Nota : Ini bukan kisah seram tetapi pertanyaan tentang realiti dan liku-liku kehidupan sebagai rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama dalam menjalankan tanggungjawabnya
Memandangkan tahun 2020 hampir melabuhkan tirai..kaka nak tanya forumers di sini jikalau ada yang pernah di kejar Lembaga Hasil Dalam Negeri sepanjang tempoh berkerja / berniaga
Apa yang jadi sebenarnya? Terunderclaim or miscalculated? Ada dapat pengurangan cukaikah? Kena denda kah? Harap sudi berkongsi cerita ya
Pengalaman forumers dan kawan2 forumers amatlah di alu alukan dan kaka dahului dengan ucapan terima kasih..
Author|Post time 17-12-2020 11:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Video youtube kat atas tunjuk orang tu kantoi dan dibawa ke mahkamah..
Tapi owner timbang kati oem macam sajat macam tok vida semua kenapa boleh selamat bertahun2 ya.. Maksud kaka before dia kantoi la.. Ape dia buat sampai leh senyap lama? Cth lain mcm founder bella ammara.. Kenapa mereka masih chill2 bergaya walau sudah dikejar lhdn?
Korang pernah ada pengalaman tak? Apa ja korang buat lepas tu? Since dalam ni semua anon so lets hear out,shall we
selalu jugak dikejar pasal saya disyaki terlebih2 claim belanja berkaitan kerja
mujur setiap yg berkaitan kerja saya bayar guna CC, jadi tak lah gelupor nak cari resit asal yg mudah hilang.setiap kali dikejar saya akan balas email awek cun lhdn beserta copy bill CC dan pecahan2 belanja ikut kategori.mungkin lhdn ni tak link dgn pusat zakat kot pasal awek cun tu sentiasa nak saya emailkan sekali resi2 zakat
jadi bayar lah zakat setiap bulan supaya tak terasa berat nak bayar tax setahun sekali
Pernah tak submit 2tahun..mujurlah tak kena apa2 tindakan.Kira kalau submit mmg ada bayaran lebihan lhdn akan bayar balik hehehe.Apa resit berkaitan untuk claim balik simpan sahaja.Macam hakak gam dan tepek siap2 mcm file folio tu kikiki(old school).
Tahun ke 3 hakak submit staff lhdn cakap isi je nanti kena penalti je.Amount lebihan 2tahun tu bole cover bayaran penalti sebanyak 300.Dan di nasihatkan simpan semua claim dlm tempoh 7tahun.
2tahun yang hakak tak submit tu lhdn minta hantar manual semua claim untuk audit.Alhamdulillah semua ok.
Post time 18-12-2020 12:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
LHDN ni boleh audit org yg sama utk tempoh 3 tahun berturut2. Jgn ignore kalau dpt 'surat cinta' tu. Sila balas dgn bukti2 secukupnya. Kalau x dpt buktikan sila bayar denda yg dikenakan. Simple je benda ni.
Sebab tu segala resit & apa2 surat berkaitan tu kene simpan dlm file..hardcopy / softcopy. Buat ikut tahun. Nnt senang bila depa mintak.
Jgn sesuka hati claim derma sana sini kalau xde record walaupun betul. Surat hat duk mintak derma tu pun patut tgk ada x no lhdn. Yg betul2 ada no lhdn je depa bg pelepasan cukai.
Apapun semua atas budi bicara depa. Paling senang kalau dpt surat audit tu bawak segala benda yg depa mntak tu ke pejabat LHDN berdekatan. Depa boleh terus check & stamp surat tu. Xde issue dh lepas tu.
Kalau kene denda pun tak semestinya bayar lump sum. Boleh buat potongan gaji jugak. Tapi kalau ada duit bayar terus je senang. X pening nak fikir dah lepas tu.