Assalamualalikum. Saya nak minta pendapat dan pertolongan dari semua forumer.
Tulisan sy agak panjang. Mohon sabar membaca dengan ayat yg tunggang langgang.
Kisahnya begini..saya mempunyai seorang abang berusia 36 tahun belum berkahwin dan seorang penagih. Sy kurang pasti dadah apa yg diambil tp kemungkinan dadah yg biasa blh didapati oleh anak2 muda di kampung. Dah lama dia terjebak dengan masalah ini. Hampir 15 tahun. 4,5 tahun lepascada masa masa tertentu dia jadi agresif. Bergaduh dengan adik lelaki,tak tidur malam dan kuat bersembang. Tapi bukan selalu. Dalam 3,4 bulan sekali dia akan jadi begitu. Mungkin dos yang diambil tinggi. Kami sekeluarga dan sedara mara tak pernah lepas tangan. Kami selalu menasihati dia dan dia memang menyesal namun dia tiada kekuatan diri. Dulu dia sendiri yang sukarela utk belajar di pondok luar daerah supaya dpt lari dari kwn2 dan dpt tinggalkan ketagihan.
Balik dr mengaji pondok,dia terlibat semula. Kemudian dia juga minta bantuan kami utk hantar ke CCRC daerah. Alhamdulillah ada perubahan namun tempoh di sana hanya 6 bulan. Tak lama kemudian dia terjebak semula. Selepas beberapa tahun, lagi sekali dia daftar diri di CCRC yg sama. Kali ini selepas 2 hari di sana, kemudian pegawai di sana call keluarga utk bawa pulang dia kerana katanya dia cuba mencederakan roomate( mencekik).jadi mereka tidak dpt menempatkan abg sy kerana bimbang akan mencederakan penghuni lain. Pegawai memaklumkan abg sy jadi begitu kesan tidak mengambil baham trlarang (sy tak pasti apa jenis dadah yg diambil).
Esoknya saya dan mak terus bawa pulang dia dan kami sedih melihat keadaannya yg spt kurang waras. Pegawai mencadangkan utk kami bawa dia ke hospital utk pemeriksaan mental. Sampai di hospital, doktor kata tiada masalah mental tp kami tahu itu adalah kesan dadah yg diambil. Di hospital Ada ketika dia sedar ada ketika dia bercakap sorang sorang. Prjmpaan dgn doktor seolah tidak membantu. Doktor seakan mengganggap ini kes ketagihan bukan sbb masalah mental yg mencederakan atau blh mengganggu ketenteraman awam.
Sy dan ibu pulang dengan agak kecewa. Slps kejadian itu, dia semakin pulih kerana mungkin dia kurangkan pengambilan barang atau dah bertukar kpd barang lain. Begitulah kehidupannya sehari hari. Kami tahu dia masih belum berhenti menagih cuma dia mengawal pengambilan.
Selepas kejadian di CCAC, hampir 15 bulan kemudian dia start buat perangai. Dalam pukul 1 pagi polis call adik mengatakan dia ditahan polis. Sebab penahanan ialah kerana dia berada di belakang sebuah rumah di kawasan semak samun di kampung sebelah dan tuan rumah mengesyaki pencuri. Polis memaklumkan semasa ditangkap dia bagitau dia nak minta ibu saya balik sebab dia nampak ibu sy berada di situ ketika itu. Polis tidak mengesyaki yang dia hendak mencuri disebabkan masa jumpa dia bercakap sorang2 mcm org kurang waras. Lagipun sebelum ini dia pernah ditahan beberapa kali kerana penyalahgunaan dadah namun dibebaskan. Polis memang mengesyaki ini adalah berpunca dr dadah. Semasa ditahan, dia bercakap sorang sorang dan memanggil ibu sy sedih kami melihat keadaan itu. Kami juga yakin dia x berniat nak pecah masuk rumah org atau berniat mencuri sbb dalam wallet dia ada dlm rm130 semasa ditangkap.
Itulah 2 peristiwa yg kami rasa memang dia terlebih dos. Selepas kejadian itu dia sudah tidak lagi meracau namun masih ketagihan. Aktiviti seharian juga normal cuma ada masanya dia tidak tidur malam dan memang kami tahu dia mengambil barang.
Ingin sy ceritakan sikapnya walaupun dia seorang penagih. Kami tahu dia cuba sedaya upaya utk tinggalkan semua tu tp tak ada kekuatan dan pengaruh kwn. Ke pondok, ke ccac semua itu adalah usaha dia utk lari dr ketagihan. Dia juga pernah mencari krja di luar negeri kami, tapi tak lama. Selepas projek selesai, dia trpaksa pulang. Kemudian masih teruskan aktiviti itu.
Sebenarnya kami sekeluarga dan sedara mara mmg menyayangi dia kerana sikapnya yg baik dan byk menolong. Kerana sikapnya itu kami semua amat sedih kerana dia sudah tidak mampu mengawal diri dari ketagihan. Sy tgh berusaha utk membantu dia. Kalau forumer ada cadangan atau jln penyelesaian mohon lah bagitau.
Kami puas memikirkan di mana tempat atau pusat rehabilitasi di Malaysia yg boleh utk dia pergi secara sukarela. Dgn keadaan dia skrg yg blh dikatakan tegar, CCAC mungkin sudah tak mahu terima.
Kami sanggup menghantar walaupun jauh. Dia juga bersetuju. Mohon jgn kecam atau komen kami ni bodoh masih pelihara mayat hidup atau apa2 komen yg biasa didengari apabila ada ahli keluarga yg menjadi penagih. Sy mohon bantuan dan pandangan semua. Sy cuba berusaha kerana sy sbg adiknya nampak masih ada sinar utk dia kembali spt biasa.
Maaf kalau ayat tunggang langgang. Sy dah stress yg terlampau memikirkan hal ini. |