CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5557|Reply: 3

DATA INTERNET SELALU HABIS?INI TIPS JIMATKAN JUMLAH PENGGUNAAN ‘MOBILE DATA...

[Copy link]
Post time 8-6-2020 04:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 31-10-2021 03:55 PM

5 Langkah Penjimatan Penggunaan Data Internet Sepanjang Tempoh PKP


Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk ke minggu kedua dan akan berterusan selama dua minggu sahaja lagi. Kami yakin selepas dua minggu ramai sudah mempunyai rutin bekerja dari rumah yang memastikan kelangsungan kerjaya dan mengimbangi tanggungjawab domestik tanpa perlu menggunakan suara Doraemon.


Bagi membolehkan proses kerja dari rumah dilakukan tanpa sebarang masalah, syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara telah menawarkan kuota data Internet percuma sebanyak 1GB di antara jam 8 pagi hingga 6 petang sepanjang tempoh PKP bermula hari ini.
Namun ada juga pihak yang berpendapat, penawaran data percuma sebanyak 1GB ini terasa agak terhad dan tidak mencukupi terutamanya untuk yang kaki Internet. Tetapi tahukah anda, sebenarnya ia bukanlah satu masalah besar sebaliknya banyak cara dan langkah mudah untuk mengurus penjimatan penggunaan data ini? Berikut penulis senaraikan beberapa langkah mudah yang boleh membantu meminimumkan penggunaan data anda berbanding kebiasaan.

1) Tetapkan Had & Matikan Data Mudah Alih Secara Automatik




Ini salah satu cara yang paling mudah yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan jumlah data yang digunakan. Anda boleh mengehadkan penggunaan data mudah alih secara terus menerusi tetapan pada peranti. Di sini anda boleh melihat dan menguruskan penggunaan data dengan bijak. Melaluinya, anda boleh menetapkan jumlah maksimum data yang boleh diakses untuk tempoh masa tertentu dan peranti akan menyahaktifkan fungsi data mudah alih secara automatik sekiranya penggunaan data melebihi kapasiti yang ditetapkan.


Selain itu, terdapat juga tetapan penjimatan data di mana menghalang aplikasi daripada menggunakan data di belakang tabir tanpa anda ketahui. Untuk mengehadkan pengguna data pada peranti Android dan iOS sila ikuti langkah-langkah di bawah.


iOS
Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Low Data Mode
Android
Settings > Connections >Data Usage > Mobile Data Usage > Tekan ikon Gear. Dari sini terdapat dua tetapan yang boleh dipilih. Set data warning  untuk memberikan amaran apabila penggunaan data melebihi had yang ditetapkan pengguna. Set data limit pula mematikan Internet sebaik sahaja kuota data yang ditetapkan dicapai. Dengan dua ciri ini anda tidak perlu risau terlebih menggunakan data harian.



2) Hadkan Penggunaan Aplikasi Penstriman



Kebanyakan video yang dimuat naik ke dalam laman sesawang kadang kala bersaiz besar dan mampu menghabiskan kuota data dengan cepat terutamanya aplikasi YouTube. Oleh itu, anda disarankan untuk menonton video pada definisi yang lebih rendah kerana semakin besar kualiti video makan semakin banyak data Internet anda akan digunakan.
Banyak aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube menawarkan mod penjimatan secara terbina bagi mengurangkan penggunaan data. Melalui tetapan ini, video yang dipaparkan mungkin bukan terbaik tetapi boleh memastikan penggunaan data yang lebih optimum. Cara mengaktifkannya adalah seperti di bawah.


YouTube


  • Android  :  Account >  Settings > General > Limit Mobile Data Usage
  • iOS : Account >  Settings > Play HD on Wi-Fi only
Netflix
  • Android : More > App Settings > Video Playback > Cellular Data Usage > Save Data
  • iOS : More > App Settings > Cellular Data Usage > Save Data


3) Aktifkan Mod Penjimatan Secara Terbina Pada Aplikasi






Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan antara aplikasi yang menggunakan data yang tinggi pada sesebuah peranti mudah alih. Pun begitu, aplikasi ini telah menyertakan fungsi penjimatan data secara terbina yang dapat membantu mengurangkan penggunaan data.
Sebagai contoh Facebook, aplikasi ini mempunyai ciri ‘data saver’ secara terbina yang mana apabila diaktifkan ia akan mengurangkan kualiti imej dan menyekat video daripada dimainkan secara automatik. Selain itu, fungsi automain ini juga boleh dinyahaktifkan menerusi tetapan.
Untuk Instagram pula, anda boleh mengurangkan jumlah data yang digunakan menerusi tetapan tersedia. Klik pada Profil > Settings > Account > Mobile data use > Use Less Data. Melalui tetapan ini, video akan mengambil masa lebih lama untuk dimuat naik apabila menggunakan sambungan selular.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba beberapa aplikasi media sosial yang ringan dan bersaiz lebih kecil seperti Facebook Lite, YouTube Go, Messenger Lite, Twitter Lite dan banyak lagi. Aplikasi – aplikasi seperti ini tidak memakan data yang banyak apabila digunakan sekaligus sedikit sebanyak dapat bantu menjimatkan penggunaan kuota Internet.


4) Nyahaktifkan Kemas Kini & Fungsi Muat Turun Media Secara Automatik





Perasan atau tidak? Anda akan menerima pemberitahuan setiap kali versi kemas kini baru tersedia untuk peranti dan kebiasaannya ia akan dilakukan secara automatik. Sebaiknya, anda disarankan untuk menyahaktifkan tetapan ini kerana kemas kini secara automatik menelan sejumlah data yang besar. Untuk menyahaktif, anda hanya perlu buka aplikasi


Google Play Store
Dari dalam aplikasi – Settings > Auto-Update apps > Do not auto update apps.
Apple App Store
Dari Settings > iTunes & App Store > Automatic Downloads > App Updates > Matikan
Melalui tetapan ini juga, anda boleh menetapkan kemas kini secara manual dan kemas kini aplikasi hanya menggunakan Wi-Fi untuk penjimatan lebih menyeluruh.


