalam pada Charles Babbages juga kepada kajian kajian dia. Babbages banyak bergantung harap pada idea idea bernas dari si Ada. Bilamana Ada Augusta meninggal, dia perlahan lahan menghentikan kajian dia terhadap mesen kira kira dia. Ada pulak, disemadikan di sebelah kubor bapak dia kat Gereja St. Mary Magdalene, di Nottinghamshire England. Dia sendiri yang rekuest untuk dikuborkan kat sebelah bapak dia.
Kesah kesah penglibatan si Ada ni dalam dunia matematik sebenarnya amat panjang untuk dirungkaikan. Cerita cerita sepanjang dia berhubung surat dengan Charles Babbages penuh dengan inspirasi dan penemuan baharu dalam dunia pengaturcaraan, algoritma dan juga menjadi asas utama kepada pembaharuan komputer moden yang kita pakai hari ni. Kiranya, Ada ni secara tak langsung dah merevolusikan dunia komputer jauhh selepas kematian dia. Selepas Charles Babbages pulak mati pada tahun 1871 di usia 79 tahun, Kajian dia terbengkalai macam tu je. Orang dah mula lupakan pasal Analytical Engine dia. Sebab dia tak sempat pun nak buat prototype mesen dia tu untuk diuji dan di tunjokkan kepada dunia betapa hebatnya hasil ciptaan dia dan idea idea asal dari Ada Augusta sendiri.
Pada masa yang sama, Mechanical komputer terus berkembang tapi dengan konsep yang lain, jauh berbeza dari konsep dan idea asal yang ditunjukan oleh Charles Babbages dan Ada. Ramai je yang lepas waktu Ada dan Babbages ni buat mesen kira kira rumit untok mudahkan para matematik untuk buat pengiraan. Cuma dengan konsep yang berlainan. Saaaaammmmmpai la muncolnya zaman penemuan electromechanical daaannn seterusnya masuk kezaman elektronik. Dari zaman "vacume tube" digunakan sebagai transsistor, sampai la masuk ke zaman orang jumpa macam mana pasir tu ( silicon ) boleh jadikan berjuta juta transistor ganti vacume tube.
Sehingga la masuk abad baru lepas tu, pada tahun 1940 an manusia mula paham apa itu pograming yang sebenaunya, gunanya kat mana, kaitan dengan algoritma, dan masa ni laaaa hasil kerja kerja Charles Babbages dan nota nota dari Ada Augusta dijumpai semula dan start dikaji dengan jauh lebih mendalam lagi... Lamaaa lepas mereka berdua ni mati.
Alan Turing start baca nota nota Ada pada tahun 1950. Dia buat test paper berkenaan Ada ni bertajuk "Lady Lovelace Objection, - An AI Can't Originate Anything". Pada yang maseh tak kenal Alan Turing, dia ni la yg pecahkan kod nazi German pada mesen "Enigma" dan dia la yang buat komputer pertama boleh predict encryption puak nazi. Tengok la movie "The Imitation Game" si Benedict Cumberbatch belakon jadi Alan Turing. Best. Pakcik rekomen 100% gambaq wayang ni kat hampa. hehehe.
Bertram Bowden, sorang Nukler Fizik british yang joint dalam bidang komputer dan tak lama lepas tu jadi menteri Pelajaran dan Sains kat UK pada tahun 1953 pun sekali lagi buat "re-discover" pasal acik Ada Augusta. Dia buat kajian ilmiah pasal Ada Augusta dengan buku dia yang bertajuk "Faster Than Though" (Buku Pasal Komputer laa), dia pegi jejak keturonan Ada ni sampai la ke anak cucu si Ada Augusta.
Hari ni, waris keturonan Ada Auguata Lovelace banyak dapat hadiah hadiah Posthumous dek karena jasa jasa yang Ada bagi pada dunia perkomputeran, khususnya dalam bidang pograming. Hadiah Posthumous ni hadiah untok kenang jasa org yang dah mati yg masa dia hidop kita tak nampak pun jasa dia masa tu. Ada pakcik ceritakan dalam kesah pasal Vassili Arkhipov. Anak anak si Vassili pon dapat hadiah posthumous jugak sebab bapak selamatkan dunia dari World War 3. Tak cukup dengan tu, Pihak MIlitary And Defence kat amareka sana diorang cipta satu bahasa pengaturcaraan yang baru dan namakan pograming language tu dengan nama "ADA" sempena nama si Ada Augusta ni pada tahun 1980.
Apa yang pakcik dapat simpulkan disini, Ada ni datang dari famili yang kaya raya, anak orang berada. Dia tak perlu nak kerja untok seumor hidup dia pun. Tapi dia ada satu vision dan pemikiran yang jauh mendepani zaman dia. Nak bagi sesuatu kepada dunia instead of perabih boreh waris keturonan dia. Jadila seperti Ada, apa legasi yang bakal kita tinggalkan untok maslahat umum sama ada dimasa sekarang atau pun dimasa akan datang. Pakcik ? Cukopla dengan bercerita kat korang kesah kesah teladan yang boleh dipetik dari tokoh tokoh sejarah yang ramai dari kita tak tahu. Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. The problem is, nama yang baik atau nama yang burok ? Jadi berbakti la kepada masyarakat selagi boleh. Macam biasa, Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. Mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark -
|