CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2985|Reply: 1

8 Belanja Syarikat Yang Tidak Boleh Kurangkan Cukai

[Copy link]
Post time 26-10-2020 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by AMACC at 26-10-2020 10:50 AM

Jika anda jalankan perniagaan, sebelum kita berbelanja banyak kepada sesuatu.

Pastikan kita ketahui belanja tersebut dibenarkan atau tidak dalam kiraan cukai. Untuk apa?

  • Untuk elak anda bayar cukai yang tinggi disebabkan belanja tersebut.
  • Untuk merancang cukai syarikat anda.

Belanja yang dijangka boleh kurangkan cukai tapi sebenarnya TIDAK BOLEH KURANGKAN CUKAI

1) Perbelanjaan renovasi pejabat

Perbelanjaan ini tidak dibenarkan untuk tuntutan sebagai elaun modal/ boleh kurangkan pendapatan boleh cukai kerana ia dianggap sebagai perbelanjaan bersifat modal yang belum hasilkan bisnes.

Dicadangkan, jika anda buat renovasi, pastikan anda pecahkan perbelanjaan tersebut secara terperinci.

Sebagai contoh belian penghawa dingin, kipas, lampu. Ini untuk memudahkan anda menuntut elaun modal perbelanjaan aset tersebut.

2) Bayaran derma

Bayaran derma kepada badan selain yang dinyatakan didalam Akta Cukai, adalah tidak dibenarkan kerana ia dianggap perbelanjaan yang bukan untuk menjana pendapatan dan membantu bisnes.

Jika anda berminat untuk menderma, dicadangkan supaya anda mencari institusi yang mempunyai kebenaran daripada Jabatan Dasar LHDN sebagai derma yang dibenarkan.

Sebagai contoh derma kepada pihak zakat, yayasan dan banyak lagi.


3) Bayaran kelas motivasi

Belanja yang digunakan untuk kelas yang tiada kaitan dengan bisnes, sebenarnya tidak dibenarkan untuk pemilik syarikat.

Dicadangkan, perbelanjaan ini dilakukan bersama pekerja. Ia boleh dibenarkan dan diletakkan sebagai latihan pekerja.

4) Caruman EPF untuk pemilik bisnes

Bagi mereka yang menguna entiti bisnes seperti pemilikan tunggal & pekongsian (lebih mudah dikenali sebagai ENTERPRISE), caruman EPF untuk pemilik tidak dibenarkan sebagai belanja untuk kurangkan cukai sebab dianggap sebagai belanja untuk simpanan peribadi

Namun ia boleh dituntut pelepasan dalam cukai individu pemilik tersebut.

5) Bayaran upah

Bayaran upah tidak dibenarkan cukai jika ia bersifat umum iaitu tiada surat tawaran dan maklumat terperinci tentang penerima. LHDN boleh anggap ia sebagai belanja yang ingin elak cukai.

Dicadangkan, sebarang perbelanjaan ini, ada wujud perjanjian dengan penerima. Dengan terperinci, mengenai tujuan, jumlah upahan dan maklumat penerima.

6) Perbelanjaan beli tender

Bayaran beli tender tidak dibenarkan cukai kerana ia perbelanjaan modal. Ia bukan perbelanjaan yang sudah janakan pendapatan.

Perbelanjaan yang dibenarkan untuk tender hanyalah bayaran sambungan kontrak.

7) Bayaran under table (faham2 sajalah)

Perbelanjaan ni memang sensitif untuk diungkitkan. Masih ada bisnes yang perlu bayaran yang dianggap komisen @ saguhati kepada orang tertentu atas peluang bisnes yang diberi.

Ciri- ciri yang tidak dapat tolakan untuk kurangkan cukai:

  • Tiada nama penerima wang tersebut
  • Bayaran tersebut dibayar semata-mata untuk dapat peluang peniagaan. Sebagai contoh hendak menemui orang penting.
  • tersebut dibayar pada mereka yang tidak istiharkan pendapatan yang diterima dalam cukai pendapatan mereka.

