View: 4462|Reply: 28
|
[Tempatan]
Transformasi dari rumah kos rendah lama RM110K
[Copy link]
|
|
mstar.com.my
Jangan pandang rendah hartanah buruk! Ramai terpana tengok transformasi rumah kos rendah lama selepas ‘bikin’ - “Barang hiasan banyak beli di kedai serbaguna”
Sabtu, 14 November 2020 8:00 PM
SIAPA sangka, kediaman lama jenis kos rendah ini mampu berubah wajah seperti sebuah kediaman yang baharu dan memukau mata!
Menerusi perkongsian di laman Facebook, pemiliknya turut memuat naik gambar kediamannya yang lama berserta gambar selepas melalui proses 'transformasi' sebagai perbandingan.
Apa yang boleh dikatakan, setiap penjuru rumah tersebut berubah 100 peratus selepas ditatarias dengan dekorasi mengikut cita rasa pemiliknya, Ridzuan Samsudin dan isteri, Khairul Diana Mohd Zaini.
Berkongsi cerita dengan mStar, Khairul Diana atau senang disapa Diana berkata, rumah yang dibeli bersama suaminya pada penghujung tahun lalu itu adalah rumah 'subsale' atau hartanah terpakai jenis kos rendah yang mempunyai tiga bilik.
Menurut wanita berusia 37 tahun ini, sebaik sahaja mendapat kunci pada Disember 2019, dia dan suami sepakat untuk mengubahsuai kediaman yang terletak di Seberang Perai Utara itu dan memilih konsep 'moden minimalis'.
![](https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2020/11/14/936976.jpg)
Pemandangan daripada bahagian hadapan rumah keluarga Diana dan Ridzuan.
"Idea dekorasi moden minimalis ini dicetuskan oleh saya selepas melihat dekorasi ilham daripada beberapa pereka hiasan dalaman terkenal, serta majalah hiasan dalaman.
"Konsep ini sesuai kerana saya gemar perabot yang minimal, sesuai juga dengan keluarga kami yang masih ada anak kecil.... jadi ruangan tak boleh padat. Biar ada ruangan untuk anak bermain.
"Idea ini diutarakan kepada suami supaya kami sama-sama dapat berbincang dan bertukar pendapat terutama pemilihan perabot, cat, hiasan, pencahayaan dan sebagainya," ceritanya.
![](https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2020/11/14/936975.jpg)
Bahagian dapur yang turut diubahsuai, sekaligus menampilkan suasana yang berbeza.
Bercerita lebih lanjut, Diana berkata rumah tersebut dibeli pada harga RM110,000 dan keseluruhan proses ubah suai mengambil masa lebih sebulan dan menelan kos sehingga RM71,000 termasuk perabot baharu.
"Bila dapat kunci, kami terus upah tukang. Proses renovasi bermula penghujung bulan Disember 2019 dan siap pada penghujung Januari lalu. Bulan Februari, kami dah boleh masuk.
Mungkin ada yang kata rumah kecil atau dah lama tak cantik atau tak berbaloi untuk diubahsuai. Tapi bagi kami, rumah adalah syurga.
KHAIRUL DIANA MOHD ZAINI
PEMILIK RUMAH
"Tapi perabot bukan semuanya baharu, banyak kami gunakan perabot lama yang diubahsuai. Contohnya tukar sarung kerusi, pasang kertas dinding dan lain-lain.
"Barang-barang hiasan pun banyak beli daripada kedai serbaguna 'Eco'. Bagi saya, tak perlu semua baharu dan mewah. Kita kena pandai sesuaikan. Yang murah pun boleh nampak mahal. Saya juga suka survey dan buat perbandingan harga, kemudian baru beli," kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
![](https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2020/11/14/936972.jpg)
Meja makan lama yang diberi nafas baharu.
Bercerita lebih lanjut, Diana berkata mereka yang sebelum ini tinggal di Padang Serai, Kedah memilih untuk membeli kediaman yang sudah berusia 11 tahun itu kerana mahu menetap dekat dengan kedua-dua orang tua yang sudah lanjut usia.
"Mungkin ada yang kata rumah kecil atau dah lama tak cantik atau tak berbaloi untuk diubahsuai. Tapi bagi kami, rumah adalah syurga. Kecil atau besar bukan ukurannya. Selagi minat dan ada kemahuan, isu keluasan, lama atau baharu bukan alasan.
"Bagi yang mahu ubah suai, saya cadangkan supaya rancang terlebih dahulu terutama dari segi kos dan konsep. Apa yang paling penting, ikut kemampuan masing-masing.
"Walau hanya ada karpet atau tikar getah, tetap boleh dekorasi dengan ikut bajet masing-masing. Kena rajin survey. Pokok pangkal, ia adalah syurga kita dan kita mesti nak buat sehabis baik untuk kediaman kita sendiri," ujarnya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
uish...menarikk....aku suka juga layan ig2 yg transform rumah lama jadi cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Belanja 70k utk reno & perabot. No wonder la. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok jugak kos 70k reno. Harga dia beli pn x mahal mana. Puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
Member aku pun beli rumah pandan indah wat gini |
|
|
|
|
|
|
|
cantik.. cantik.. kalau bkn masa covid.. boleh jual balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalaman tu mmg cantik dan kemas la...kalo dia,renovate ngan rega mcm tu mmg berbaloi le...ingatkn buat sendiri ngan brg2 terpakai ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cehhhh, harga renovate pun dah 70% harga beli rumah, xyah sembanglah.... |
|
|
|
|
|
|
|
pokoknya ada duit semua jalannnn ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada gambar ke?
tak nampak pun gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang...
Beli apartment nak buat mcm condo, sampai weekend pun dok ketok, drill sana sini.
Lepas tu up dekat socmed hadap pujian.
Jiran kiri kanan sakit hati hidup terganggu takda plak nak fikir. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik, teringat masa kami beli garage ni, buat rumah kat tingkat atas,
dari luar orang tak sangka ianya rumah, sebab bentuk lebih pada garage .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk rumah nampak lebih besar dari luar, angkat la bumbung kasi shape segitiga mcm rumah kanan tu, automatik rumah nampak lebih besar dari luar. Ni still nampak renek |
|
|
|
|
|
|
|
Kos renovation agak tinggi sekarang ni tak hairan kalau dia kena berbelanja sebanyak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
key utama renovate rumah
lantai
plaster ceiling
wallpaint |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 15-11-2020 10:24 AM
Cehhhh, harga renovate pun dah 70% harga beli rumah, xyah sembanglah....
kan dia reno satu rumah tu siap tukar tiles bagai. takkan ko expect 30k plak dah melibatkan struktur rumah. pagar saja pun dah brp. |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai depa buat interior design |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 15-11-2020 12:35 PM
Sembang...
Beli apartment nak buat mcm condo, sampai weekend pun dok ketok, drill sana sini.
Lepas ...
biasa weekend mmg tak dibenarkan buat apa2 kalau kat rumah bertingkat ni. neber pun sila la complaint. unless apartment caprut, management hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
Seram pulak pikir nk kuar duit nk make up rumah nnt...klu 15- 20k utk stiap blk/ area mau dh 80-100k...maigadddd |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki duit cash banyak boleh reno rumah sampai 70k. Iols nak masuk rumah baru nanti pun, rasa nak nangis.. bajet reno, plaster siling, kipas, lampu max 40k je. Tu pun most of the thing buat sendiri je. KC pun dah usha KC ikea je, pasang sendiri ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|