View: 2699|Reply: 9
|
Tangani hala tuju amarah
[Copy link]
|
|
Edited by CocoCily at 3-9-2020 09:01 AM
Just to share this article from Harian Metro. Something yang I pun sedang improve
Tangani hala tuju amarah
KEMARAHAN adalah satu emosi normal dikaitkan dengan langkah melindungi diri dan biasanya berlaku apabila gagal mengawal perasaan ketika konflik.
Apabila berasa marah, bukan sahaja membabitkan emosi, malah fisiologi badan juga berubah termasuk degupan jantung menjadi semakin pantas, pernafasan cepat dan tekanan darah juga meningkat.
Apa yang membuatkan marah menjadi satu bentuk 'ekspresi bertenaga' ialah paras hormon (adrenalin dan noradrenalin) meningkat hingga menyebabkan pergerakan badan bertenaga termasuk otot tubuh mulai menegang.
Menurut pakar psikologi, Dr Alinah Athman, wajar untuk berasa marah apabila berdepan dengan masalah atau menghadapi provokasi daripada orang, namun hala tuju emosi itu jika tidak ditangani boleh mendatangkan konflik lebih rumit."Marah itu perlu dalam sesuatu keadaan tetapi jika berlebih-lebihan dan terbawa-bawa boleh menjadi konflik berbanding penyelesaian kepada masalah itu. Marah akan meningkat apabila individu itu menyedari tidak dapat mengawal atau mengubah sesuatu yang dibenci.
"ada masa sama, marah boleh jadi emosi normal atau tabiat buruk dan paling rumit jika ia dilihat sebagai gejala bagi gangguan mental. Jika pada tahap itu, marah jadi tidak terkawal dan boleh memberi implikasi terutama sikap agresif kepada orang lain."Dalam hubungan rumah tangga, marah jika tidak dikawal boleh menyebabkan keadaan rumah tangga lebih buruk dan pada satu tahap boleh berakhir dengan kematian. Jadi sebelum sampai ke tahap itu, wajar setiap individu menilai tahap marah selain mengetahui sejauh mana kita mampu mengawal perasaan itu," katanya.
Menjelaskan kategori marah mengikut individu, Dr Alinah memetik perspektif Barat terdapat beberapa kategori amarah dibezakan selain menjadi rujukan kepada ahli psikologi menjalankan terapi dalam membantu mengawal marah."akar terapi perkahwinan dan keluarga dari Amerika Syarikat Blake Griffin Edwards menjelaskan kemarahan boleh dilihat kepada empat kategori yang turut menerangkan perbezaan dari segi sikap dan tingkah laku.
"Antara kategori itu ialah jenis letusan atau 'Explosive Anger,' 'Passive-Aggressive Anger,' 'Avoidance Anger' dan 'Diplomatic Anger.' Bagi 'Explosive Anger' diterangkan individu memiliki tahap marah sedemikian tidak takut untuk menunjukkanya menerusi perbuatan atau secara lisan.
"Manakala bagi 'Passive-Aggressive Anger' dan 'Avoidance Anger' kelihatan hampir sama cuma pasif berdepan dengan cara berdiam atau sinis sementara 'Avoidance' pula kaedah mengelak atau lebih gemar melarikan diri. Ketiga-tiga kemarahan ini tidak membantu kepada penyelesaian dan biasanya membuatkan konflik lebih buruk.
"Bagaimanapun, yang lebih rasional iaitu 'Diplomatic Anger' adalah tegas dalam menyampaikan idea dan tidak setuju dengan perlakuan individu ataupun situasi dihadapi tetapi membenarkan rundingan dengan lebih berwibawa," katanya.
Tambah Dr Alinah lagi, memiliki pasangan pemarah atau baran anda perlulah menilai sama ada setiap emosi itu meletus dalam keadaan terkawal dengan alasan munasabah.
"Marah ini perlu ditangani sejak awal bagi mengelak berlarutan menjadi penyakit sukar ditangani. Dalam pasangan, mengenali karakter marah pasangan sama ada ia munasabah atau tidak perlu dilakukan bagi mengelak ia menjadi tragedi."Tetapi selalunya disebabkan rasa sayang, wanita selalu mengelak untuk mengakui pasangannya bermasalah dan sanggup menjadi 'beg pasir' untuk melepaskan perasaan marah. Sebenarnya itu menyebabkan sikapnya tidak lagi dapat dikawal," katanya.
Menjelaskan kaedah untuk mengawal rasa marah, kata Dr Alinah, sebaiknya menenangkan diri dulu termasuk menghindari daripada terlihat atau memikirkan perkara boleh mencetuskan kembali kemarahan.
"Biasanya saya akan minta individu untuk bertenang atau mengasingkan diri dan bernafas dengan perlahan-lahan. Kemudian fikirkan penyelesaian ingin dicapai dan susun dulu setiap kata supaya dapat luah dengan betul tanpa mencederakan orang lain.
"Jangan pendam jika masalah yang sama. Memang diam adalah terbaik tetapi itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Luah dengan tegas dan cari perkataan membina. Jika terlalu menahan rasa boleh mengundang gangguan kepada kesihatan diri.
"Lihat sesuatu yang anda suka dalam usaha menenangkan. Menonton kisah komedi ataupun beriadah kerana itu boleh membantu melapangkan fikiran. Dalam pada lain cuba selesaikan konflik di ruang yang lebih relaks."Sebagai contoh kalau di rumah ada anak lihat pertelingkahan, mungkin cari ruang di luar atau ke tempat lain untuk berbincang. Bantu wujudkan persekitaran harmoni dan mengubah persepsi anda melihat masalah itu sendiri," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
https://www.hmetro.com.my/WM/2020/09/616688/tangani-hala-tuju-amarah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
me lepas jer kalo marah
tak bleh tahan nnti effect jantung |
|
|
|
|
|
|
|
i means dgn cara soft skill
buat muka ketat jer cth nye
subordinate i da faham
do or die
hari ni arah smlm siap
senang keje
then bila da cool pampered la depa balik blanje mkn ke gitchew
takde la nak berhangin manjang
|
|
|
|
|
|
|
|
betul . silent treatment gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku klau Marah msti tgk channel makan2. Hilang Marah aku bila nmpk food yg mcm2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 3-9-2020 10:44 AM
Aku klau Marah msti tgk channel makan2. Hilang Marah aku bila nmpk food yg mcm2 tu
sama
umpama teraphy
lagi2 kalo hd tenang jer rasa |
|
|
|
|
|
|
|
iols mmg cpt marah
tp cpt sejuk |
|
|
|
|
|
|
|
baik ko mkn betul2
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-9-2020 12:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
TomyamPuteh replied at 3-9-2020 10:44 AM
Aku klau Marah msti tgk channel makan2. Hilang Marah aku bila nmpk food yg mcm2 tu
Tak boleh tengok bila marah..nanti nak makan pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|