|
Tuchel (kanan) dikaitkan ganti Lampard (kiri) di Chelsea. Gambar kecil Pochettino hampir pasti jadi jurulatih PSG.
LONDON: Thomas Tuchel tidak perlu berehat lama selepas dipecat Paris Saint-Germain (PSG) apabila dia kini dikaitkan untuk menjadi pengurus baharu Chelsea.
Pengendali berusia 47 tahun itu dipecat PSG pada minggu lalu hanya empat bulan selepas membimbing pasukan itu mara ke final Liga Juara-Juara.
Tuchel mendapat pampasan sebanyak 5.4 juta pound (RM29 juta) dan bebas untuk mengendalikan mana-mana pasukan secara serta merta.
Menurut media Jerman, Bild, Chelsea mungkin menjadi destinasi seterusnya buat Tuchel sekiranya Frank Lampard gagal bangkit daripada tiga kekalahan dalam empat perlawanan liga ketika ini.
Bild turut melaporkan Tuchel berminat untuk menjadi pengurus Chelsea dan peluang untuk bekerja bersama pemain antarabangsa Jerman seperti Timo Werner, Kai Havertz dan Antonio Rudiger.
Sebelum ini, Chelsea pernah berhubung dengan Tuchel ketika dia meninggalkan Borussia Dortmund pada 2017.
Lampard jelas berada dalam tekanan apabila The Blues tewas di tangan Everton, Wolves dan Arsenal sekali gus menyukarkan peluang mereka mencabar kejuaraan liga.
Sementara itu, Mauricio Pochettino hampir pasti menjadi pengendali PSG selepas pasukan itu selesai membayar pampasan kepada Tuchel.
PSG ketika ini menghuni tangga ketiga Ligue 1 dan ketibaan Pochettino mungkin akan meyakinkan Kylian Mbappe untuk menandatangani kontrak baharu.
Selain itu, Pochettino dikatakan menyasarkan bekas pemainnya, Dele Alli, Paulo Dybala dan Lionel Messi yang kontraknya akan berakhir pada Jun nanti. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|