Tanam Sendiri Bawang Merah. Cukup Mudah & Cepat. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Confirm Menjadi!
Memadangkan sekarang harga bawang tak masuk akal, apa kata cuba tanam sendiri di rumah. Caranya pun mudah dan cepat. Dua bulan ditanam dah boleh dituai. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian dari Ras Abdullah.
.
TANAM SENDIRI BAWANG MERAH
Kerdit info dan gambar:
Puan Azlina Mat Lazim
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dgn nisbah 2:1
*Pasir =2 bahagian campur Tanah berkebun=1bahagian.
Tanam di tempat terbuka.
Musim panas,siram cukup2 saja, jgn siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
.
Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
.
Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
.
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain2 baja yg di fikirkan baik.
.
.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yg siap diguna. sumber
.
kan haha.apa salahnya tengok2 aje
mana tau satu hari akan datang ada hobby
nak cari peluh2 gitu,macam arwah atok
saya,rajin cari2 peluh,tanam itu ini,dan
bersihkan kebun kecil 'sekankang kera'
tepi rumah dia nak bagi 'bersenam sehat' hehe
Post time 30-5-2020 06:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 30-5-2020 10:33 AM
Tak. Seriously. Iols mmg tak reti tanam. Tak menjadi. Iols dah cuba. Iols cuma boleh beli dan maka ...
Ada org memang macam tu, tangan panas org tua cakap. Asal tanam je tak menjadi. Iols amal masa nak tanam pokok niat dulu, selawat & bismillah siap2. Alhamdulillah menjadi
aha,kita kena keluar2 sikit kena panas matahari tu
bagi badan peluh2,otak makin sehat haha
wah ah so ke yang cakap gitu tu jiran awak?
chinese ni rajin,ada aje kerja2 luar rumah dia buat
itu belum cerita tai chi lagi,kagum dengan dia orang
dah tua2 ada group macam tu..dengan entah mandi
ke taknya,bangun tidur terus tai chi