Edited by CikMunGuaMusang at 14-10-2020 05:09 PM
Assalamualaikum.Aku nak mintak pendapat ahli forum dalam ni,
Aku janda anak satu umur aku 20an masa aku kahwin dgn suami baru, family aku kahwinkan aku dengan duda 20 tahun lebih tua dari aku. Aku memang lansung tak kenal dia, background dia pn aku tak peduli sbb aku mmg xmau ambik kisah pasal dia masatu.. dh family aku suka aku terima.. awal tu mmg aku tolak la tapi apa boleh buat dh mak bapak aku dh paksa2.
Masa awal2 aku mmg tak tahu dia ada anak 4 org & dia dengan ex wife dia ceraihidup. Masa bertunang baru aku tau dia cerai sbb ex wife dia curang tido dgn jantan lain.. tak balik rumah & tak mengaku salah sendiri siap burukkan suami aku macam2 dekat family.. dorang cerai 3 tahun baru suami aku kahwin dgn aku, aku pn sama dh cerai dgn bekas suami aku 3 tahun sbb dia taik dadah pukul2aku.
Lepas majlis aku ada terbaca mesej kt fon suami aku ex wife dia mintak 1500 & suami aku bagi, aku dh menyirap time tu.. alasan sbb lepas cerai dia hidup susah so suami aku kesian. Bermula lah dr situ mmg sepanjang masa ex wife dia akan mintak duit, alasan nak bayar kereta.. nak beli baju raya..etc.. bagi aku mmg tak patut pn dia mintak duit dekat suami aku sbb dorang dh tak ada ikatan & anak2 tak duduk dgn dia.. anak2 semua tinggal dengan kami jd kejadah apadia mintak duit untuk tembolok sendiri sedangkan aku bayar kereta aku guna duit gaji aku dia sedap2 duduk goyang kaki guna duit laki aku nk bayar hutang2 dia babi betul la betina mcm ni. Anak2 dia mmg kurang ajar dgn aku.. mmg awal2kawin aku menangis tiap hari. Aku bekerja, balik kerja malam kena masak, cuci baju, angkat jemuran, cuci mangkuk pinggan yang dorang makan masa siang sedangkan anak dia dh belasan tahun masatu dh boleh diharap setakat masak simple2 & tolong cuci baju guna mesin otomatik.. mmg kuat membuli kulikan aku. Jangan anggap aku tahan je ya.. dh berkali2 aku lari angkat kain baju sampai bertahun tak balik rumah suami aku tapi aku mengalah bila mak ayah akupujuk.
Suami aku jenis tak mahu gaduh2.. kalau ada masaalah mmg akan diam & biar sampai masaalah tu hilang sendiri.. sejenis dayus pn ye gak kalau tidak takkan sampai ex bini makan luar pn org keliling bercerita jumpa ex bini dgn jantan sampai ke cameron highlands dia xpeduli.. bila ex bini dh kantoi terus cakap dia bz tak sempat nk pantau kegiatan ex bini kt luar.. siyes la aku letih dgn family mereng mcm ni.. ex bini sebelum kami kawen mmg tak peduli pasal anak2 dorang,sampai anak dia yang bongsu tu demam panas lepas dorang cerai haram dia tak peduli sbb tengah mabuk cinta dgn jantan.. kalau nk ambik anak dia akn suruh anak2 dia jalan kaki tunggu seberang jalan besar sbb tak mau ambil depan rumah.. lepas kami kahwin dia terus tunggu anak2 depan pagar rumah siap hon2 mental punya mak janda gatai. Dalam fb jangan cerita la siap up post suami dia dirampas.. bini baru jahat guna bomoh.. up posting dia ja yg baik mak tiri baru jahat.
