Edited by trunks at 16-7-2020 07:07 PM
Pasti ramai para mak-mak yang dah biasa beli ayam mentah di pasar raya atau pasar biasa. Adakalanya ayam yang baru dibeli akan berbau jika tidak diproses dengan cepat. Oleh itu untuk mengelakkan ianya berlaku pasti para mak-mak akan mencucinya terus setelah pulang dari pasar.
Tetapi ada juga di kalangan mereka yang tidak mencucinya terus kerana tidak sempat, dan terus simpan ayam tersebut di dalam peti ais atau di bahagian freezer. Sebenarnya ada tips juga cara-cara untuk kita buat supaya ayam itu berbau busuk bila nak dimasak. Untuk itu ikuti perkongsian dari Hana Rahman tentang tips untuk simpan ayam dalam peti ais supaya tidak berbau bila nak dimasak. Tips menyimpan ayam dalam peti ais supaya tak busuk bila nak dimasak.
Apabila ayam sampai di rumah sama ada pi beli sendiri atau dihantar oleh runner. Kalau tak nak potong lagi, maksudnya sejam lagi baru sempat potong dan bersihkan. Buka plastik, letak dalam besen. Siram air paip sekejap. Check dulu sama ada ayam dah busuk atau masih elok. Confirm kan sebab ramai yang cakap terbeli ayam busuk, kalau kita beli ayam masih elok, kedian pasa penjual duk tuduh depa juai ayam busuk. Padahal kita simpan dalam peti ais sebelum cuci. Jangan biarkan terperap dalam plastik kemudian humban dalam peti ais. Ayam akan membusuk jugak walaupun terus masuk dalam peti ais sebab kekotoran najis, darah dan lendir ayam akan mempercepatkan proses membusuk.
Lebih2 lagi peti ais kita dah sarat, jadi proses sejuk dan beku menjadi lambat. Masa ni lah bakteria mula menjentik2 ayam kita. Seelok2 terus buka plastik potong dan bersihkan. Lepas tu toskan biar air basuh ayam turun, masukkan dalam plastik atau sebarang bekas la kemudian letak 3 atau 4 helai daun pandan baru letak dalam frezzer. Bungkus dulu dengan kertas surat khabar pun ok. Daun pandan boleh mengelakkan ayam cepat busuk. Ayam dalam gambar ni sis beli pada hari selasa lepas, petang ni keluarkan. Lagi satu jangan rendam ayam lama2.
Rendam sekejab lepas tu toskan biar ayam terlerai sendiri.
Ayam masih segar
via SK
----------------
korang yang boleh makan daging2 ni bolehlah layan.
vegetarian boleh juga baca2 aje.
|