Pada masa sama, anda juga disarankan untuk menyahaktifkan fungsi muat turun media secara automatik pada aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi penjimatan data lebih baik.
WhatsApp
  • Android : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > When using mobile data > Nyahpilih semua.
  • iOS : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > Pilih Never on setiap kategori Photos, Audio, Videos dan Documents.
Telegram
  • Settings > Data & Storage > Automatic Media Download


5) Matikan Data Mudah Alih Apabila Tidak Digunakan






Langkah paling mudah! Matikan data mudah alih anda apabila tidak digunakan. Cara ini secara tidak langsung membantu anda menggunakan data mudah alih secara minima terutamanya pada kuota yang terhad. Selain itu, anda juga disarankan untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk aplikasi yang tidak diperlukan.



Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk mengurangkan penggunaan data pada peranti mudah alih terutamanya untuk kuota yang terhad. Adakah ia membantu anda? Kongsikan pendapat anda dengan kami di ruangan komen di bawah! Sekadar selingan, jangan lupa tebus data Internet berkelajuan tinggi 1GB data percuma mulai hari ini!. Jaga diri dan kekal tenang duduk di rumah masing – masing bagi menangani penularan COVID-19 di negara kita.



sumber



Dunia hari ini, tak kira tua atau muda amat sukar untuk dijarakkan dengan sambungan Internet. Jika dulu, kita sering menambah nilai pada telefon bimbit untuk kegunaan panggilan atau mesej, hari ini ia lebih menjurus kepada belian data internet.

Walaupun banyak pelan dengan data tanpa had sudah disediakan hari ini, ada juga di antara kita yang berasa tidak perlukannya. Ini kerana selalunya pelan data tanpa had mengenakan cas yang lebih tinggi atau kelajuan internet yang terhad.

Sehubungan dengan itu, kali ini kami akan kongsikan beberapa tips untuk penjimatan data mudah alih bagi mereka yang tidak menggunakan pelan data tanpa had.

1.Aktifkan mod “Penjimatan Data” pada aplikasi



Kebanyakan aplikasi popular hari ini mempunyai mod penjimatan data atau yang serupa dengannya. Sebagai contoh, WhatsApp dan Facebook membolehkan pengguna menetapkan untuk memuat turun atau memainkan media secara automatik atau tidak.


Maka, bagi menjimatkan data internet, pastikan anda mengaktifkan mod penjimatan data pada aplikasi seperti ini.

2.Sentiasa menyemak kadar penggunaan data



Setiap peranti membolehkan pengguna untuk menyemak kadar penggunaan data bagi setiap aplikasi yang digunakan. Dari situ, kita dapat mengesan aplikasi mana yang menggunakan data dengan banyak dan lakukan sesuatu mengenainya.

Sebagai contoh, sekiranya banyak menggunakan aplikasi YouTube, mungkin kita boleh memikirkan untuk beralih ke pelan internet yang menawarkan data khas atau tanpa had untuk YouTube.

3. Tonton video pada definisi yang lebih rendah





Menonton video pada definisi tinggi memang menyeronokkan namun ia juga akan menggunakan lebih banyak kuota internet anda. Oleh itu jika tidak keberatan, rendahkan sedikit definisi video yang ditonton.

Menonton video pada definisi 480p juga sebenarnya sudah cukup memuaskan.


4. Gunakan WiFi selagi boleh



Mungkin ada yang mempersoalkan mengenai tips ke-empat ini. Namun, ada diantara kita yang enggan menggunakan WiFi walaupun ianya tersedia atas alasan sambungan data mudah alih adalah lebih pantas.

Kalau lepak kedai mamak pun, boleh gunakan WiFi yang disediakan. Jangan malu bertanya sekiranya tidak menjumpai kata laluan ditampal di mana-mana.

Demikian sahaja sedikit tips dan langkah mudah bagi membantu anda untuk menjimatkan penggunaan data internet mudah alih anda.

Untuk rekod, selepas mengaplikasikan empat langkah ini, kuota internet 5GB/bulan saya dapat digunakan sehingga tamat tempoh langganan.

Jangan lupa untuk kongsikan juga tips atau cara yang anda lakukan bagi menjimatkan data internet anda bersama kami. Selamat mencuba!


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2020 12:26 PM | Show all posts
Kalau fb selalu autoplay video,boleh pegi dkt setting pastu,data saver n pilih utk x autoplay video....aiols juga akan pilih tidak utk wifi jugak sbb kdg2 gune hotspot kat hp lg satu.....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 12:27 PM | Show all posts
Ade sesape tau cmne tak nak autoplay video kat IG?leh share2....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:11 PM | Show all posts
Saya subscribe "unlimited"-data  postpaid U Mobile "Home" GX50 4G LTE pelan pon  sejak Jan 2019 = 5Mbps, unlimited local voice calls  dan limited  hotspot quota 5GB at RM50 sebulan. Saya tak payah terlalu jimat data 4G LTE. Lokasi rumah saya baik = dapat 4 bar out of 5 bar 4G signal strength.

Masa sekarang, stream Youtube video terhad kepada 1080p/FHD/3Mbps dan tiada monthly FUP limit.

Berbaloi pakai pelan pon ini kalau ada U Mobile network coverage untuk kawasan2 anda.

Dulu saya kena bayar TM Home Streamyx RM99 sebulan untuk "unlimited"-data 1Mbps, "unlimited" hotspot data dan limited local calls.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.519782 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list