CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4942|Reply: 6

Lancong Tidak Sama Dengan Lancung

[Copy link]
Post time 12-6-2020 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 12-6-2020 02:07 PM




KATA-KATA yang dibincangkan kali ini adalah antara kata yang sering dikacaukan orang penggunaannya. Malah, ada kalangan pengguna bahasa Melayu yang tidak sedar akan wujudnya kata lancong bagi maksud "pergi melawat untuk bersenang-senang atau berehat-rehat".

Untuk maksud itu, banyak kalangan pengguna bahasa Melayu yang menggunakan kata lancung tanpa menyedari bahawa kata lancung mempunyai erti yang jauh berbeda. Oleh itu, keraplah kita temukan ayat seperti yang berikut ini:

> Rakyat Malaysia digalakkan melancung di dalam negeri.


> Peristiwa  pengeboman WTC di  New York, Amerika Syarikat telah menjejaskan sektor pelancungan di negara itu.


> Bilangan agensi pelancungan yang menyediakan pakej lawatan ke China semakin  meningkat.


> lstana Negara sentiasa menjadi tumpuan pelancung asing.


Jelas bahawa kata melancung, pelancungan, dan pelancung yang digunakan dalam keempat-empat ayat itu oleh penulis atau penuturnya adalah berkaitan dengan aktiviti pergi melawat untuk bersenang-senang.


Namun, untuk maksud itu, kata yang sepatutnya digunakan  oleh  penulis atau penuturnya ialah melancong, pelancongan dan pelancong.

Ayat-ayat itu baru betul apabila ditulis atau diungkapkan seperti yang berikut ini:


> Rakyat Malaysia digalakkan melancong di dalam negeri.


> Peristiwa pengeboman WTC di New York, Amerika Syarikat telah menjejaskan sektor pelancongan di negara itu.


> Bilangan agensi pelancongan yang menyediakan pakej lawatan ke China semakin meningkat.

> Istana Negara sentiasa menjadi tumpuan pelancong asing.


Makna kata lancong, melancong sudah dinyatakan di atas, iaitu "pergi melawat untuk bersenang-senang atau berehat-rehat".

Kata pelancongan pula mendukung makna "hal-hal tentang urusan melancong"; "perbuatan melancong"; "perjalanan untuk melancong".

Makna kata pelancong ialah "orang yang melancong".

Jadi, apakah pula makna kata lancung yang kerap menjadi pilihan pengguna bahasa Melayu untuk maksud melancong itu?

Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM yang diterbitkan oleh DBP memberikan makna yang jelas untuk kata ini, iaitu "tidak tulen; tiruan; palsu" dan "tidak sungguh-sungguh; tidak jujur; curang".


Daripada kata lancung itu, terbitlah kata melancungkan, lancungan dan kelancungan.


Kata melancungkan bererti "membuat sesuatu menjadi palsu, memalsukan"; lancungan pula bermakna "barang palsu atau tiruan"; manakala kelancungan mendukung makna "keadaan atau hal palsu, kepalsuan"; "keadaan atau sifat curang, kecurangan".



Sekarang, perhatikan penggunaan kata lancung, melancungkan, lancungan dan kelancungan yang tepat dalam ayat-ayat yang berikut ini:


> Wang lancung RM50 dikatakan banyak diedarkan di negara ini.


> Pekerja yang lancung wajar dipecat daripada jawatannya.


> Selain mengedar dadah, warga asing itu terbabit dalam kegiatan melancungkan kad kredit.


> Pihak polis merampas semua pasport yang dilancungkan oleh wanita itu.


> Semua barangan yang dijadikan hadiah dalam pesta ria itu lancungan semata-mata.


> Kelancungan barang kemas yang dipakai wanita itu sukar dibuktikan.


> Drama itu mencuba menelanjangi kelancungan manusia dalam kehidupan moden ini.


Berdasarkan penjelasan tersebut serta ayat-ayat contoh yang diberikan, terbuktilah bahawa kata lancung tidak ada kaitan sama sekali dengan aktiviti pergi melawat untuk bersenang-senang. Sebaliknya, aktiviti lancung lebih banyak menimbulkan rasa tidak senang dan kesusahan kepada kita.


Sumber: Awang Sariyan, 2008, Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar, Edisi Kedua, Petaling Jaya; Pearson Longman.

Ruangan ini diselenggarakan dengan kerjasama DBP.


sumber

-----------------------------------

saya baca banyak kali pening2 gitu
korang bacalah,kalau tak pening
syabas la hehe



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 04:10 PM | Show all posts
Teringat zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Melayu selalu ulang-ulang pasal ejaan lancong & lancung ni.  Ramai yang cuai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas maklumat ini. Dulu2, penulisan bahasa melayu ada penggunaan 'e' pepet.. Tapi dah ditiadakan. Jadi, dari segi penulisan, sukar untuk membezakan bunyi perkataan tu, melainkan dengan memahami sebahagian ayat. Contohnya, rendang.
Rendang 1- sejenis masakan melayu
Rendang 2-rimbun pokok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 04:58 PM | Show all posts
NekNgah replied at 12-6-2020 04:10 PM
Teringat zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Melayu selalu ulang-ulang pasal ejaan lancong & lancung ni ...

kalau ikut kan sebutan kita seharian tu,melancOng lebih tepat kot
tak la kita sebut melancUng ,kelakar bunyi dia hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 05:19 PM | Show all posts
najib888 replied at 12-6-2020 04:56 PM
Terima kasih atas maklumat ini. Dulu2, penulisan bahasa melayu ada penggunaan 'e' pepet.. Tapi dah d ...

macam rendang kan senang juga kan nak ingat..sebab beza makanan dan pokok

yang melancong ni pening sikit hehe

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 12-6-2020 05:19 PM
macam rendang kan senang juga kan nak ingat..sebab beza makanan dan pokok

yang melancong ni pen ...

Betul juga tu.. Jarang2 nak buka kamus.. Hehehe

Dulu2 masa tingkatan 2, pernah kena denda dgn cikgu BM pasal perkataan2 mcm ni la. Antara yg masih diingat:

1.tuntun dgn tonton
2. Garuda dgn geroda
3. Murtabak dgn martabak
4. Lancong dgn lancung
5. Baru dgn baharu

Rupanya, kita ni bnyk guna perkataan sambil lewa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2020 04:13 PM | Show all posts
najib888 replied at 13-6-2020 11:06 AM
Betul juga tu.. Jarang2 nak buka kamus.. Hehehe

Dulu2 masa tingkatan 2, pernah kena denda dgn c ...

bukan apa ,kita ni banyak fikir tentang kerja, cari rezeki
ni wabak corona lagi dan lain2..benda2 mcam ni
kita kurang fikir sangat hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.867403 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list