7tahun berkahwin aku mmg dh kental habis.. ada anak sorang perempuan 5 tahun. Setiap kali ex bini dia nk himpit mmg akn ku cantas siap2.. dia wasap suami aku mmg aku akan balas dgn makian kaw2.. habis adik beradik dia aku ngadu perbuatan dia.. mak si janda mmg syg sungguh kt suami aku sampai sekarang takleh terima kenyataan suami aku tu bukan suami anak dia dh.. siap mintak tolong abang suami aku carikan bomoh supaya suami aku ni balik ke anak dia apake gila org tua ni..tiap hari akan call suami aku tanya khabar.. dgn aku dia tak bercakap.. tiap kali kenduri kendara rumah dia akan jemput suami aku tapi tak jemput aku.. so suami aku yang muka tembok akan pegi tanpa bawak aku & anak2.. mmg aku hamun bab ni tapi apalah makna bila yang dihamun tu persis dinding pokok & tembok.. aku makan hati dalam diam bukan sbb cemburu tapi siyes la aku rasa benda ni tak betul.. aku tak buat salah apa2.. bukan aku yg rampas menantu diapn dia nak benci aku kenapa lah.. apa2 masaalah yang xdak kaitan pn dengan suami aku dia akan call & mengadu padahal anak2 dia bersepah.. bekas mertua akutak pernah jemput aku kenduri rumah dorang.. apa2 majlis cuma ambil anak aku sahaja sbb dorang tak mahu masaalah dgn suami aku ni.. nampak tak mcm mna caraorang yang berakal berfikir.. family ex bini laki aku ni tak tahu lah otak letak mana.. tak paham2 ke bekas menantu dorang ni dh ada life baru kenapa nak diganggu lg dorang takleh nak pikir ke benda2 mcm ni boleh timbulkan masaalah dalam rumahtangga kami.
Bulan 6 haritu mmg aku bercakar teruk dgn ex wife dia sbb dia berwasap dgn suami aku takdak sbb munasabah siap bahasakan diri ibu abah.. mmg aku naik hantu.. aku hamun suami aku.. aku hamun ex bini dia kaw2.. si janda buat report polis siap anak2 side dia.. aku ke balai mmg aku cerita semua kt polis sana apa yg dh jd sepanjang kami kawen ni.. teruk dia kena bash dgn polis tu.. dh cerai nk ganggu lg rumahtangga org.. aku tak puas hati lg kalau dia nk bercakar lagi mmg aku ons je ni.. baru aku faham kenapa dia nak menghimpit siap ngaku rumah yang suami aku beli ni rumah dia jugak sbb tahun depan suami aku dh pencen.. dh nampak nak menghimpit sbb duit saguhati banyak ewahh ewahhhhh
Aku terpikir sampai bila nak bertahan dengan keadaan mcm ni, tiap hari rasa marah..tiap hati pendam rasa.. aku tau pendapat pemes acik porem dalam ni 99.9 persen adalah sila cerai.. ya.. tiap kali aku baca benang bab rumahtangga tu ja pendapat paling laju.. tp tolong lah cerai bukan satu2 jalan keluar.
Aku ke yang ada masaalah hati nak bertolak ansur?
Sebagai mak tiri aku dh jalankan tanggungjawab aku sehabis baik, bg anak2 dia makan secukupnya.. smpai tahap spender dorang pn aku lipat dan susun dalam almari.. mak dorang ada layan anak sampai mcm tu? anak2 semua loser.. yg sulung dadah mmg purse aku tak boleh letak merata habis duit aku dikebas.. yang bongsu lelaki dh 2 tahun habis spm tak mahu kerja.. duduk dalam bilik tidur dari malam bawak ke pukul 5 petang.. lepas makan keluar ronda naik motor tengah malam balik umh sambung main game sampai 6pg sambung tidur sampai petang.. suami aku haram tak tegur anak tu.. ketuk2 pintu panggil makan.. dh tak ada kerja satu kerja rumah tak mau buat.. bilik air kalau aku xcuci sampai berlumut mmg xkan dia cuci.. dh tak mau keja tolong2 la angkat kain kt ampaian ke sidai baju ke.. cuci mangkuk pinggan yg dia sendiri makan pn xmau.. kau xangin ke bila malam kita dh siap cuci kemas dapur mop semua dia sepahkan dgn serbuk megi minyak tumpah ke lantai dgn mangkuk pinggan penuh sinki dia makan tengah malam xcuci.. dh kenyang makan masuk bilik sambung ngumpat aku dgn mak dia kt fon.
|