8) Bayaran guaman

Bayaran guaman yang digunakan untuk tujuan dibawah adalah tidak dibenarkan untuk tolakan cukai:-

  • bayaran untuk perjanjian dapat pinjaman permulaan
  • bayaran pinjaman untuk jual beli aset atau hartanah
  • dalam kata mudah semua bayaran guaman untuk transaksi baru adalah tidak dibenarkan.

Yang dibenarkan hanya:-

  • bayaran guaman untuk sambungan pinjaman
  • bayaran guaman untuk kutipan hutang klien

Ini diantara perbelanjaan yang dibuat tetapi tidak dapat mengurangkan cukai disebabkan ia dianggap belanja tidak dibenarkan dalam kiraan cukai.

Semoga bermanfaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2020 03:37 PM | Show all posts
SERVIS PENGURUSAN AKAUN SYARIKAT

Adakah anda menghadapi masalah untuk merekod transaksi perniagaan dan menyediakan dokumen secara teratur, sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN?

Kebanyakan pemilik syarikat lupa dan mungkin buat-buat lupa tentang kepentingan menguruskan perakaunan syarikat.

Tahukah anda kelewatan menghantar dokumen kepada akauntan anda boleh menyebabkan anda dikenakan kompaun?

  • Anda menyerahkan dokumen  lewat  dan dokumen tidak tersusun.
  • Jadi, penyata kewangan anda akan siap lambat dari tarikh yang sepatutnya.
  • Seterusnya, akan menyebabkan audit anda tertangguh.

Akibatnya, banyak syarikat telah dikenakan KOMPAUN oleh LHDN dan SSM sehingga mencecah beratus ribuan ringgit.

Antara kesannya:

  • Dikenakan kompaun dengan SSM sebab lewat hantar Laporan Penyata Kewangan.
  • Dikenakan penalti dari LHDN sebab lewat hantar borang.
  • Kena bayar cukai tinggi sebab tidak urus.
  • Kerugian kerana aliran tunai terjejas – sebab kena bayar penalti / kompaun.

Perkara ini amatlah merugikan syarikat.

Oleh itu, AMACC berasa tanggungjawab untuk membantu anda dalam menguruskan akaun syarikat dimana kami ada menawarkan beberapa servis akaun yang anda perlukan.


ANTARA PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN :

  • Merekod transaksi perniagaan  dan mengekalkan dokumentasi  secara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN.
  • Membantu anda mengesahkan dan mengawal akaun anda.
  • Memeriksa perisian akaun (accounting software) anda untuk memastikan ianya bersesuaian dengan operasi syarikat.
  • Menawarkan perisian akaun (accounting software) yang bersesuaian dengan operasi syarikat.
  • Menilai  prestasi  kewangan syarikat secara berkala.


PENYEDIAKAN AKAUN SECARA BULANAN (SEBULAN / 3 BULAN / 6 BULAN)

1. Kepentingan Pengurusan Akaun

  • Kenalpasti kedudukan kewangan syarikat
  • Dapat menganalisa dan elak penyelewengan
  • Merancang cukai
  • Pinjaman mudah diluluskan
  • Dapat menyelamatkan syarikat daripada dikenakan kompaun
  • Merancang dan mengawal perbelanjaan

2. Permasalahan yang sering berlaku jika sediakan akaun secara tahunan – setahun sekali

  • Dokumen hilang / tidak tersusun
  • Penyediaan akaun memakan masa yang lebih lama
  • Tidak dapat merancang cukai


KELEBIHAN YANG ANDA AKAN DAPAT DARIPADA SERVIS INI:

  • Dokumen anda lebih tersusun.
  • Merekod transaksi perniagaan dan mengekalkan dokumentasi secara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN
  • Akaun syarikat akan selesai pada masa yang telah ditetapkan.
  • Tiada lagi kelewatan pada audit.
  • Dapat menilai prestasi kewangan syarikat secara berkala.
  • Boleh merancang cukai syarikat


HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DENGAN TEAM AMACC.

Tel: 03 8920 8081
Email: [email protected]
Web:
amacc.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061587 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list