CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 922|Reply: 0

Liverpool Bazir Peluang - Berita Harian

[Copy link]
Post time 31-12-2020 08:54 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Liverpool, Roberto Firmino cuba menanduk ke gawang lawan pada pertemuan menentang Newcastle United di St James' Park. - AFP


NEWCASTLE, United Kingdom: Liverpool melepaskan peluang untuk melebarkan jurang lima mata di persada Liga Perdana pada pertemuan terakhir tahun 2020 apabila diikat Newcastle tanpa jaringan sebentar tadi.

Keputusan seri 0-0 di St James' Park bermakna juara bertahan itu akan ke Tahun Baharu dengan tiga mata mengatasi Manchester United dan bermain lebih satu perlawanan.

Nathaniel Phillips diberikan penampilan pertama Liga Perdana buat Liverpool ketika pertahanan Jurgen Klopp semakin bermasalah.

Ketika Joel Matip menyertai pemain yang sudah lama cedera, Virgil van Dijk dan Joe Gomez dalam senarai kecederaan, Phillips dimasukkan bersama bekas pemain tengah Magpies, James Milner dalam dua perubahan daripada skuad yang seri 1-1 berdepan West Brom menggantikan Matip dan Georginio Wijnaldum.

Newcastle bermula dengan bagus apabila Callum Wilson memaksa penjaga gol Alisson Becker menyelamatkan dua percubaan dalam 12 minit awal saingan.

Liverpool boleh mendahului 11 minit sebelum rehat namun cubaan Mohamed Salah tidak menemui sasaran.

Karl Darlow pula menafikan cubaan Roberto Firmino pada penamat babak pertama dan memastikan pasukannya masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan masih terikat 0-0.

Skuad kendalian Klopp menamatkan tahun 2020 dengan 33 mata selepas 16 perlawanan, tiga di depan United yang mengumpul 30 mata selepas 15 perlawanan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046821 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list