View: 2434|Reply: 8
|
777 usahawan income lebih RM2 bilion sepanjang tahun ni
[Copy link]
|
|
mstar.com.my
Luar biasa! 777 usahawan jana lebih RM2 bilion tahun 2020, Richworks tawar penyertaan percuma program ilmu marketing menjelang 2021
Selasa, 22 Disember 2020 9:30 AM
TIDAK dinafikan tahun 2020 sangat mencabar apabila seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 yang hingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda bakal berakhir.
Mana tidaknya, Program Mentoring RichWorks yang dianjurkan menunjukkan hasil cukup luar biasa sepanjang ia dijalankan tahun ini.
Buktinya, Dr Azizan sekali lagi membuktikan keupayaan uniknya membimbing pemilik perniagaan menerusi program itu apabila 777 usahawan perusahan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara menjana jualan lebih RM2 bilion tahun ini.
Siapa sangka di sebalik ketidaktentuan ekonomi ketika ini, 777 usahawan PKS tersebut yang menyertai Program Mentoring Spire (466 usahawan) dan Titanium (311 usahawan) menunjukkan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.
Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019.
Program Titanium pula mencatatkan kenaikan sembilan peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.
"Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RickWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam situasi mencabar," katanya.
Dr Azizan berkata, Mentoring Spire selama 12 bulan merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mereka mencapai jualan perniagaan sehingga mencecah RM1 juta dalam tempoh enam bulan hingga setahun.
Lebih menggembirakan, sehingga kini seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai angka RM1 juta pertama mereka.
Sejak Covid-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membimbing lebih 400,000 usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan paling penting secara percuma.
Inisiatif ini dibuat bagi membantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik serta sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia sejak 18 Mac lalu.
Sementara itu, bagi Program Mentoring Titanium pula yang turut mengambil masa selama 12 bulan, mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Dr Azizan malah turut mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.
Bagi usahawan atau bakal usahawan yang ingin menjadi sebahagian daripada 777 rakan lain yang telah berjaya, peluang dan ruang untuk anda mendapatkan ilmu marketing ini kini terbuka luas.
Dalam usaha meneruskan kejayaan yang dicapai sepanjang 2020, RichWorks bakal menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing selama tiga hari pada 25 hingga 27 Disember 2020 (Jumaat-Ahad) bermula 9 pagi hingga 6 petang menerusi aplikasi Zoom Webinar.
Menariknya, program ini diadakan bagi membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk melangkah ke tahun 2021 yang luar biasa.
"Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, kami juga telah membimbing lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik.
”Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan kami teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.
”Kami percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya melonjakkan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda," ujarnya.
Paling penting, RichWorks akan menaja 3,000 pendaftaran terawal program itu dan ia 100 peratus ditaja sepenuhnya oleh RichWorks International.
Program ini juga sejajar dengan komitmen RichWorks International bersama Dr Azizan bagi membimbing mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan menerusi Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka sesuai dengan misi untuk melahirkan lebih ramai usahawan jutawan bermula daripada Zero ke Milion pada 2021.
Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web www.zerokosmarketing.com untuk informasi lanjut sekarang dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan yang lain.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku percaya je weh sbb aku pon niaga..
Aku income biasa2 ni simpan 500k dah lgkan yg luar biasa ramai..
|
|
|
|
|
|
|
|
citer mamat 8 phd beli ni baca boley, perchaya jangan sekali |
|
|
|
|
|
|
|
tapi nak mengajar orang ni nak tak nak kena la banyak membaca. so teknik-teknik yang dia ajar tu memang betul la tak kira la idea cilok ke ape. |
|
|
|
|
|
|
|
bila la wartawan nak belajar untuk tak letak dr sebarangan... haish... jijang ni mana ada phd wartawan oiii... |
|
|
|
|
|
|
|
dgr cite yuran program pun mahal
seminar asas je free |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|