CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10843|Reply: 1

Kajian Kredit Pengguna

[Copy link]
Post time 17-8-2004 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna sedang menjalankan kajian kredit pengguna sebagai satu inisiatif permulaan dalam rangka memahami amalan-amalan aktiviti jualan kredit. Keberkesanan peruntukan undang-undang, pemantauan dan kesan amalan jualan kredit kepada pengguna. Skop kajian ini dibataskan kepada pemberian kredit bagi pembelian barang-barang keperluan rumah tangga khususnya produk-produk peralatan elektrik dan elektronik serta perabot. Tinjauan perundangan di beberapa negara maju juga termasuk dalam skop kajian ini. Penemuan dan perakuan dari kajian ini akan digunakan sebagai asas untuk membuat pembaharuan yang diperlukan dalam mewujudkan persekitaran kredit pengguna yang lebih adil dan telus. la juga akan memberi faedah kepada semua pihak khususnya pemberi pinjaman, pedagang, peruncit dan pengguna serta pembangunan ekonomi.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau dan mendalami dengan lebih terperinci mengenai amalan dalam pemberian kredit domestik kepada pengguna. Ia juga bertujuan untuk menganalisis mengenai perundangan yang sedia ada dari segi keberkesanan dalam melindungi hak-hak pengguna, khususnya Akta Sewa Beli 1967, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Pemberi Pinjaman. Kajian ini juga bertujuan meneliti keberkesanan dan pelaksanaan peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kepenggunaan dari segi kawalseliaan dan penguatkuasaan yang terdapat di negara-negara maju yang boleh digunapakai di Malaysia.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah utama iaitu menerusi kaedah kajian kes, dengan meneliti secara dekat amalan-amalan serta sistem pemberian kredit yang diamalkan oleh enam syarikat terpilih iaitu Courts Mammoth Bhd, Berjaya Singer Sdn Bhd, MOCCIS Trading Sdn Bhd, Jaya Jusco Bhd, HSL Electrical & Electronics Sdn Bhd dan Seng Heng Electrical & Electronic Sdn Bhd. Kaedah kedua ialah melalui tinjauan menyeluruh pada Akta Sewa Beli dan Akta Pemberi Pinjaman diperincikan kekuatan dan kelemahan kedua-dua akta tersebut. Tinjauan juga dibuat ke atas kerangka perundangan kredit pengguna di beberapa negara maju terpilih. Khususnya United Kingdom, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Kajian yang dijalankan telah mengenal pasti beberapa unsur amalan serta sistem pemberian kredit yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan iaitu:-

i. wujud amalan-amalan pemberian kredit yang lebih memihak kepada pemberi kredit dan penjual barangan terutama di peringkat selepas perjanjian jual beli di meterai, dan jelas memberi gambaran mengenai kelemahan sistem yang ada dalam melindungi hak pengguna. Dalam kajian kes yang dimaksudkan, amalan pemberian kredit tidak diliputi oleh mana-mana perundangan yang sedia ada;

ii. penganiayaan pengguna adalah berpunca dari kegagalan pengguna membuat keputusan membeli yang tidak tepat disebabkan kurang kesedaran. Pengetahuan mengenai selok-belok sistem kredit dan kesannya. Dengan itu, wujud keperluan untuk menguasakan pengguna menerusi pendidikan kepenggunaan yang berterusan di samping pengwujudan pangkalan data kredit yang dikendalikan secara bebas; dan

iii. pada keseluruhannya wujud kelemahan yang ketara dalam kerangka perundangan kredit pengguna yang sudah tidak sesuai dan jauh ketinggalan berbanding dengan arus kemajuan berlaku di serata dunia.

Berhubung dengan kerangka perundangan, kajian ini telah memperakukan dua pendekatan. Pendekatan pertama ialah dengan menyeragamkan kesemua peruntukan akta kredit pengguna yang sedia ada dan dijadikan satu akta induk kredit pengguna. Tumpuan perlu diberikan pada kredit itu sendiri dan bukan jenis atau kategori barangan atau khidmat yang diurusniagakan. Pendekatan kedua adalah menerusi penggubalan satu akta kredit pengguna induk yang baru dengan menggunakan asas sifar (zero base) dan mengambil seberapa banyak pengajaran dan bukti dari negara-negara maju terpilih yang sudah pun mempunyai kerangka induk kredit pengguna seperti di New Zealand.

Secara ringkasnya, sumber peruntukan yang boleh dipertimbangkan untuk digunapakai dalam merangka akta kredit pengguna induk yang dicadangkan adalah seperti berikut:

berkaitan dengan hebahan serta pentingnya pertukaran maklumat atau lebih dikenali sebagai 揹etail disclosure
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2004 12:19 PM | Show all posts
tiada yang nak mengkaji ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045445 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list